Isnin, Oktober 05, 2009

APPLE PIE PUNYA CERITA

Rupa-rupanya entry bulan puasa yang akak letak gambar pie apple tu telah menitikkan air liur kawan akak si Bid..ala kesiannya..terasa bersalah pula..oleh sebab akak tak berdaya nak hidang pie sempena hari raya jadi ambil jer lah resepi ni yer Bid...kalau dah cuba nanti jangan lupa bawa satu tupperware kat akak...saja nak test menjadik ker tidak..hahaha!

Bahan-bahan ( normal utk 4 orang makan, tak normal makan sorang-sorang )

  • Bahan A – Doh
  • 2 cawan tepung
  • 100gm mentega
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan air ais
  • 1 biji kuning telur ( akak tak masukkan pun)
  • Bahan B- filling
  • 10 biji apple size paling kecil-kalau suka masam pakai yg hijau atau campur hijau merah
  • 2 cawan gula ( akak guna brown sugar ... supaya tak manis sgt )
  • 15gm serbuk kulit kayu manis/cinnamon powder
  • 1 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • Segenggam gula – utk tabur sebelum bakar

Cara-cara

  1. Sediakan bahan A, gaul rata tepung, garam, masukkan mentega, kuning telur...pegang dengan hujung jari buat serbuk roti, buat lubang tengah, masukkan air uli doh, bungkus dlm plastik,rehatkan dalam peti sejuk.
  2. Basuh, kupas kulit apple, belah buang biji di tengah nya kemudian potong jgn terlalu tebal atau nipis ketepikan
  3. Campurkan bahan B dalam sebuah besen besar, masukkan gula, cinnamon, tepung dan sedikit garam, gaul rata, kemudian masukan apple gaul hingga bersalut gula , susun apple di atas doh yang telah dicanai dan cucuk dengan garpu..
  4. selepas itu taburkan baki tepung adunan tadi atas apple pie yang belum siap di bakar itu dan akhir sekali sapu sedikit susu cair atau kuning telur untuk bagi dia berkilat mengerlit..lepas tu taburkan pula segengam gula atasnya.Paham ker akak taip ni Bid?
  5. Bakar dalam oven pada suhu darjah 250C, selama 35-40 minit hingga kekuningan, hidangkan. Makan dgn aiskrim vanila lagi marveles dik...
yang ni akak pinjam Martha Stewart punya gambar....


4 ulasan:

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

salam kak PINAT MARTHA
wow...apple pie sempena raya
memang syok aa bila dah jemu makan kupat adalak Pie depan mata
memang tak HINGGAT punya nih!

en_me berkata...

rajinnyer wat apple pie tewww..

PINATBATE berkata...

dila..
chett!
saja jer nak kenakan akak erk..pinat martha hapa ker jadah..rumah akak bersepah ala kapal karam tak kuasa nak ber martha martha dik oi..pie tu kawan akak mintak resepi..


en_me...
bulan puasa hari tu rajin layan tekak..lepas raya ni dah malas lah nak berpie pie..makan kodok ikan bilik pun sodapp...

Asnija berkata...

kalau makan ngan ais krim vanilla...best....kalau nak makan panas-panas ngan vanilla creme lagi best....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin