Sabtu, Februari 28, 2009

BILA ESOK ADALAH HARI YANG LAIN

Sedar tak sedar dah nak masuk bulan Mac.
Blog ini pun dah cukup berumur setahun. Tak teringat pula nak kenduri pulut kunyit pada hari bersejarah gilang-gemilang tu..errmm.baru teringat...dah lama dah tak makan pulut kuning..kelakar pula rasanya bila baca semula entry mula-mula dulu.

Masa mula-mula menulis blog dulu ada member menjangka blog ini akan padam bila tuannya dah jemu.Setidak-tidaknya akan bersawang bila tengah sibuk.Tapi rupa-rupanya tidak! Macam rasa tak lengkap pula hidup kalau sehari tak masuk blog dan haruslah meroyan jalan menyengeh ke hulu-ke hilir kalau seminggu tak dapat masuk blog ...ketagihkah itu?

Sebenarnya bukan apa sangat pun tulisan kat dalam ni.Cerita anak-anak dan cerita kebun saja..sekadar catatan kenangan...tapi kalau tulisan ini di baca dan ada manfaatnya kepada orang lain,mudah-mudahan menjadi amal baik.Terima kasih kepada kawan-kawan yang menyokong,membalas komen ,tegur-tegur dalam shout box dan silent reader juga. Tanpa anda siapalah MakCik Pinatbate..;)
Ceh! berangan macam bagi ucapan ambik award pulak...(^:^)

Letih betul kepala minggu ni..dahlah pagi tadi kena pergi kebun awal pagi lagi..siap pakai baju colour purple gitu....warna tema Mesyuarat PIBG katernyerr....habis satu dewan tu penuh dengan gelombang ungu.Naik berpinar biji mata..semua AJK dan guru-guru pakai colour purple..sedondon dengan tudung,kasut,handbag,stokin,tie,reben ikat rambut...ngee..siapa punya idealah agaknya ni...

Kalau hari cuti tetapi kena datang kerja juga..
nak sebut hari apakah itu..
hari kena dera?
ishh..ishh..ishh...

14 ulasan:

Leyla Shuri berkata...

salam pinabate,

teruskan berblog. menulis dan mencatat ialah satu budaya yang bertamadun atau a civilised nation writes history.

PINATBATE berkata...

Kak Lela...
Terima kasih atas sokongan kakLela..saya amat menghargainya.

pB berkata...

Salam

Teruskan berblog...
Berblog meluaskan minda , meramaikan kawan .....



kalau ada gambar , lagi bagus.
Nak gak tengok 'gelombang putih star' tuuuu

Sally berkata...

Tahniah..dan keep on blogging..best ape..sbg catatan utk anak cucu cicit bila kita dah tiada..huhu..Sally dulu..was-was je nak start..mcm akan terbengkalai half way..tp..hmmm ok je so far..berterimakasih kat PakPayne atas galakkan berblogging nih..

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

Blog sentiasa merindui tuannya:-)
sehari tak jenguk maka hati dan perasaan tentunya jadi tak karuan. Melainkan mood nak menulis tu hilang (ahak)

PINATBATE berkata...

pB..
Terima kasih atas kunjungan..
Yup..saya dpt ramai kawan melalui blog ini..


tcherSally..
Hanya blogger saja yg faham betapa seronoknya ..saya pula mula berblog kerana dorongan dilaOHdila..


dilaOHdila..
Syukran jazilan,bohut-bohut syukria..
psstt!! bangdin pun wes ono blog!jeles dgn kakpinat la tu ..

Meen Eunos berkata...

Teroskan!

salu lawat blog kak pinatbate.

PINATBATE berkata...

meEn..
tengkiu..tengkiu..
fuh!berkobar-kobar semangat den...raso macam nak terobang!

adie-ishmael berkata...

terima kasih sebab sudi singgah ke blog saya...selamat ulangtahun pertama blog anda...moga dapat teruskan dengan cerita2 harian...

bro.matt berkata...

selamat menyambut ulang tahun pertama tulis blog..
bila agaknya nak rase pulut kuning ni..!
terus menulis cikguuuu....!

akudimar berkata...

selamat ulang tahun blog...
potong kuehnya...potong kuehnya...lalalala...

Tanpa Nama berkata...

bro.matt
Terima kasih.
nak try pulut kaler biru boleh?


Dimar..
tengkiu..tengkiu..

en_me berkata...

tahniah cikgu pinatbate tewww.. tp me musykil one thing uooolsss - nama 'pinatbate' tewww yg menjadi soklan.. ader cikgu citer kat maner2 ghitewww.. uhuhu

PINATBATE berkata...

en_me..
terima kasih ..tak ada yg special pasal nama tu..cuma nama tu tlh digunakan sejak join forum CARI tahun 2002..idea dtg masa tu tengah makan roti dgn peanutbutter...dieja sebegitu sbb mudah nak google..tak lah tersilap masuk kilang peanutbutter pulak..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin