Jumaat, Februari 29, 2008

DEMAM


Lepas dua tiga hari meniarap dengan jayanya Hannah demam pulak..agaknya keletihan sangat lah tu.Alhamdulillah rak lah meragam sangat dan makan nestum pun banyak..

Orang tua-tua kata sakit urat ..ialah badan tu dibuat menggeliat ajer ..tak kira masa tak kira tempat asyik nak meniarap kerjanya.... sampai dalam kereta pun nak meniarap juga.
Oleh sebab kali pertama Hannah demam, demam suspen lah jugak dibuatnya.
Dua tiga hari ni ralit melayan Hannah jer...banyak kerja terbengkalai..

Selasa, Februari 26, 2008

BOSS BARU

Semalam boss baru mula bertugas menggantikan boss lama..
suasana nampak ceria dari awal pagi..semua orang bersiap nak menyambut boss baru..
siap kompang,jambangan bunga,kek bagai ..

hari ni pulak ntah camana boleh duduk lunch dengan boss..
Errmmm..masih awal lagi...belum boleh baca rentak dia..

Sabtu, Februari 23, 2008

EMPAT BULAN


Alhamdulillah...
Hannah dah empat bulan dan dah mengiring..kadang-kadang TERmeniarap ..
mudah-mudahan sentiasa sihat dan ceria ..Amin

Jumaat, Februari 22, 2008

JUMAAT YANG SEPI



Bulan bertasbih bertawaf mengelilingi bumi
Bumi bertasbih bertawaf mengelilingi matahari
Matahari bertasbih bertawaf mengelilingi galaksi
Galaksi bertasbih bertawaf mengelilingi ‘arsh
Langit yang tujuh, bumi, bulan semuanya bertasbih kepada Allah

Khamis, Februari 21, 2008

CUCUK PERUT




Syukur Alhamdulillah...tak perlu pakai lagi alat ini sekarang..tapi mesti makan ubat setiap hari.

Isnin, Februari 18, 2008

GAMBAR CAMERON LAGI...

Oleh sebab tak dapat merasa lagi pergi Paris, Canada,Hawaii,Jepun atau Kenya ..ku tampal saja lah gambar-gambar cuti-cuti cameron Highlands ni...dah..itu jer pun yang adaa.....















TENANGLAH HATI

Tuhan menguji lagi...Sabarlah hati...jadilah setenang air di tasik...


Susah betul hati ni nak jadi ikhlas dan redha...Payah betul mendidik jiwa tidak semudah mengungkapkan dengan lidah..

Fikir punya fikir sampai mengigau masa tidur ..mujur belum sampai tahap tidur berdiri ..
AHH..daripada menyakitkan otak,buat selamba badak jer lah...

ANDAI KITA BOLEH MENCIPTA BAHAGIA..
MENGAPA HARUS MEMILIH DERITA...

lebih baik makan kuih keria...supaya hidup lebih ceria...

Sabtu, Februari 16, 2008

APAM SENGIH

Fuhh...Rasa macam tak percaya pulak apam ni boleh tersengih sampai begitu mesra sekali..

apa taknya...inilah percubaan kali pertama buat apam..lepas tu tak ada pula mangkuk acuan kecil yang sebiji-sebiji tuu...tuang saja dalam loyang dan kukus...jadi lembut dan gebu.Nampak gayanya boleh buat lagi lain kali.

APAM ENO ( resepi Zuriana Akram)

Bahan
250 gm tepung beras
1 cawan gula
2 cawan air
2 cawan tapai nasi
pewarna
sebungkus Eno (biru)

Cara
Blend semua bahan kecuali Eno dan pewarna.
Peram 2-4 jam.
Sebatikan pewarna dan Eno dan kukus 30-45 minit.
gaul dengan kelapa parut pun sedap..

TERIMA KASIH

Rasa terharu melihat gambar-gambar ni..

Murah rezeki Hannah ..sejak lahir ramai betul yang beri Hannah hadiah..Baju biru yang Hannah pakai masa terima hadiah by pos ni pun hadiah dari MakUsu..







Banyak lagi sebenarnya yang Hannah terima...
Syukur kepada Allah dan terima kasih kepada semua yang bermurah hati...Semuga Allah memurahkan rezeki kalian.

Jumaat, Februari 15, 2008

CHALET SG HJ DORANI



Masa balik kampung minggu lepas kami sempat singgah ke restoran terapung ni sambil menghirup udara laut


Jeti nelayan yang damai

Apa kes bot ni..?


Depan chalet pun boleh memancing...


ROAD RUN KALI KE 5

Pagi-pagi dah tunggu check point 7...depan kawasan perumahan owang kayer..

Ada yang berlari ,ada yang berjalan, ada yang menyanyi , ada yang berborak, ada yang melihat pemandangan alam sekitar...

Lelaki kelas 1...ada yang sampai depan pagar rumah sendiri... laung kat bibik minta hulur air..


Lelaki kelas 2...kalau nak pengsan , jangan pengsan kat sini yer...pergi pengsan kat check point 8 depan tuu....

Dua tahun berturut-turut menjadi juara...!! Tahniah HIJAU...Tahun depan kita jumpa lagi ....Insyaallah..

Khamis, Februari 14, 2008

PUDING ROTI CARAMEL BERJAGUNG

Namanya panjang sebab puding ni gabungan puding caramel dan roti gardenia yang dah hampir expired ditambah pula baki dua tongkol jagung rebus yang tak habis semalam.
Kiranya puding recycle ni save budget la..maklumlah bonus tak masuk tahun ni...


Tak sangka pulak puding ni dapat sambutan hangat dan disapu bersih beberapa jam kemudian..
cuma agak musykil sikit..
puding ni betul-betul sedap ke atau bebudak ni yang kelaparan...
Kalau nak tau jawapannya ...cubalah sendiri...

BAHAN

1 tin susu cair
4 biji telur
1/2 cawan gula
1 cawan gula (untuk buat gula hangus )
6 keping roti
2 tongkol jagung
1 sudu makan tepung kastad
1 sudu teh esen vanila

Caranya

1. Hanguskan secawan gula dan tuang dalam loyang pengukus.
2. Pukul telur dengan gula tak payah kembang sangat pun tak apa..
masukkan susu ,tepung kastad dan esen vanila..pukul hingga sebati.
3. Susun roti yang dah di carik-carik dalam loyang kukus berisi gula hangus tadi..masukkan sekali isi jagung.Pastu tuang jer campuran susu dan telur dalam loyang.
4. Kukus puding lebih kurang 30-45 minit.
5. Bila dah sejuk terbalikkan loyang atas pinggan...dah boleh hidang..lebih baik kalau dapat sedekah sikit kat jiran..atau orang yang bagi resepi ini..





Rabu, Februari 13, 2008

IBU MERTUA KU

Orangnya penyayang dan tak lekang senyum menghiasi bibirnya.

kalau lah dia tau menantu kesayangan dia sorang ni masukkan gambar dia dalam dalam blog ....
ngehngehngeh...

MENGAPA PINATBATE-ALWAN


Ada kawan bertanya mengapa blog ini dinamakan Pinatbate-Alwan?
Jawapannya mudah..
takkan nak namakan Monggo MAMPER pulak...nanti termasuk rumah orang lain...
hehehe...acah aje..

Pinatbate adalah nickname yang dah serasi sejak 2002....sesuai dengan kegemaran makan roti sapu peanutbutter berlapis-lapis sambil mengadap pc....
Ramai rakan-rakan di alam maya dah kenal nama ni...kira glamour tahap perasan sendiri lah

Alwan pula perkataan bahasa Arab yang bermaksud warna-warni....Rasanya blog ini hanya akan menceritakan warna-warni kehidupan yang berbeza setiap hari di kelilingi keluarga dan kawan-kawan yang ceria....tak ada tulisan falsafah atau politik...

Sebab itulah nama ini dipilih...

Selasa, Februari 12, 2008

HANNAH IZAZI

Hannah semasa 2 minggu

Hannah semasa dua bulan


Hari ini untuk menunaikan permintaan seorang sahabat ku tulis cerita tentang Hannah,puteri bungsu..


Cabaran mengandungkan Hannah memang berbeza daripada anak-anak yang lain.Mungkin sebab umur pun dah meningkat dan ada sejarah melahirkan anak yang meninggal dalam perut, pada bulan ketujuh disahkan diebetis pula..
Apalagi...kena masuk wad tiga hari...dan selepas itu tiap kali nak makan kena cucuk insulin kat peha...siksa betul..3 kali sehari you...

Alhamdulillah Hannah Izazi lahir pada 22 Oktober 2007 di HUKM..beratnya 3.04 kg.
Bukan mudah Hannah nak lahir...masa tu baru 37 minggu..Hannah masih bergolek-golek dalam perut...tapi doktor induce nak kasi keluar juga..
Induce 3 kali selama 3 hari berturut-turut baru lah Hannah keluar..
Cadangan asal nak melahirkan di Hospital Kajang saja sama macam Izzah dulu...tapi sebab kami nak simpan tali pusat Hannah dan hospital kerajaan tak buat benda tu..maka transfer jer kat HUKM..
Jarak umur Hannah dengan kakak 10 tahun...banyak betul beza melahirkan anak pertama dengan anak kelima...seribu syukur dapat merasa nikmat itu semua..

Sebab hannah ni tak banyak ragam,dia selalu jadi mangsa buli..Gambar ni masa Hannah dalam stroller kat Alamanda..kesian budak tu dikerjakan abang kakaknya...




LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin