Isnin, Disember 22, 2008

POT LUCK STEAMBOAT

Pagi-pagi hari budak-budak say good bye kat abah diorang nak pergi tengok site kat Lumut..lepas tu semua tidur balik.Sekali mak tarzan mengaum baru menggelupur mandi..pergi hantar diorang ke kelas jam 9.30 lepas tu huru-hara balik nak buat kek coklat kukus.

Hari ni Kak Honey ajak geng dia makan-makan ala-ala ladies party gitu meraikan perpisahan dengan Hasni yang nak berangkat ke Johor awal tahun ni.Balik mula pukul telur lepas tu tidurkan Hannah gitu-gini tengok jam dah 11.30.Ingat nak ambik budak-budak tu terus ke Semenyih ..

Sekali angkat loyang huwwaa!...kek lembik lagi lah...tunggu lagi kukus setengah jam...siap terus ambil diorang..singgah kedai Nani ambil table runner yang tempah hari tu..lepas tu singgah pula kat Shamensi beli hadiah tanda ingatan untuk Hasni.
Zooomm...singgah econsave lah pula beli segala mak nenek ball nak buat steamboat..

Huh..akhirnya sampai rumah kak Honey yang cantik dan luas tu...alamak...semua geng dah sampai dengan anak memasing tengah bersantap...sambil lepak gossip ..woit!!kome idak tunggu teman yerr..


Tom tom bak .. perompak kalau masuk rumah ni sure patah balik punya...
Budak-budak menyepahkan rumah dengan melambakkan mainan selagi ada..turut kelihatan dalam gambar siHannah yang tak makan pun sebab asyik main saja..
Yang diraikan..Selamat berhijrah dan semuga terus mengikat silaturrahim antara kita.
Kaum ibu yang happy berbual sambil makan nasi,pulut,aneka lauk pauk,steam boat yang wallaa...cheese cake,coklat cake tak sempat snap gambar,berbagai jenis buah..air berbagai jenis...ahh...syukur!
Tuan rumah berdiri mengadap pisang sambil mengira-ngira nak buat air satu jug lagi..sebab tiga jug besar air dah licin...
Zah menunjukkan bukti bergambar bahawa makanan tengahari tu sangat best!!

psstt...Pak Man..
Mujur dia tak minta...Teh Tarik DUA...!!

5 ulasan:

Tepi Sungai Batu berkata...

Pak Man nak masukkan dialog pada gambar yang terakhir tu..."air suam dua!!"...hehehehe

yantisa berkata...

kami takde cikgu bertukar kali ni..tapi GB pulak akan berganti setelah 6 tahun dengan kami...kami bakal dapat GB lelaki pulak..

aNIe berkata...

Pinatbate...ladies kalau dah berkumpul...mesti gamat kan?...

Cantik rumah honey...

PINATBATE berkata...

PakMan..
hahha...nasib baik minta air suam.. kalau order teh tarik gelas besar..haru tuan rumah!

Kak Yan..
Ramai juga cikgu bertukar kat sekolah kami tahun ni..dah telah diraikan pun kat sekolah..tapi yang ni special sebab kawan kamceng woo...:(

PINATBATE berkata...

Kak Anie..
Memang gamat..cerita bersambung sambung..maklumlah..bukan selalu dapat berkumpul macam tu..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin