Ahad, Disember 21, 2008
CARI KERANG
Aktiviti anak-anak masa cuti sekolah kali ni..cari kerang kat pantai Remis..hahaha..sebenarnya ni lah first time cari kerang ni..saja suka-suka nak cari pengalaman..Kerang ni hidup dalam lumpur..rupa-rupanya tak lah susah sangat nak cari kerang ni,masa air surut korek korek kais sikit lumpur tu dah boleh jumpa..cuma kena rajin tertonggeng-tonggeng dan sabar lah ...
Masa kami sampai tak ramai orang lagi..cuaca pun elok jer..tak panas tak mendung..Mula-mula budak-budak ni menjerit-jerit geli bila kaki pijak selut lumpur tu..tapi lama-lama..eehh.. diorang seronok pulak..lagi-lagi bila berhasil..sampaikan bila dipanggil balik pun tak mau ..
Kakak,Izzah,abah,abang memulakan OPS Kerangnya.Berusahalah dengan tekun yer..semuga berjaya..Ehh..mana pergi mak dengan Hannah ni?
Alah...ada..tak kemana...Kami dua beranak duduk atas batu tepi pantai tu..sambil makan apam balik yang dibeli masa singgah kat pekan Kapar.sambil tu klik klik camera dan hirup angin pantai..nyamannn jer...alahai..tak kuasa lah makcik nak ikut masuk lumpur...kang terbenam kasut tumit tinggi makcik ..sapa nak nolong?..ahaks..
Tengah leka temankan Hannah main kulit kerang atas batu....TIBA-TIBA...
huhh..tu dia ..entah dari mana menjelma pulak makhluk ni...apa lagi...cabut lah kami berdua menyelamatkan diri menyorok dalam kereta..kecut jugak..mana tau kot disambarnya Hannah ker..Nauzubillah..seriau..
Hasil tangkapan Izzah..rebus saja pun dah sedap..kalau bakar lagi best! manis kerang fresh ni...
Wajah seorang penggali lumpur yang berjaya...peace!seronok betul nampak!Jenuh mak menyental baju dengan seluar tu tau...
Sebelum balik,beli lah adik beradik kerang kat nelayan sejati..apalagi...malam tu makan seafood lah!
Label:
pantai remis
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
wah! gi pantai remis le dia. tak roger kami pun. hehe
dulu aku rajin cari kerang kt sini. tp skrg malas dh. tak suka nerlumpur. haha *berlagak^
Seronok nampaknya anak-beranak cari kerang....Pak Man suka kerang bakar,tapi tak leh makan banyak-banyak.
pantai remis
sinonim namanya. banyak kali dengor tapi acik x pernah pergi. bestnya kak. kalau nunggu sunset kat sini mesti shuntek bercahaya erk. boleh buat BBQ kat sini
CJ...
oohh..berlagak erkkk....
kami selalu juga singgah bila balik kampung...cuma kali ni teruja pula nak korek pasir..
Pak Man..
Budak-budak dapat pengalaman baru memang seronok Pak Man..padahal tak ada apa punn...biasa jerk..
Dila...
Pantainya cantik ciptaan Tuhan..
tapi kotor penuh sampah,plastik,botol..buatan manusia...
salam. seronoknya berkubang mencari kerang.
Cikgu Panji..
salam cikgu..Sekali sekala memang seronok...kalau selalu ak sanggup lah..
Catat Ulasan