Sabtu, Disember 20, 2008

READY

Lapang rasa kepala..Alhamdulillah..
Lega rasanya dah beli sebahagian besar keperluan sekolah dan buku anak-anak untuk tahun depan.Semalam beli buku tulis dan buku kerja kat kedai buku sekolah..minggu lepas baju-baju ,beg dan kasut.Ada beberapa benda lagi yang tak dapat cari tapi tak apa masih ada masa.

Pagi tadi dah sort out baju-baju sekolah lama. Mana-mana baju yang masih boleh dipakai tu boleh lah recycle..kakak tahun ni pakai baju dan tudung hijau muda pengawas PSS sekolah kebangsaan dan pakai baju pink kain merah pengawas sekolah agama.Pakai kasut hitam jadi tahun ni kakak tak pakai kasut putih.Abang pakai baju pink dan samping merah pengawas sekolah agama.Jadi kasut hitam pakai putih pun pakai..Izzah yang paling seronok tak sabar nak pergi sekolah..Budak darjah satu sekarang tak macam budak dulu-dulu..takut nak pergi sekolah..

Lepas kemas kain baju sekolah tadi tiba-tiba macam teringin nak berkebun pulak.



ehekk...ada hati konon nak tanam orkid kat laman sekangkang penyu ni..tak tahu lah apa nasib pokok ni...

2 ulasan:

Uncle berkata...

Pinat, cantiknya pokok....macamana nak jaga orkid? Tak sabar nak balik kl tanam orkid pulak!

Uncle

PINATBATE berkata...

Uncle..
tak tau lah camana nak jaga..saya kalau tanam pokok pakai kaedah 3T ajer...Tanam,Timbus,Tinggal...ekekek..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin