Rabu, Julai 02, 2008

SELAMAT JALAN MUHAMMAD NUR IMAN

Sejujurnya ..betul...beberapa hari lalu saya memang teringatkan dia.Entah mengapa bayang seraut wajahnya seakan tergambar di celah-celah beberapa orang pengawas sekolah yang sedang mengatur kerusi di hadapan saya.Dia berambut lurus,bermata sepet ,berbaju biru pengawas lengkap bertali leher. Dia lah Cheong Fatt.

Saya mengenali Cheong Fatt beberapa tahun lalu sewaktu anak itu berada di tingkatan dua. Dia seorang pengawas yang ringan tulang dan amat menghormati guru. Walau pun pencapaian akademiknya tidak terlalu menyerlah tetapi hampir semua guru mengenalnya sebagai murid yang rajin membantu.Dia tinggal bersama neneknya dan seorang pakcik yang bisu.Entah di mana ibubapanya..saya tak ambil tahu.Rumahnya berhampiran sekolah . Walaupun ada pakcik guard di pondok pengawal, setiap hari Cheong Fatt akan jadi murid yang terakhir balik selepas memastikan pagar sekolah ditutup rapat .

Ada satu peristiwa di petang Ramadan yang saya tidak lupa..ketika semua murid Islam berkumpul di dewan mendengar ceramah Nuzul al Quran.Saya duduk di barisan paling belakang sambil mengawasi beberapa orang murid perempuan yang sok sek sok sek berbual ketika penceramah bercakap. Tiba-tiba saya terlihat Cheong Fatt berdiri di tepi pintu belakang . Kakinya terjengket-jengket mengintai ke dalam dewan sambil sesekali memandang ke kiri dan kanan seolah mencari sesuatu.

"Cari siapa?" tegur saya."Tak ada siapa..saya cuma nak dengar Ustaz tu cakap"ujarnya. " Masuk lah..jangan berdiri dekat pintu ni.." saya berbisik tak mahu menggangu majlis."Boleh ker? cikgu suruh saya jaga murid-murid non Muslim di kelas buat aktiviti Pendidikan Moral.."katanya was-was. Saya nampak mukanya bersungguh-sungguh. "Duduklah..nanti saya bagi tau cikgu"kata saya.

Dia duduk betul-betul ditepi pintu di barisan paling belakang. Dia mendengar ceramah bersama kumpulan murid-murid lelaki yang hampir tidak perasan kehadirannya. Sesekali dia ikut ketawa bila penceramah membuat jenaka.Selepas peristiwa itu dia tidak ragu-ragu menyertai hampir semua aktiviti murid Islam.Dia menyediakan pembesar suara ketika majlis khatam Quran, menyusun kerusi meja untuk majlis sambutan Maulud malah ikut membentang dan menggulung tikar ketika solat berjemaah di dewan.

Saya meninggalkan sekolah itu sewaktu Cheong Fatt berada ditingkatan empat. Selepas itu saya tidak lagi mendengar beritanya sehingga lah beberapa tahun kemudian apabila seorang sahabat menceritakan Cheong Fatt sudah memeluk Islam sebaik umurnya mencapai 18 tahun.Syukur... keluarganya tidak membantah pengislamannya bahkan menerimanya sebagai Muhammad Nur Iman.

Kali terakhir saya melihat wajahnya tersenyum didada akhbar pada bulan Ramadan tahun lalu. Dia masih berada di tingkatan enam.Dia menceritakan keghairahannya merebut keberkatan Ramadan sebagai seorang saudara baru sambil meladeni keluarganya dengan penuh sabar dan hikmah. Syukur..kata saya dalam hati.Dia murid saya...saya tumpang berbangga..

Pagi tadi seorang sahabat menyampaikan berita. Muhammad Nur Iman telah pergi. Allah mengambilnya kembali.Dia terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang dari kerja.Paling terharu ..dia dikhabarkan akan mendaftar diri diUKM dua minggu lagi lewat pencapaian STPMnya yang cemerlang. Saya tidak tahu emosi saya ketika itu .. terkejut , sedih, kasihan, syukur ..bercampur-baur.

Allah Maha Pengasih...mengatur perjalanan hidup hambaNya. Allah jua sebaik-baik tempat kembali.Selamat jalan Muhammad Nur Iman. Damailah bertemu Tuhanmu..Mudah-mudahan Allah menerima amal solehmu dan menghimpunkanmu bersama-sama hambaNya yang soleh.

Alfatihah.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alfatihah......

** rasa sedeh akan rentetan cerita ini. Tetapi Allah itu Maha Kuasa untuk membukakan hatinya menjadi pengikut Nabi Muhammad SAW (alhamdulillah). SesungguhNya kehidupan ini telah diaturkan OleNYA....Moga rohnya ditempatkan disisi org2 yang beriman

KAMATO berkata...

Moga rohnya sentiasa dirahmati

nadahahs berkata...

al-fatihah..
moga rohnya dicucuri rahmat..

begitulah adanya manusia zaman sekarang.


ada yang lahir islam, hidup islam dan mati kafir.
ada yang lahir kafir, hidup kafir dan mati islam.
ada yang lahir islam, hidup kafir dan mati kafir.
ada yang lahir kafir, hidup islam mati islam.
dsb...

ADIFASHLA berkata...

Al - Fatihah...

PINATBATE berkata...

dOd..
sambil memerhati perjalanan hidup manusia lain ,kita mencari hikmah dan meneliti pengajaran tersembunyi..

KAMATO..
Amin..Mudah-mudahan bila tiba giliran kita nanti, ramai insan lain akan mendoakan untuk kita juga..

NAHADAHS..
Selamat datang...Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang hidup dan mati dalam iman dan takwa kepada Allah..

ADI..
baru dapat berita isteri pakcik Dahlan dekat surau tu,dijemput pulang subuh tadi..AlFatihah.

yantisa berkata...

salam takziah..nama arwah betul2 sama dengan nama adik ipar kak yan..seorang muaalaf jugak..

Wangi74 berkata...

Maha Suci Allah sebaik-baik Pengatur.Semoga arwah Muhamad Nur Iman berada di golongan hamba-hamba yang diKasihiNya.Ameen.

Terharu saya baca dan juga gembira kerana dia seorang muslim.

PINATBATE berkata...

KAK YAN..
Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat..

LYN..
Terima kasih atas doamu..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin