Isnin, Julai 28, 2008

PERINGATAN BUAT DIRIKU YANG LUPA

Ramadan semakin hampir..banyak hutang yang perlu diselesaikan segera.Mudah-mudahan Allah memudahkan segala urusan.

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:

Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila Allah s.w.t mengasihi seseorang hamba nescaya dia akan memanggil Jibril a.s dan berfirman: Sesungguhnya Aku mengasihi orang tersebut, oleh itu kasihilah dia. Baginda bersabda: Lalu Jibril mengasihinya. Kemudian Jibril menyeru ahli langit dengan berkata: Allah telah mengasihi orang tersebut, jadi kamu semua mestilah mengasihinya, lantas semua ahli langit mengasihinya. Baginda bersabda: Kemudian orang tersebut diterima oleh semua golongan yang berada di muka bumi. Apabila Allah s.w.t memurkai seseorang hamba, nescaya dia juga akan memanggil Jibril a.s dan berfirman: Sesungguhnya Aku benci orang tersebut, oleh itu bencikanlah dia. Baginda bersabda: Lalu Jibril membencinya. Kemudian Jibril menyeru ahli langit dengan berkata: Allah telah membenci orang tersebut, jadi kamu semua mestilah membencinya, lantas semua ahli langit membencinya. Kemudian dia dibenci oleh semua penghuni bumi

RUJUKAN
http://www.al-islam.com/mal/

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin