Isnin, Julai 21, 2008

IMPIAN TERCAPAI

Pagi tadi telah diadakan majlis serahan replika kutipan sumbangan sempena JOM KARNIVAL 2008 daripada pihak sekolah kepada PIBG.

Alhamdulillah cita-cita kami untuk mengadakan projek laluan berbumbung hampir tercapai tidak berapa lama lagi...Terima Kasih kepada semua yang terlibat menyumbang wang ringgit, tenaga dan idea..
Ameer mewakili 4 Alpha menerima hadiah daripada YDP PIBG atas usaha cemerlang yang mereka telah ditunjukkan. YES!!..kami dapat.....

Syukur...Alhamdulillah..kita telah mencapai impian yang kita idamkan sebelum ini..Percaya lah, kita pasti BOLEH !!..asal saja kita sanggup berusaha dan bekerja keras...

Tokey air dan roti john..aksi orang kaya sekelip mata...

Tokey spagheti, kek batik dan mash potato...aksi posing sesedap rasa...


nota kaki:
Peristiwa menyayat hati...masa bebudak ni tengah bersukaria makan isi perut hamper tu dalam kelas..SECOND BOSS lalu...yerkkk...kantoi la pulak...siap dia berhenti buat isyarat "aper ker heyy ni yop...kome idok belajor ker hari ni..?" sambil kerut-kerut dahi..
adui..hilang ingatan makcik dibuatnya...automatik jer terus jerit..."OK semua orang...buka buku muka surat 129..bla-bla..bla...." padahal masa tu bebudak tengah pulun berebut twisties.....
( pengsan ...)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin