Isnin, Jun 30, 2008

LUNCH BOX

Salah satu cadangan untuk berjimat-cermat yang sering diwar-warkan sejak kebelakangan ini ialah membawa bekal ke tempat kerja atau ke sekolah.Orang Jepun sebut bento,orang Jawa sebut bontrot..bunyinya lebih kurang sama jer kan...hehehe..

Sebenarnya sebelum orang sibuk-sibuk nak bawa bekal, kami sudah pun membudayakan amalan ini sejak anak-anak masuk darjah satu lagi. Masa mula-mula kakak masuk sekolah dulu kami bimbang anak kecil kami lapar di sekolah..nak membeli kat kantin kena beratur (berasak) dengan budak-budak besar, dah tu belum pandai berjual beli...jadi bawa lah bekal dari rumah.Sampai sekarang dah darjah lima dan dah pandai menghabiskan duit pun kakak masih juga bawa bekal ..alasan dia, makcik kantin masak tak sedap...yer lah tu..maksudnya mak dia masak sedap mbanget lah tu...

Abang pulak suka bawa bekal sebab boleh berkongsi tukar-tukar menu bekal dengan kawan baik dia Syazwan . Kadang-kadang tu ada juga masa yang tak sempat buatkan bekal,habis lah monyok muka dia pergi sekolah....padahal duit belanja dah tambah ..Budak berdua ni walau pun dah sarapan kat rumah,siap bawak bekal lagi...namun duit belanja tetap nak juga..

Ni antara gambar bekal sepanjang minggu lepas....ada bekal yang tak sempat nak snap gambar pasal dah lambat...nanti tak pasal sibuk nak bergambar tertinggal bas pulak...wakakaka...

bihun goreng

roti telur, nugget, fries potatoes

mee goreng mak(bukan mamak)

Nak sediakan bekal ni bukannya susah sangat asal saja ada kemahuan..tak perlu bangun awal pagi sangat,pukul 5.30 dah cukup cantik..kalau terlambat jam 6.00 pun masih sempat lagi..tapi kalau pukul 7.00 baru nak celik mata tak payah sibuk nak berbekal lah..kejar solat subuh tu dulu...

Cara yang mudah ialah rancang dan siapkan bahan sebelum tidur. Kalau nak buat sandwich telur contohnya dah siap rebus telur dan potong timun dari malam. Kalau nak buat nasi goreng pun sama cenggitu.. bawang , sayur siap potong , ayam atau udang letak tingkat bawah peti sejuk.. kalau besok pagi baru nak keluarkan ayam batu, susahlah ..Kalau bawa bekal nasi lemak , telur dan sambal masak malam..Kalau nak lagi senang beli jer nasi lemak kat gerai depan rumah lepas tu bawa lah bekal tu pergi sekolah....habis cerita..

6 ulasan:

KAMATO berkata...

Bagus kalau semua orang bawak lunch box macam tu, bukan je untuk anak2 tapi juga mak bapak, tapi sekarang ni ramai yg guna formula last sekali, beli je nasi lemak tepi jalan

norzailina berkata...

Salam, memang bagus posting ni. Apatah lagi sekrg byk kejadian keracunan di kantin sekolah. Smlm terbaru di SK Seri Gombak, 26 murid dimasukkan ke hospital. Puncanya, nasi lemak yg sudah berlendir dan nugget ayam yg masam..but knowing children, diorg hentam makan sampai habis. Kecian.

Samsjul Hudha berkata...

lunch box-nya bikin lapar...

PINATBATE berkata...

KAMATO...
Kalau tak biasa bawak bekal pergi kerja ...nanti member kata kedekut taik idung masin pulak..

KAK LINA...
Terima kasih berkunjung ke sini..Terharu rasanya chef/penulis novel terkenal sudi bertamu keblog yang tak seberapa ini..

DHANY ...
Wah !..tamu dari jauh ni..silakan..

fatin berkata...

'bontrot' ,lama dah tak dengar perkataan nie..dulu masa skool memang kene bawak 'bontrot'...biasa ler org susah...takder duit 'sangu',sekolah pon takder kantin,makan kat bawah pokok getah belakang sekolah...makan berkumpulan...sambil ditemani nyamuk...hehehe...syahdu jer bila teringat kenangan masa dulu2..

PINATBATE berkata...

Salam FATIN...terima kasih sudi bertandang.
Seronok kan makan bontrot ramai-ramai dengan kawan...kenangan manis tu..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin