Ahad, Julai 06, 2008

JOM KARNIVAL




Alhamdulillah...seribu syukur...JOM KARNIVAL yang berlangsung hari ini telah berjaya mencapai target sebagaimana yang diharapkan. Mudah-mudahan projek laluan berbumbung yang dirancang akan menjadi kenyataan selewat-lewatnya awal tahun depan .

Pagi tadi sewaktu tiba jam 7.30..Geng Kebabowm 4 Alpha dah sedia berkhidmat...rupa-rupanya mereka dah mula angkat tong gas seawal jam 6.45 pagi lagi...4 Alpha dibahagikan kepada beberapa group..Group Ameer bertanggung jawab menyediakan air, group Azrie pula bahagian roti john dan roti bakar, group Sabrina masak spaghetti,Hanis and the gang buat kek batik dan tart, geng Sarah dengan mash potato 20 kilonya manakala Shahirah dan Fiza bahagian promosi...terharu sungguh dengan kesungguhan anak-anak muda ini. Gerai kami terletak di kantin..ok lah ...lapang sikit sebab nak gunakan dapur..

Air dah siap bancuh...spagetthi pun dah packing

Kat mana pulak nak gantung menu ni....

Ni kerja geng spaghetti sorok stock bawah meja..

Ni tokey spaghetti Sabrina...kerja keras dari mula sampai habis projek

Sementara Aiman sibuk siapkan bahan utk roti John, Amir berkejar pergi angkat air batu

Geng mash potato sempat lagi senyum simpul..tak payah tunggu pelanggan datang gerai diorang dah angkat bakul edar jualan....
Alamak...Shahirah...cukup-cukuplah promosi tuu...

Kalau semua dah ready...boleh lah mula bekerja...Bismillahirrahmanirrahim...
Pelanggan dah tunggu nak order sarapan tuu...



Tuan Hj Ismail Musa, PPD Hulu Langat merasmikan karnival...

Lepas perasmian selesai dan gerai kebabowm dah steady...sempat vroomm balik rumah sekejap ambil bebudak kat rumah datang join karnival...tinggal lah Hannah sorang tolong abah sidai kain...yeah yeah...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam
Caya laa Kebabowm.
Korang ni macam The Apperantice plak ya.

PINATBATE berkata...

MAZUDI..
Salam kenal..Kebaabowm 4 Alpha memang hebat!Semuga mereka cemerlang di dunia dan akhirat.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin