Sabtu, Julai 19, 2008

HARI SUKAN


Lepas subuh terus masuk dapur masak laksa untuk sarapan... macam tak percaya jer bebudak bertiga tu makan laksa pagi-pagi..Alhamdulillah laris .. abah memang tak makan laksa jadi dia makan roti dengan serawa durian semalam jer..

Lepas sarapan Izzah pergi sekolah ada sukan hari ni.Abah dengan kakak pergi temankan..Abang malas ikut, dia kata nak jaga Hannah kat rumah sementara mak basuh baju..yer lah tu, macam lah kita tak tau sebenarnya dia nak tengok kartun.. Alaa. ..sukaneka budak tadika..kalah atau menang semua dapat hadiah..Izzah masuk acara masukkan air dalam botol..dah dua minggu berlatih..dia kata team dia rumah Merah tak berapa kuat..asyik kalah jer masa latihan..tapi tunggu jer lah dia balik nanti, mana tau dapat nombor satu pulak...

EDIT

Izzah masa sukan tadi...tengah beratur dengan kawan-kawan rumah merah...eerr....cuba teka yang mana satu Izzah ni....

Masukkan air dalam belon tu...

Lepas tu masukkan pula air tu dalam botol...fuhh...bila nak penuh ni........

Yeeahh...dapat nombor duaa.....!! Alhamdulillah..

2 ulasan:

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

yeeeeeeeeeeee tahniah utk Izzzah
wah mesti banyak dapat hadiah tu erk....:-)

PINATBATE berkata...

tengkiu...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin