Isnin, Disember 27, 2010

KE PULAU MARINA

Hujung minggu ke Pulau Marina..naik jambatan baru ni..saja nak cuci mata..minggu depan dah nak masuk sekolah..huhuhu..

 Nampak gayanya resort dan hotel dah mulai ramai pengunjung

tapi kedai-kedai masih belum dibuka sepenuhnya

Tapi kat kompleks jeti nampak dah banyak kedai dan restoran di buka..

Cantik pemandangan kat pulau ni dan banyak tempat-tempat rekreasi yang sedang di bina..
Teringin pulak rasa nak naik basikal sambil menyandar macam ni..

kalau dapat memancing kat sini best jugak..

Tak pun cari tempat yang banyak ikan mcm pakcik ni..best!..angin sepoi-sepoi..

Sempat abah temuramah pakcik tu..sambil mak ambik gambar..hohoho!wartawan kann..
Ingatkan udang-udang  tu hasil tangkapan dia..rupa-rupanya umpan!

yang ni muka sedih tak mau balik ..tak apa..nanti kalau pembinaan pulau ni dah siap sempurna sepenuhnya kita datang lagi okey..
Nak tau kami pergi ke mana hujung minggu lepas?

KLIK http://www.marinaisland.com/

12 ulasan:

Rozali berkata...

Assalamualaikum Cikgu Pinat

kat mana tuu

apa2 selamat berjuti
moga percutian ini berhasil kegembiraan

Wassalam

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

gi PP ke...

bujal X berkata...

syok ah~~

*best la makcik time cuti sekolah ble cuti sekali~~

yangyuyu berkata...

menariknya basikal bersandar tu, kami tak penah g pangkor wpun dekat je huhu

Abdul Munir Sanusi berkata...

Kacip ke Pulau marina ni? Marina Mahathir kan?

PINATBATE berkata...

Atuk rozali,
Waalaikumussalam,tak ke mana pun,bawa anak-anak tengok tempat abah diaorang selalu pergi kerja..sambil tu melawat pulau buatan manusia.


Kak Nab,
tak ke Pangkor pun,sampai Lumut jer

PINATBATE berkata...

Bujal..
Alhamdulillah..tak adalah bercuti mana pun..tmpt ni dah selalu sgt pergi..pakcik ada kerja kat situ..kami anak beranak ikut jer lah..daripada bebudak merusuh dalam rumah,eloklah berendam kat kolam hotel tu..lega sikit..

PINATBATE berkata...

yangyuyu,
tengok bebudak tu naik beskal sandar sambil pejam-pejam mata feeling tidor..apehal ntah..


dr Mun,
sekarang ni belum siap lagi ..pembangunan tgh ramcak..tp kalau dah siap sok mmg kaciplah..byk tempat rekreasi utk sedekah duit..kat Marina ..ermm..

Uncle berkata...

Tak sangka yang Marina pun dah ada pulau............pak dia puun tak tahu nih.......

PINATBATE berkata...

Uncle..
hahaha! kayo budak Marina tuu..bertuah bapak dia..

kak ina kl (1) berkata...

salam ..wah ashik gi jelan ajer ek..
tahniah kepada pelajar yang berjaya dengan cemerlang. betul tu kalau yang kurang berjaya tak semestinya tidak cemerlang.

nanti minta soalan tahun lepas boleh tak? sebab anak akak pmr tahun ni.

PINATBATE berkata...

salam kakIna,
soalan PMR tahun lepas ker? Insyaallah boleh saja..Ira sekolah dekat mana kak?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin