Isnin, November 29, 2010

MUZIUM ORANG ASLI

Bawa anak-anak pergi muzium masa cuti sekolah sebenarnya adalah salah satu cara save budget mendidik dan mengenal jati diri.Cuma kena banyak sabar sebab Kakak akan baca semua maklumat dalam muzium satu persatu lepas tu belek gambar lama betul..tanya itu ini..mujur dia tak mencatat sebab dia kata serupa macam kat buku sejarah tingkatan 1..^---^

 Abang tekan button sana sini sambil menghafal nama suku kaum  penempatan orang asli di semenanjung..Temiar,Semai,Jakun,Mahmeri,Jah hut,Temuan,Senoi..bla bla bla..ntah apa-apa lagi lah Abang kata..Ehh! sama macam kat dalam buku Kajian Tempatan laaa...ayyoyoo..budak ni..haih!
 Seram la pulak tengok patung pengantin ni..
 Yang ni menggedik buat-buat seram..padahal tak seram pun..
Oleh kerana terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Orang Asli, maka terdapat banyak perbezaan dari segi cara hidup dan pertuturan bahasa yang digunakan. Kebudayaan dan adat resam mereka juga berbeza-beza dan mempunyai keunikan yang tersendiri. 

 Alat-alat memasak..Abang tanya "Orang Asli buat lemang macam kita ker..atau kita yang buat lemang tiru Orang Asli.."?

Ok..lepas ni kita masuk muzium yang lain pulak yer..;D

7 ulasan:

aNIe berkata...

Pinatbate... anak2 akak pun tak sampai situ lagi...selalu takde masa nak bawak diorang... asalkan balik melaka aje terperap kat rumah neneknyha

manzlie berkata...

salam dari Makkah


bagus gak didik mereka dgn cara sebegini..


wasalam

PINATBATE berkata...

Kak Anie,
Biasa lah tu..selalunya yg dekat atau tempat selalu pergi tu dah tak heran..Kami ni jarang dpt ke Melaka..tahun ni baru 2 kali..
Saya suka melaka..asam pedas best!

PINATBATE berkata...

Salam CL Makkah..
Si Kakak tu mmg suka pergi muzium.Muzium Negara tu tiap-tiap thn dia pergi..kalau abah dia tak bawa,dia ikut rombongan sekolah..
Kalau ikutkan mak dia x pyh pergi pun tak per..Nak cari maklumat, kita google jer ..kan senang..kehkehkeh..

Zaitun berkata...

Bawa anak tempat macam tu boleh menambahkan lagi pengetahuan mereka.

PINATBATE berkata...

kakzai,
Muzium selalunya tak ramai pengunjung..;(

♥GAdiSMeRaHJaMbU♥ berkata...

datang baca entry ni.
thanks for the info :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin