Sabtu, Mei 09, 2009

SETIAP HARI

Saya percaya hanya ada dua perayaan sahaja dalam Islam iaitu Aidil Adha dan Aidil Fitri . Sebab itu saya tidak terlalu ghairah menyambut sebarang perayaan selainnya lebih-lebih lagi di Malaysia kita ni banyak sangat hari nak sambut.Hari Pekerja,Hari Wilayah, Hari Jururawat,Hari Natal, Hari Wesak,Tahun Baru Cina..macam-macam lagi..Jangan salah sangka pulak..bukanlah saya menghukum haram sambutan yang bermacam-macam ni..cuma rasa rimas.

Bulan Mei ini saja saya menyambut Hari Lahir,Hari Ibu dan Hari Guru..Syukur ke hadrat Ilahi ..tapi setiap hari istimewa itu saya anggap sebagai peringatan bukan meraikannya. Pada pagi hari ulangtahun kelahiran saya kena beringat dan muhasabah diri kerana umur sudah semakin berkurang (bukan bertambah) kerana jangka hayat semakin pendek..sudah tidak banyak masa untuk bersiap sedia membuat bekalan ke akhirat. Masa untuk berbuat baik sesama manusia dan makhluk pun semakin singkat.Hidup ini perlu dinikmati sebaiknya sebagai tempat mengumpul 'point' di akhirat kelak. Tidak ada kek harijadi atau pulut kuning utk saya..tapi bersyukur Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya dengan rezeki yg tak terhitung nikmatnya.

Sedari kecil saya tidak pernah diajar meraikan hari Ibu...Anak-anak pun saya tak ajar meraikan hari ibu. Saya mahu anak-anak mendengar nasihat dan membalas didikan ibubapa dengan berbuat kebaikan setiap hari. Apalah ertinya kad atau hadiah hari ibu jika perbuatan seharian menyakitkan hati ibu. Siapalah yg pandai-pandai reka hari ibu 10 mei. Kenapa tak buat 2 minggu sekali hari ibu? Tentu lebih banyak keuntungan tokey restoran, penjual bunga atau kedai hadiah..dalam Islam berbakti pada ibu, tak perlu tunggu hari perayaan setahun sekali dan seorg muslim yg baik sepatutnya tak memerlukan hari ibu utk berbakti pada ibunya kerana cukup Al-Quran dan Hadis Nabi sebagai sumber motivasi.

Saya amat menghormati dan menyayangi ibubapa dan ibu mertua saya..saya berazam mahu berbuat baik kpd mereka sehingga akhir hayat mereka dengan segala kebaikan yang termampu saya lakukan...setiap hari, setiap masa..dan tidak akan lupa mendoakan kebaikan untuk mereka di dunia dan di akhirat. Tak perlu tunggu hari ibu.

Ini emak dan abah saya yg tidak pernah putus-putus mendoakan kebaikan untuk anak dan cucunya sepanjang hayat mereka.


Seperti juga hari-hari sambutan bulan Islam yg dianggap bid'ah oleh sebahagian ulama,saya selalu mengingatkan diri supaya cuba mengamalkan sunnah dan berselawat kepada nabi setiap hari,tak perlu tunggu Maulidurrasul.Baca Quran setiap hari walau pun sedikit..tak perlu tunggu sambutan Nuzul Quran..,tunjuk akhlak yg baik kepada orang bukan Islam tak perlu nak tunggu rumah terbuka Deepavali atau Gong Xi Fa Chai..Kasih sayang perlukan pendekatan bukannya hari..kalau tak nanti jenuh nak buat hari abang,hari kakak,hari suami,hari isteri..Bila masuk bulan Ogos setahun sekali semua diseru berjiwa patriotik sebab sambut hari Kebangsaan..habis bulan Januari,bulan April..tak perlu patriotik ke?

Setiap tahun apabila menjelang Hari Guru saya akan sentiasa dirundung sedih dan serba-salah.Ya, sedih..sangat sedih kerana sehingga kini walau sudah berbelas tahun menjadi guru saya masih tidak mampu menukar budaya hari guru di sekolah yang kebanyakannya berbentuk lagha. Apa implikasi budaya begitu kepada generasi masa depan. Apakah murid-murid akan lebih menghormati guru sebagai murabbi dan mursyid selepas acara sebegitu.Di sekolah lama ,saya pernah cuba mencadangkan membaca kisah Lukmanul Hakim mendidik anak-anak dalam majlis hari guru..tapi ditolak dengan alasan hari guru adalah hari utk guru dan murid bergembira...bukan mendengar ceramah! Ini salah satu sebab mengapa saya sering 'ghaib' dalam keriuhan sambutan hari guru di sekolah..

Mungkin penilaian saya silap atau entry kali ini bernada agak keras tapi itulah saya.Mungkin usia yg semakin tua membuatkan saya lebih banyak berfikir.

4 ulasan:

liza berkata...

ooo.. patutla selalu xde nooo.. ghaib ke mn 2?.. hehe.. report2x..

PINATBATE berkata...

Liza,
kalau tak jumpa dlm bilik SPBT cuba cari kat stor sukan..yg pasti tak keluar dari pagar punya..psstt!

CM berkata...

Jusco kot liza..

Keras betul,luahan hari ni..abis tu nak wat cammana kak pinat celebrate hari guru.?
saya ni orang kelab Guru.

Kan bagus,budak2 baca yasin,doakan kita,bukan kita nak nyanyi kat depa..

"Kami Guru Malaysia,Berikrar dan berjanji"........
(takdak lagu lain ker,jemu wei)

PINATBATE berkata...

cikgu mas..

lagu'Guru M'sia'bagus diulang setiap tahun sebab mengingatkan tentang ikrar dan janji guru.kakpinat tak jemu..
Kita boleh celebrate cara yg lbh intelek dgn menunjukkan maruah kita sbg guru,jgn sampai lepas laku nanti murid tak respek..murid akan jadi kurang ajar kerana guru kurang mengajar..

nak gi Jusco tunggu balik lah..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin