Budak bertiga kat rumah ni nak exam minggu depan tapi nampak gayanya tak mesra buku langsung.Kakak tu boleh lah harap juga,tapi kalau Abang tu ..rasanya buku pun tak kenal ke dia..adoi !..sabar jer lah anak lanang sorang ni..
Koleksi brg antik tak ada,koleksi pinggan mangkuk pun tak ada,koleksi buku pun sekadar hiasan..appaddaa...chiitt!!
Projek baking pun dah lama tak buat...nampak gaya kena mula start enjin ni,kalau tak berkarat pula nanti.Asyik layan tekak makan mochi Jepun jer dua tiga hari ni..Perasan bijak mcm Jepun jer bila makan kuih mochi ni..Semalam beli inti peanutbutter...mak aihh..lemak manis sgt pulak..inti kacang merah ni rasanya lebih sedap berbanding inti peanut butter ..
Rasa nak buat onde-onde buah Melaka lah pulak petang ni..demi masa depan yang cemerlang harus gigih cari kelapa parut..
16 ulasan:
acara makan2 hujung minggu?. kekeke
salam pinabate,
rupanya di msia, mereka panggil "mochi" juga ye?
Ingatkan mereka panggil pulut!
CJ..
biasa lah tu..hujung minggu kann..
---------------------------------------
kak Lela..
hehehe..Proper Noun tak boleh tukar dah ..macam sushi tak boleh tukar jadi pulut gulung..nanti salah maksud..
Tengok atas rak buku ada buku Diamond Cutter, mesti ada pakar diamond kat rumah tu .
Selamat masak2 di hujung minggu .
kak Rina..
huahuahua....
salam kak..salam hari guru utk cikgu...
ape rasa sebenarnya mochi-mochi tuu?? ada rasa cam kuih koci tak kak?.tak pernah saya rasa...
cikgu mas..
lebih kurang rasa koci lah juga tapi koci tu lebih lemak sebab bersantan..yg ni tak lemak dan manis pun sedang-sedang jer..
tak tau lah kenapa kakpinat minat sgt kuih Jepun ni..
slam kak pint
kuih mochi ni lebut sesangat. mula2 macam takut nak makan sebab takut tertelan
hehhehehe tapi bila dah makan cedapnya kak. apa lgi intie kacang merah kat dalam tu
banyaknya koleksi buku akak ni
mesti Ulat BUKU ni erk
salam,
selamat menyambut hari guru.
akak suka mkn mochi ek?.. kat cni glamer time nk masuk thn br.. ada ong depa kt mkn menda alah nie..
Dila..
bukan ulat buku..tapi buku berulat..lama sgt simpan..ekeke..
---------------------------------------------
DrSam..
Terima kasih..
----------------------------------------------
Liza..
kat sini spjg tahun glamer..akak asal masuk Jusco jer beli mochi..memang banyak ONGkosnya..hehehe..
Dear Pinat. Ini kalau kat rumah memang famous ni. Buat dari beras yang ditumbuk sampai penyek dan lenyek. Renyah nak buat ni, so kami pun selalu beli je...tapi sama ke macam yang jepun punya? Kat sana memang tak manis sangat.
Uncle..
aunty mesti pandai buat mochi kan...tumbuk pakai lesung erkk..
hehehe..tak tau lah sama ker tidak dengan yg Jepun punya Uncle..tak pernah sampai jepun lagi..tapi kalau beli kat Jusco tu memang tak manis sgt..dia salut kacang tumbuk jer kat luar..Yg beli kat 100Yen ni agak manis lebih lagi bila ada inti manis kat dlm dia..
anak lanang wes gedi tewww.. kehh
Dulu akak pernah buat buat Melaka...sekali salah guna tepung...ade ke guna tepung beras...keras berdentum...hahahah
en_me..
tu lah pasal..makin gedi makin banyak pulak perangainya..
-----------------------------------------------
kak Anie..
fuh! keras betul tu kak...sampai berdentum bunyinya...
hikhikhik..
Catat Ulasan