Khamis, April 23, 2009

TEMPATNYA DI SYURGA

Pagi tadi kami dapat berita sahabat kami Raja Rapiah,kehilangan bayi lelaki yg dilahirkannya lewat petang semalam.Bayi suci itu hanya singgah sebentar menghirup nafas di bumi Tuhan ini sebelum berpindah ke alam yang kekal.Allah amat mengasihi Muhammad Zul Aidil, nama yang diberikan kepada anak itu. Anak yang tabah diuji dengan pelbagai komplikasi kehamilan sedari dalam rahim ibunya lagi.

Sewaktu kain putih yang menutupi wajahnya dibuka,kami melihat seraut wajah suci yang tenang seakan lena dalam dakapan damai yang panjang.Ya Allah! Petang itu airmata mengalir syahdu melepaskan pergi bidadari syurga..yang bakal menunggu kehadiran kedua ibubapanya yang tabah dan redha di pintu syurga..

Malam ini saya teringatkan memori lebih sepuluh tahun lalu..saat melepaskan Siti Rahmah Nurul Jannah..

Allah Maha Pengasih...mengatur perjalanan hidup hambaNya. Allah jua sebaik-baik tempat kembali.Selamat jalan sayang... Damailah bertemu Tuhanmu..

10 ulasan:

Ajwin Ajeera berkata...

Al Fatihah..

en_me berkata...

“Innalillah wa-inna ilaihi raji’un - Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return”

tchersally berkata...

al-fatihah..

bro.matt berkata...

al-fatihah..
salam takziah..semuga mereka tabah menghadapi cobaan Ilahi..

dimar berkata...

Innalillah....
sampaikan salam takziahku...

liza berkata...

slm akak..
pjgkn slm takziah sy sekeluarga uat kak Raja.. moga dia sentiasa cekal & tabah..
oh! yea.. kwn baik sy usha & k.norliza chat?.. rindu kat depa.. meja masih duk seblh2 ker?.. kim slm rindu.. x lupa tuk kkwn lain gak :)

aNIe berkata...

Al-Fatitah...ALLAH lebih menyayanginya....

Semoga ibu dan ayahnya redha akan pemergiannya...

PINATBATE berkata...

Terima kasih semua atas komen-komen di atas.

Liza, Insyaallah kak Pinat akan sampaikan..

bna berkata...

Innalillah wa-inna ilaihi raji’un
menitis air mate sy..
moge2 ustazah rapiah tabahlah..

PINATBATE berkata...

Bna..
Bila kita merasa redha dengan kehilangan dan kekurangan,Allah akan menyingkap tabir hikmah dan membuka laluan rezeki yg lebih luas dan lapang..Insyaallah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin