Pagi tadi kami duduk mendengar tazkirah sempena sambutan Maulidurrasul di perkarangan kebun kecil kami.Rupa-rupanya duduk berlantaikan bumi dan berpayungkan langit adalah ciri-ciri orang tawadhuk menuntut ilmu. Sambil mengharap payungan rahmat para malaikat kita mencabut rasa megah dan takbur ..betapa tidak,selama ini punggung dan kaki kita menghenyak kerusi empuk,tilam tebal dan permaidani lembut..tapi kini..kematu bontot.. ;)
Banyak sebenarnya ilmu yang Ustaz Wan sampaikan tadi..antaranya tentang tawakkal dan pergantungan kepada Allah.Sebenarnya antara punca kegagalan dan juga kesusahan yang selalu menimpa kehidupan kita antaranya ialah kealpaan insan dalam menyerahkan segala urusan kepada kepada Yang Maha Berkuasa.
Kita sering terlupa untuk menjadikan tawakkal dan harapan sebahagian dalam bentuk perancangan kita. Sekalipun kita mempunyai perancangan yang teliti dan teratur, namun tanpa dua elemen ini akan menyebabkan lemahnya emosi serta tidak redha dengan kemungkinan yang akan menimpa.
Konsep tawakkal dan meletakkan harapan kepada Allah akan mengangkat martabat insan serta meningkatkan nilai spiritual meskipun perancangan kita menemui kegagalan atau mungkin kita menerima musibah yang berat.
Tawakkal kepada Allah juga dapat mendatangkan rezeki,rahmat dan kasih sayang Allah . Dengan bertawakkal Allah menjanjikan rezeki dan jalan keluar dari mana-mana arah yang DIA kehendaki.
7 ulasan:
Betul tu pinatbate....pengalaman yang kita lalui dalam hidup adalah guru yang paling balik...lebih berusia kita lebih banyak kita menimba pengalaman dan menjadikan kita insan yang lebih matang...
Tapi jgnlah kita menjadi insan yang semakin hari semakin buruk perangai...jauhkan lah kita dari semua itu...kerana semakin berusia kita semakin dekat kita dengan mati..
kak Anie..
Terima kasih atas nasihat tu..sayang kak anie..
Pinat,
Stress lagi ke?
Kuatkan semangat......
PakMan..
dah selesai ..Alhamdulillah..
minggu depan ada lagi tugas besar menanti...bila lah nak habis ni..
Pinat,
mana nak abis kerja kita nih..agaknye pencen nanti la kot..
Pinat,
14hb ni ade d KL tak?? ke dah balik kampung..Jom meet up nak? Cuba Pinat tgk blog DrSam dkt blog roll Sally tu..ade gathering..jom..bawak la "Tok laki" sekali..keh..keh
Dear Pinat.
Apa khabar? Seronok baca entry Pinat ni. Boleh bermuhasabah sikit...thanks..
Uncle
hi cikgu pinat ittewww.. salam maulidur rasulll dr me dikejauhannns
Catat Ulasan