Kami balik kampung minggu lepas sambil meraikan kenduri kesyukuran anak buah yang dah tujuh bulan mengandung anak sulung. Lebih kurang macam kenduri 'lenggang perut' gitu...tapi orang jawa sebut 'tingkepan'..
Sepanjang jalan ke rumah abang ipar nampak anak-anak padi baru ditanam..syahdu pulak tengok basikal tua di tengah-tengah bendang..
Selain hidangan yang lazim dihidangkan waktu kenduri-kendara, ada satu hidangan istimewa yang hanya dibuat ketika kenduri tingkepan ini iaitu 'Rujak Uni'.Sebenarnya rojak ini adalah campuran buah-buahan seperti limau bali,nenas,belimbing dan sengkuang atau lain-lain buah yang sesuai..dicampur gula,garam dan cili..
Fuhh..sedap rojak ni..lagi-lagi kalau dihidangkan sejuk ...dah tu makan waktu tengahari pulak...
Menurut kata orang tua-tua,ibu yang mengandung disuruh mengadun gula garamnya..kalau hasilnya sedap,Insyaallah anak yang dikandung perempuan,kalau tawar atau termasin..mungkin anak lelaki.Hakikat sebenarnya,kalau rojak tu kurang enak,mungkin orang yang letak garam gula tu tak biasa masak...kekeke...
7 ulasan:
salam pinatbate,
bila tengok gambar basikal tua tengah bendang itu, cantik sangat, rasa boleh ilhamkan satu haiku.
salam kak lela,
basikal itu entah siapa yang punya..tapi saya tumpang bangga kalau ia boleh menjadi 'pencetus' ilham haiku kaklela..
salam kembali pinatbate,
kalau gitu, bila ilham tercetus, ijinkan k lela guna gambar itu, boleh?
Nanti k lela letak nama pinatbate sebagai ihsan.
kak Lela...
boleh saja..
No problem...rasa nak nangis terharu..
kak Pint.....
aduh bestnye kampung ku;-)
kita kan sekampong kan kak
Pinat, ndelok sawah kui aku kelengan sawah bapakku mbien...sayu atiku ...
Rujak kui nak nang kampungku disebut rojak uni..nek rujak bebeq koyo rujak petis....btw, ambong hannah 5 kali untukku...
CT,
ohh memang salah lah tu..rojak uni yer...
Catat Ulasan