Sabtu, April 19, 2008

LETIH

Letih betul minggu ni..banyak kerja belum selesai...Dari hari Isnin sampai Sabtu ada saja kerja sambung menyambung.
Hari ni pagi-pagi dah terpacak tepi tiang gol...maklumlah pengurus pasukan katakan...

Diorang ni main dalam lumpur sebab petang semalam hujan sampai ke malam...walaupun main 3 pusingan nampak tak letih sangat sebab cuaca mendung jer..tapi yang sah letih pengurus yang tak berapa kurus dan juru letihnya...yang memang letih...

Masa bawa kek carot minggu lepas ramai pulak member yang puji sedap jadi ada lah permintaan suruh buat lagi...amboi..dah kena puji punya pasal buat lah jugak,tapi kali ni agak tak berapa cun sikit sebab masuk carot lebih dan walnut kureeng...tu pun licin..

Kesian pula kat budak-budak kat rumah ni...asyik kena siksa makan kek carot
dengan roti,jadi malam tadi buatkan lah muffin untuk diorang..muffin vanila campur oat saja..

Kebetulan lepas zohor kawan-kawan kakak Farah, Azwaa dan Amira datang buat study group ..jamu diorang makan muffin ni..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin