Jumaat, April 25, 2008

JUMAAT YG SANTAI

Pagi-pagi lagi dengar teka-teki dari Ustaz Tuan..
Ustaz Tuan tanya
"Apakah dua perkara yang tidak akan berkurang meski pun kita beri atau sedekahkan pada orang lain "
Bila semua orang tertoleh-toleh tak tau jawab, Ustaz Tuan jawap sendiri teka-teki tu...ngehngehngeh
Jawapannya...pahala dan ilmu..Tidak seperti duit atau makanan, jika kita beri pada orang..bahagian kita akan berkurangan..tapi kalau kita sedekahkan pahala pada orang contohnya pahala bacaan Yaasin pada orang yang sudah meninggal atau berkongsi ilmu dengan orang lain,pahala dan ilmu kita tidak akan berkurang sedikit pun bahkan bertambah banyak...

Hari ni santai betul rasanya...tak banyak kerja kat kebun sebab kebanyakan kerja dah selesai minggu lepas... sebelah petang sempat pulak masak -masak,bawa Izzah shopping baju dan seluar baru dan pusing-pusing taman ..


Malam tadi pun sempat cuba muffin yogurt strawberry ambil dari blog Mat Gebu..tak manis sangat dan mudah..boleh lah buat sarapan..dan bekal anak-anak..


Malam ni nak buat puding pula rasanya...boleh buat bekal ke kebun besok pagi...

4 ulasan:

dilaOHdila berkata...

waduh CUppies erk......
cedapnya kak...
rajin lah mak nih;-)

Shinky, mama of Malaekah berkata...

Pinat,
gambar no 2 tu masak asam pedas ikan tenggiri kan? amboi sedapnyer nampak, kecur air liur mak buyung kat sini, asam pedas memang my fav. nak-nak yang mak shinky buat. hmmm, kat sini boleh buat, tapi tak cukup ingredients, memang kalau masak pun tak sesedap yang kita masak kat mesia. Kalau makan tu, ingat kat shinky yer :)

PINATBATE berkata...

alamak shinky..kesian pulak kat you..harap-harap jangan sampai meleleh air liur baby nanti..

Shinky, mama of Malaekah berkata...

Pinat,
kalau nak ikutkan, ekah masa baby haritu memang tak renti-renti lah meleleh air liur sebab memang baaaanyak benda yang shinky kempunan masa ngandungkan dia. Tapi, alhamdulillah, tak der pun. Kengkadang kebetulan jer. Ngandung kali ni tak banyak cekadak....cuma bila tengok asam pedas tu...teringin lah jugak..he he

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin