Selasa, April 22, 2008

TULISAN JAWI

Hannah berhias sakan malam tadi..digayakan oleh abang dan kakaknya...amboi,belum pandai mengaji dan pandai bergaya...



Sewaktu saya kecil, abah melanggan suratkhabar Utusan Melayu dan majalah Qiblat...kedua-duanya dalam tulisan jawi.Sewaktu berada dalam darjah satu Cikgu Zaiton , guru Bahasa Malaysia mengajar tulisan jawi seminggu sekali di kelas kami .Beliau terkejut kerana saya boleh membaca tulisan jawi dengan lancar ketika murid-murid lain baru mengenal alif baa taa..

Sebenarnya saya sendiri pun hairan..tiada siapa yang mengajar tetapi mungkin kerana saya boleh mengaji Al Quran (emak dan abah sangat tegas sewaktu mengajar Al Quran) dan saya selalu membelek suratkhabar (sebab tiada bacaan lain waktu itu) kemahiran itu datang tanpa disedari.

Pagi tadi bersama rakan-rakan, kami mengendalikan Program Mahir Jawi untuk murid-murid tingkatan tiga..Ramai juga murid yang tidak dapat menguasai tulisan jawi dengan baik sekali pun mereka pelajar yang bijak....sedih rasanya sebab tulisan jawi adalah warisan bangsa Melayu. Jika kaum Cina dan India bangga dengan tulisan dan bahasa mereka mengapa tidak kita..?
Boleh jadi mereka beranggapan tulisan jawi tiada nilai kormersial...Lebih baik menguasai Bahasa Inggeris,ballet,kemahiran komputer ,kemahiran bermain alat muzik atau sekurang-kurangnya bahasa Jepun. Ermm...

Bagaimana pula jika satu hari nanti blog ini ditulis dalam tulisan jawi...agaknya siapa yang akan jadi pembacanya....?

6 ulasan:

dilaOHdila berkata...

waduh anak mu kak.....
udah besau. Cekak itew nampak shuntek letak di kepala Ghitew
dipakai kan Gaun aduh!!!!!!

Shinky, mama of Malaekah berkata...

Salam pinat,
cute nyer hannah.....meh aunty shinky nak cium sheket...mwah.

pinat,
pasal tulisan jawi dan bacaan jawi, shinky kalau baca jawi bolehjer, nak menulis tu, tak lawalah tulisan tapi...sebab jarang menulis guna huruf jawi nih.
memanglah rugi kalau kita tak pertahankan tulisan jawi, itulah lambang tulisan melayu. :)

thanx sebab mengingatkan semua tentang jawi ni....:)

PINATBATE berkata...

DILA..
mak nya dah tak dapat nak bergaya...gaya kan anak cukup lah...


SHINKY..
sejak diriku dah terasa tua ni,kekadang jadi patriotik pula...zaman anak-anak kita dewasa esok ntah macamana agaknya

maisya berkata...

kak pinat cutenya baby hannah...
tulisan jawi tu nak baca boleh(walaupun slow)insyaallah...mmm tapi...rasanya sejak tinggalkan alam persekolahan langsung dah tak gunakan tulisan jawi ni...

PINATBATE berkata...

MAISYA...

Selamat datang,kakpinat nak minta ampun dari hujung tudung sampai hujung kasut..tak minta izin letak nama Maisya kat tepi tuuu....

Ct berkata...

puterikuuuu....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin