Kita sambung pagi-pagi esok jer lah yer.....; )opss!..esok gigih nak berhi tea akhir tahun pulak..Ahad nak pergi open house lagi..bila nak sambung kerja terbengkalai ni?
seribu tahun lagi dah jadi fosil agaknya makcik pinat ni..
Kita sambung pagi-pagi esok jer lah yer.....; )Bahan-bahan ( normal utk 4 orang makan, tak normal makan sorang-sorang )
- Bahan A – Doh
- 2 cawan tepung
- 100gm mentega
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 cawan air ais
- 1 biji kuning telur ( akak tak masukkan pun)
- Bahan B- filling
- 10 biji apple size paling kecil-kalau suka masam pakai yg hijau atau campur hijau merah
- 2 cawan gula ( akak guna brown sugar ... supaya tak manis sgt )
- 15gm serbuk kulit kayu manis/cinnamon powder
- 1 cawan tepung gandum
- Sedikit garam
- Segenggam gula – utk tabur sebelum bakar
Cara-cara
- Sediakan bahan A, gaul rata tepung, garam, masukkan mentega, kuning telur...pegang dengan hujung jari buat serbuk roti, buat lubang tengah, masukkan air uli doh, bungkus dlm plastik,rehatkan dalam peti sejuk.
- Basuh, kupas kulit apple, belah buang biji di tengah nya kemudian potong jgn terlalu tebal atau nipis ketepikan
- Campurkan bahan B dalam sebuah besen besar, masukkan gula, cinnamon, tepung dan sedikit garam, gaul rata, kemudian masukan apple gaul hingga bersalut gula , susun apple di atas doh yang telah dicanai dan cucuk dengan garpu..
- selepas itu taburkan baki tepung adunan tadi atas apple pie yang belum siap di bakar itu dan akhir sekali sapu sedikit susu cair atau kuning telur untuk bagi dia berkilat mengerlit..lepas tu taburkan pula segengam gula atasnya.Paham ker akak taip ni Bid?
- Bakar dalam oven pada suhu darjah 250C, selama 35-40 minit hingga kekuningan, hidangkan. Makan dgn aiskrim vanila lagi marveles dik...
Setiap kali singgah ke Kedai runcit Nas di depan rumah kami, saya selalu memerhatikan Nasrol tokey kedai yang rajin menghantar tong gas dari rumah ke rumah itu menabur remah-remah roti untuk direbut oleh kawanan merpati yang jinak ini.
Mungkin dari amalan itu datangnya keberkatan rezeki Nasrol. Buktinya kedai runcit Nasrol makin besar dan bisnesnya makin maju. Lebih nikmat Nasrol boleh menangkap mana-mana merpati jinak yang disukai untuk dibuat gulai...kellasss!
Malam tadi kami dapat sebungkus besar hamper hari raya yang sampai di depan pintu rumah..rezeki untuk dikongsi ...tapi ada rezeki lain yang lebih besar lagi untuk di syukuri..berbaur rasa terkejut, gembira dan teruja..!
Ini antara aktiviti di kebun kami sepanjang Ramadhan ..menanam benih iman dalam jiwa..semuga lahir generasi harapan yang mantap rohani dan teguh peribadi.
Majlis khatam berlangsung pada hari Rabu, sederhana tetapi bermakna..berdoalah semuga ruh Al Quran akan terus berada di dalam hati kita...selama-lamanya..
Tazkirah Ramadhan yang terakhir tahun ini di kebun kecil kami..Mudah-mudahan berjumpa lagi penyampai tazkirah itu..oppss! silap...Mudah-mudahan berjumpa lagi dengan Ramadhan tahun hadapan..Insyaallah..
Wajah-wajah ceria menunggu kehadiran Syawal..tambah gumbira bila hari Jumaat diisytiharkan cuti! Ganti pun gantilah..horey! horey! lompat tinggi-tinggi...Yang mana satu makcik Pinatbate? tentulah yg tengah melompat sambil tembak gambar...so tak payah teka..
Sampai penghujung Ramadhan, anak-anak macam dah jemu makan kurma masa berbuka setiap hari ..jadi masukkan sebiji badam bakar dalam perut kurma dan salut dengan coklat..barulah berebut nak makan...tengok! kurma pun sudah naik taraf..mudah-mudahan tahap amalan dan takwa kita pun sudah semakin mantap selepas sebulan melalui madrasah Ramadhan yang penuh latihan dan ujian.
Izzah tunggu coklat sebelum berbuka..sambil kira berapa minit lagi nak berbuka ? berapa minit lagi..?
Dalam banyak-banyak tu, ini saja yang tinggal selepas berbuka....nampak gayanya tak ada harapan nak hidang masa hari raya..harap maklum..
Apple pie ni nampak sedapkan?..yer! memang sedap..tak ada orang puji pun, tapi berdasarkan piring yang licin jadi tukang masak kena masuk bakul ..angkat sendiri..baru puas hati..!
Masa ambil gambar ini, lembu itu tersenyum mesra...
Bila dah jadi rendang padahal esok belum raya lagi, tukang masaknya pun senyuummm lega..
Menjelang Syawal, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada sahabat-sahabat blogger, sahabat yang rajin komen, sahabat yang rajin baca blog Pinatbate yg tidak seberapa ini, sahabat yang tegur-tegur di shout box ..juga silent readers..saya memohon ampun maaf zahir dan batin sekiranya tersinggung atau tersentuh hati dengan tulisan yang kadang-kadang merapu merepek ni..Selamat masak ketupat dan lemang..Mudah-mudahan sinar Syawal membawa rahmat kepada kita semua.

Macam selalu kat rumah ni tak ada tukar-tukar langsir raya atau tukar sofa pun macam orang lain..Sofa kat rumah ni dah lebih 12 tahun umurnya, beli masa baru kahwin dulu..tapi sebab sofa tu tak mau reput-reput maka biar jer lah dulu..langsir pulak style pakai buang..sangkut basuh sangkut basuh...kalau dah sangkut nampak macam lubang-lubang roti jala tu barulah tukar..tak tunggu raya pun ..
Ada tak ada baju raya mesti adalah..terutama untuk anak-anak..sebelum puasa lagi dah siap gantung..tahun ni anak-anak pilih tema ungu..waduhh!..sekali susun dalam almari..semuaaa ungu..ada yg pilih ungu gelap, ada yang pilih ungu muda, ada yang berkenan ungu siang malam , ada yang nak pakai ungu cair..segala keturunan ungu ada.. juling biji mata!
Masalah yang belum selesai cuma satu jer..belum siap berkemas rumah lagi..syukurlah Jumaat tu cuti, ada masa nak sapu-sapu laman sekangkang penyu tu, nak kibas-kibas sawang atas kepala, nak susun-susun mana yang patut...