Selasa, September 01, 2009

MEMBER LAMA

Pagi tadi rasa lemah betul lutut nak pergi ke kebun.Yer lah..dah cuti seminggu,lemak pun dah tepu..terasa berat jer ..ditambah pula cuaca sejuk sebab hujan sepanjang hari...

Sebaik keluar tapak semaian lebih kurang jam 10 pagi tiba-tiba my darling boss panggil masuk pejabat..makcik kalau nampak muka boss jer dah seram sejuk ..meremang tengkuk..tambah-tambah lagi bila boss jatuhkan hukum..
" Pinat, PENOLONG PENGARAH dari Perbadanan Peneroka Kebun Negeri nak tengok fail..bawa segala fail laporan tanaman dan hasil yang ada tu masuk mengadap dia kat bilik mesyuarat.."

Gelap!!..Macam kena hukum pancung kepala jer makcik punya gigil you...! berdiri terawang-awang macam tak jejak bumi ..tetiba rasa macam nak menyorok bawah meja ..tapi masalahnya bawah meja tu nak letak kaki pun dah tak ada tempat ..kwangkwangkwang..

Bukan ada buat salah ..fail semua pun tak ada problem..boleh kata bereslah.....tapi tau jer lah tahap gelabah makcik ni memang dah sampai tahap aura ketujuh..lagi-lagi kalau orang terjah tetiba macam ni...fuh! berasap !! Nak tak nak, hayun jer lah langkah Panglima Bujang Lapok meneruskan perjuangan..Terhoyong-hayang sampai langgar tiang..!

Sekali tengok..HEK ELEH!!..
WAK LAN rupanya! Member lama masa jadi dagang Pak Malau dagang merempat,dagang hamba mengkuang layu dulu..dah lah masa pergi rombongan Cik Kiah ke 5S hari tu jumpa Kak Dewi isteri Wak Lan..memang rezeki nak jumpa member lama lah ni..Syukur! Tetiba rasa macam matahari memancar-mancar terang walau pun realitinya hujan mencurah-curah..Hujan rahmatlah tu agaknya..

Seronok tengok kawan lama dah berjaya pegang jawatan tinggi..teringat kat member-member lain yg lebih kurang sama untung macam Wak Lan ..Walaupun dah berada atas awan diorang ni masih lagi mesra macam dulu-dulu...Memang Wak Lan ni murah rezeki, cepat naik pangkat,anak-anaknya pun bijak..sesuailah tu ..dulu masa study pun dia bijak ..kelentong orang pun bijak gak..kehkehkeh! Wak..aku masih simpan rahsia ko dalam poket..

Sudahnya sesi mengadap sambil tunjuk fail tu jadi sesi borak-borak cakap German dan sesi puji memuji ...TERmasuk sekali sesi buat ketupat sebelum raya...Astaghfirullah!

haha! ingat aku caya ker Wak..ko kata kerja kebun aku ni baguslah,peladang berpandangan optimislah,aktiviti terancanglah..padahal bukan aku tak tau..ko nak goreng ambik hati aku jer...cukup-cukuplah tu..yang penting REPORT kau tu sama tak dengan apa yg ko cakap tu Wak!

10 ulasan:

manzlie berkata...

salam kak Pinat..

hmmm kaalu dah jumpa memeber lama tuh for sure lah hepi . semua nostalgia lama akan kembali di perkata kan betui tak kak?

waslam

PINATBATE berkata...

Cik Lie..
betul tu..nostalgia happy, sedih,lawak..sampai murid pun perasan tengahari tu kakpinat mengajar sambil menyengih jer..

manlaksam berkata...

Pinat,
Dah ada kabel tempat bergayut tu....nanti senanglah nak mintak tolong.

pB berkata...

sonok tu jumpa member lama



semua kenangan menjelma kembali

kucingorengemok berkata...

buat ketupat? ish ish, lom boleh lagi... nanti raya dah basi ;)

silversarina berkata...

Dapat jumpa member German sure tak tengok dah fail hasil tanaman tu...siap buat ketupat, ish ish ish bulan posa , tengah lapo memang sedap buat ketupat ...hihi.

PINATBATE berkata...

pakman..
haha..nak bergayut takut kabel putus..saya ni tak retilah nak berkebel..malu sgt rasa..lagi pun tak ada apa kepentingan nak berkabel...

PINATBATE berkata...

pb..
memang bukak balik cerita 10 tahun dulu..


kog...
buat sikit jer..


kak Rina..
saya harap harap dia tak tengok sebab saya bantai borak,tapi dia tengok jugak dua tiga fail..profesional lah kan...
tapi bila sebut nama member-member yg lain, for sure TERanyam ketupat jugak..huhu..

en_me berkata...

jawatan tinggi kannns..

pinatbate berkata...

en_me.....
hahah!
yer..yer..betullah sangat tinggi..
tinggi tinggi si matahari
raya ni nak beli kasut tumit tinggi..
siapa tau apa itu KETINGGI?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin