Balik kampung hujung minggu Izzah tengok orang memancing di Pantai Bt 23.
Damai jer tengok suasana begini....jiwa yang kacau pun jadi tenang.Sengaja letak gambar masa balik kampung ni sebab sejak akhir-akhir ni rasa serabut jer kepala..bukan sebab banyak sangat kerja pun..maklum lah PA yg dedikasi dah ambil alih sebahagian kerja..ahaks..cuma dalam hati ada rasa terkilan dengan sikap seseorang kat kebun tempat cari rezeki tu..errmm..susahnya nak ikhlaskan hati ini dan jadi org yang sentiasa berbaik sangka dengan orang lain..Ya Allah tolonglah hambaMu ini..
Rasanya dlm keadaan stress begini jalan yg terbaik ialah BERTENANG kerana bertenang lebih baik dari tertekan..macam kata pakar motivasi kat radio pagi-pagi tu..Sebaik-baik cara untuk menangani stress adalah dengan bertenang. Sebab, dengan bertenang, minda dapat bekerja dengan lebih baik dan lebih efektif.
Bila stress, fikiran menjadi buntu, bingung dan keliru. Kita takkan tahu apa yang perlu di lakukan.Kesannya, kita akan cenderung melakukan kesilapan, lebih teruk lagi, melakukan kesalahan yang mungkin jadi kekesalan seumur hidup.
Macamana nak bertenang?
1.Muhasabah diri.
Rasa tertekan berpunca dari perasaan marah dalam diri, ada something yang kita tak puas hati, maybe sebab sikap seseorang, ucapan atau kata-kata yg lahir atau situasi di tempat kerja yang membuat kita geram sendiri.
2. Perbanyakkan istighfar dan maafkan orang lain.
Minta ampun pada Allah,maafkan orang yg menyakitkan hati dan memaafkan diri sendiri dapat membuang rasa marah, selepas tu membuang rasa tertekan, membuat kita ‘immune’ dari stress.
Memang payah melakukannya..tapi bila kita berazam dan mohon kekuatan dari Allah,insyaallah semua kepayahan akan hilang.
Terima kasih k kakYani yg memberi semangat pagi tadi..kakYani memang cool!
"Hidup lebih lancar bila kita tenang, relaks, be in control.Kita berhak menentukan apa yg kita mahu dalam hidup kita.. pilihlah untuk hidup bahagia dan berlapang jiwa..tiada guna memilih untuk derita atau kecewa..berdirilah dengan kekuatan sendiri dan biar sahaja kepedihan berlalu bersama putaran masa..."
















