Rabu, Disember 08, 2010

APA ADA DI MUARA SUNGAI DUYUNG

Mungkinkah ada ikan duyung yang jelita di situ? Yang pasti waktu kami sampai banyak betul kenderaan masuk ke Medan ikan bakar ini.Dari jauh dah terhidu aroma ikan bakar yang mencabar kedamaian jiwa. .Angin pula bertiup sepoi-sepoi...huhuhu..nyaman !
 
Ouhh  ! sayangnya kami sampai dah malam jadi tak nampak suasana nelayan menaikkan ikan.

Mujur juga terlihat bot nelayan berhampiran restoran, tak lah rasa kecewa, terkilan ,kempunan sampai nak masuk batu belah batu bertangkup lak ..

Ahaa..! Siakap 3 rasa sebelah jer..sebelah lagi minta bakar plain saja cicah dengan sambal kicap special..satu lagi specialnya kat sini tak ada nasi putih, tapi ada nasi lemak bungkus yang sanggaatt sedap.
Udang yg sangat fresh tapi butter prawn ni anak-anak tak gemar sangat sebab tak ada "telur tali-tali"
macam kat Tupai-Tupai  dan  SINI.Nak buek camano..eyyhh! memilih lak bebudak ni..

Pepahat masak halia..sedap dan saiz besarr punya..puas hati makan.Sebelum ni pernah makan pepahat kat Bagan Lalang ..saiznya kecik jer..

Chilly crab lagikk..sedapnya sambal dia ..kalau tak ada orang tengok rasa macam nak jilat piring..kikiki..

                                           yang ni apa? kepah erkk..first time makan..

Buat ada-ada jer sayur campur ni..jangan sampai tak ada sayur katanyaa..padahal dah meratah seafood tadek sapa nak makan sayur haih! Makkk juga tolong habiskan...makanan seimbang kann..

Air tembikai sejug + fresh orange sejug..sedap seyy..! rasa nak order sejug lagi air buah ..mujur ada orang ingatkan.."Dah ..dah lah tu..nanti malam takut ngompol.."

Iklan khidmat masyarakat:
Muara Sungai Duyong

Medan Ikan Bakar
KM4-5,Jalan Padang Temu,
Permatang Pasir,
75460 Malacca.
Halal
Tel: 017 7794215
Opening hours: 5pm – 12am

21 ulasan:

sally berkata...

Salam,

adussss mkn d sini mmg rasa nak jilat pinggan..eh..mcm nak jilat bungkus nasi lemak mini tu je kan...

rosli berkata...

Salam Pinatbate,

First time komen ni, selalu baca your entri, memang best kat Muara ni, dulu saya selalu ke Serkam dan Umbai, tp skrg hati dah terpaut dengan Muara, service mrk cepat dan rasa makanan pun sedap masa first time ke sana September lalu bersama kawan2 ofc. Insyallah 2 minggu lagi saya juga ke sana dengan famili. Tqvm for sharing

bujal X berkata...

berapa rinngit habis makcik?

nasi lemak dengan ikan bakar~~saya belum pandai lagi makan style gitu~haha~

yangyuyu berkata...

mak aih kecur air liur den

Rozali berkata...

Assalamualaikum Cikgu Pinat

belum pernah makan pepahat lagi

Wassalam

Zaitun berkata...

Kalau pergi Melaka kak Zai pun tak lepas peluang makan kat tempat ni.

rezeki berkata...

salam cikgu pinat

last month baru singgah makan kat sini lps melawat binatang ternakan kat zoo melaka hehehe

jalan masuk kat situ sekarang teruk sangat , keta pulak rendah , terpaksa cilok kiri kanan takut sangkut hehehe

kak ina kl berkata...

akak pun baru balik dari melaka..sajer jejalan ..hilangkan kebosanan

PINATBATE berkata...

Sally,
Mula-mula tu mcm rasa pelik..ehh!apasal makan ikan bakar dgn nasi lemak..sekali rasa,tak cukup sebungkus!..tp memang mini sangat pun bungkusan dia..ekeke..

PINATBATE berkata...

waalaikumussalam en Rosli,
ini kali pertama kali sampai ke sini..tp Insyaallah kalau ada rezeki lain kali mmg nak dtg jugak lagi lah..mmg puashati..

PINATBATE berkata...

Bujal,
baloi memang berbaloi..! Rm 130 ..percaya tak? makan sampai sendat perut..nasi lemak berbungkus-bungkus..rasanya kat Jeram lg mahal..

PINATBATE berkata...

yangyuyu,
jom pergi Sg Duyung..

PINATBATE berkata...

atuk Rozali,
saya dah 3-4 kali jugak..tak semua tempat ada pepahat ni..sedap!

PINATBATE berkata...

kakZai,
mmg best lah kak zai tempat ni..ramai betul orang makan kat sini..

PINATBATE berkata...

Pak Itam Rezeki,
eehh..! betullah bapak..jalan masuknya agak mencabar..lagilah kami naik kuda uzur ni..melambung-lambung keluar masuk lopak..hihihi..

PINATBATE berkata...

kak Ina KL,
Melaka best yer Kak Ina,tahun ni 2 kali saya ke Melaka,cuma nak makan-makan jer..hihihi..

KAMATO berkata...

nampak menyelerakan, insayaallah akan cari tempat tu nanti

mamawana berkata...

Wah sedapnyerrr....jilat pinggan sampai jilat siku sekali ihikkkksss

PINATBATE berkata...

KAMATO,
Insyaallah senang jer nak cari..kami sampai hari tu pun dah gelap..ikut signbord ..pas tu jumpa kereta berderet-deret masuk..;)


mamawana,
mak aii..sampai jilat siku tu rasa malu pulak kat kucing..;P

Amermeftah berkata...

Pergh, lawanya kaler kepah, syg nak makan

PINATBATE berkata...

Amermeftah,
cantik paras rupanya,tapi rasanya kurang mencengkam di tekak..lain kali nak cuba yg lain,tak mau dah makan kepah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin