Sabtu, Mac 27, 2010

TIME TUNNEL- THE FIRST MEMORABILIA MUSEUM IN MALAYSIA

EDIT

Nampaknya ramai pulak yg tanya kat mana mini museum ni kan...harap-harap tokeh museum ni bacalah entry promosi ni..untung-untung boleh dapat komisyen..very the verangan..huhuhu..


Museum ni dibuka pada 2008 dan mempamerkan lebih drp 1000 artifak barang lama sekitar tahun 50an,60an dan 70an. Juga artikel dan gambar-gambar berkaitan sejarah Cameron Highlands. Paling menarik tentang misteri yg belum terungkai tentang JIM THOMSON seorang saudagar sutera yg dilaporkan hilang di Cameron Highlands,penemuan kawasan salji di CH dan memacam lagilah..

OK..alamatnya: TIME TUNNEL
Jln Sg burung,Brinchang Cameron Highlands.
Masa lawatan: 9.00 pg -6.00 ptg
( tapi hari tu kami masuk jam 8.00pg sebab penjaga pintu tu kata dah boleh masuk..;D)
Tiket: Dewasa RM 5,Kanak-kanak RM 3.

Suprise to see such a classic museum in Cameron Highlands,very friendly set up .Its brings back the memories ..

Masa darjah satu mak belikan bag peti/kotak warna hijau macam yg kat gambar tu..bag jenis tu macam yang terbaeekkk lah waktu tu, sebab kawan-kawan ada yg pakai bag silang warna hitam dibuat dari plastik dan bakul/raga mcm kat meja belakang tu..Bila nampak bag tu rasa terharu pulak..eehh!!! aku pun pernah pakai bag mcm ni..(^^)

yang ni budak baru nak belajar sempoa..sampai menganga dengar cikgu mengajar..

Kekonon naik kenderaan lama kat pekan lama...

sebenarnya sangat susah nak pujuk budak ni turun dari vespa hijau..huhuhu..

Dulu abah ada vespa warna kuning air yang sangat berjasa..bila balik kampung mak akan letak bag baju yg besar warna kuning kat tempat letak kaki sebelah depan vespa tu..kemudian mak akan tenggekkan anak dia yang cute ni atas bag baju tu..abah pulak akan kepit anak dia sepanjang jalan utk tujuan keselamatan..nostalgia betullah..



Kereta kuda kayu macam ni pun pernah wujud dalam memori..rasanya dulu pernah main kereta kuda ni dengan sepupu-sepupu..seronoknya masa tu..

Nampak tak almari kat belakang buaian yg Hannah naik tu ? Penuh dengan mainan kanak-kanak zaman dulu..alahai..sedih tengok..ada yg mainan yg kami suami isteri biasa main masa kecik dulu..ada juga mainan mahal yg masa kecik kami berhajat tapi tak dapat..paling kelakar ada mainan tikam-tikam yg selalu ada kat basikal apek jual aiskrim..memasing jerit seronok "Ehh..!!tikam tikam!!" pecah rahsia kat anak-anak..mak bapak diorang pandai berjudi masa kecik dulu..adoi!

Kat atas kaki mesin jahit Singer tu ada memacam benda termasuk alat solek..nampak kotak Hazeline snow tu? sangatlah popularnyaa masa tu...tak ada jenama lain..;DD

Almari lauk tu macam kat rumah aruah nenek..masih elok digunakan..:D

alahaii...!! berlakon lah pulak bebudak ni.. ;D

muka letih lepas belek segala makneka barang lama...

Potongan akhbar tahun 70an, piring hitam penyanyi zaman dulu dan gambar-gambar P Ramlee dan saloma pun ada...

Masa kecil dulu hanya dua tempat saja kami sekeluarga pernah naik beca..kat bandar Klang menyeberang Jambatan Kota dan pusing Teluk Anson..hahaha!! pernah pancit tayar beca tu sebab berat sangat..;DD

Issyy..pendekata memang berbaloilah masuk museum ni..

8 ulasan:

KAMATO berkata...

teringan nak pergi tempat tu, teringat zaman dulu2 kan....beg raga tu kalau ada lagi sekarang ni mesti mahal

PINATBATE berkata...

Kamato..
Yup,tentu mahal dan orang hanya buat hiasan saja..

Rozali berkata...

Assalamualaikum PINATBATE

Mengingat memori zaman budak2
boleh kata semua tu ada kat rumah ayah saya pada zaman tu

kat mana nu yaa
rasa nak pergi

Wassalam

Uncle berkata...

Eh ni kat mana nih?

Chibi Maruko berkata...

wah kak, menarik sungguh museum dia, tak tau pulak ada museum kat sana, kena pegi ni... dan comel aje hannah dengan vespa hijaunya.....

Ayah Zain berkata...

Salam Pinat,

untng bebudak sekarang arr, saya dulu tak pernah merasa langsung.

Rozali berkata...

Salam PINATBATE

terima kasih
beri almat dan keterangan tempat tu

Wassalam

PINATBATE berkata...

Atuk Rozali..
sama-sama..
nanti bebila boleh ajak nenek melawat museum ni..kenangan terindah gitu..:D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin