Selasa, Disember 15, 2009

MEMILIH KEJU HALAL

Entry ini diambil dari blog pakar masakan dan novelis Norzailina Nordin
Mudah-mudahan dapat jadi panduan..maklumlah masa cuti sekolah ni asyik melayan tekak jer kerjanya..;D


MEMILIH KEJU HALAL


Terdapat pelbagai jenis keju dijual di pasaraya. Jadi, bagaimana memilih yang HALAL?

* Pastikan ada logo Halal dari pengeluar di negara berkenaan. Contohnya, keju dari Australia mesti ada logo Australian Halal Board. Begitu juga keju dari France, New Zealand dll.

* Rennet - bahan yang digunakan bagi
menukar susu kepada pepejal keju. Biasanya ia diperbuat daripada bahagian dalaman perut binatang seperti lembu dsbnya. Jikalau lembu tidak disembelih mengikut keperluan agama Islam, bermakna ia tidak Halal dimakan. Kebanyakan keju dari Eropah menggunakan rennet daripada binatang.

Hanya pilih rennet:
- microbial rennet (diperbuat daripada microbes, termasuk fungi dan bakteria)
- non-animal rennet (diperbuat daripada bahan kimia lain atau sumber bukan binatang)
- vegetable rennet (diproses daripada sumber tumbuh-tumbuhan)

* Kini sudah ada keju yang tidak menggunakan rennet langsung tetapi melalui proses pemerapan (fermentation).

* Keju lembut (soft cheeses) seperti krim keju tidak menggunakan rennet dalam pembuatannya.

* Baca setiap paket keju yang dibeli kerana ia mungkin Halal dalam bentuk sebuku (block) tetapi tidak Halal dalam paket yang sudah diparut (ready grated).

* Keju dalam bentuk serbuk (kering) seperti Parmesan juga mungkin tidak Halal, jadi, berhati-hatilah selalu. Parmesan sering dihidangkan di restoran bersama Caesar Salad atau Spaghetti Bolognese.

8 ulasan:

syazwaniadnan berkata...

cheese.. cheese.. cheese.. mmg sedap!

tp apa agaknya rasa Cheese keluaran bumiputera ni?
nak jugak mencarinya.

akk pernah jumpa?

PINATBATE berkata...

Wani..

terbayang-bayang cheese cake wani tu..;)
setakat ni kakpinat tak pernah jumpa lagi cheese bumiputera..kena beli online jer kot..

Ayah Zain berkata...

Salam pinat,

terima kasih atas info. Insya Allah akan di mnfaatkan

Sally berkata...

Cis kau Cheese!! hehe..tenkiu Pinat krn berkongsi info..lepas ni Sally akan make sure belek2 dulu sblm beli cheese..

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

betul tu kak pint
nak beli cheese pun kena belek habis
kene baca dulu. maklum zaman skarang ni main campoq jar. Bumi punya ada ke lar nih. teringin nak cari bumi punya tapi tak pernah jumpa pun....

PINATBATE berkata...

AyahZain..
sama-sama..saya tolong menyebarkan jer..

PINATBATE berkata...

tchersally..
serupalah kita Sally...sblm ni kalau nak beli ciss kau cheese mmg belek -belek dulu..cuma TAK FAHAM apa yg dibelek..hehe..

PINATBATE berkata...

Dila..
nanti kakpinat skodeng kedai ayam dr zainol kat bangi tu..mana tau ada..;P

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin