Ahad, November 07, 2010

GAMBAR MAKANAN DAN LUAHAN PERASAAN

 
Lama jugak tak letak gambar makanan dalam blog sejak peristiwa 'tersentap'.Masa mula-mula tu rasa kecik hati sangat.Lama-lama bila dah hilang asap kat kepala tu rasa kesihan pulak..yerlah..kawan tu baru nak kenal fb dan blog..bila nampak kita letak gambar makanan dia kalut kata mak pinat  nak  displaylah..makan sedap tak jemput..tunjuk gambar sajalah..padahal dia sendiri lagi bergasak menampal gambar makanan..dia sendiri tak perasan kot..Huh! Kalau nak  ikutkan kata orang, alamat dah lama tutup blog Mat Gebu .

Akhak ni dekk..dah memacam gambor makanan dari yang jenama hotel sampai ke warung cendol bahkan sampai bekal sekolah anak pun akak tampal kat blog..Tak pernah orang kata apa punn..Yang betulnya..buat ajerlah hal yg kita suka..ikutlah niat masing-masing..kalau orang kata letak gambar dengan niat nak menunjuk pun terpulanglah.Blogger mesti cekal hati. Dah..blog haku yang punya ..  suka hati haku lah..

 Cuti..dan makan..sangat sinonim kan..
yerlah..dah 5 hari cuti tak lain..masak..makan...masak..makan..tapi memang bahagia kalau kita masak anak makan sampai licin pinggan kan..

Goreng udang dan sayur dengan tepung tempura cicah sos..salah satu cara bagi anak seronok makan  sayur..Selalu kalau goreng cendawan atau brokoli macam ni, barulah anak-anak makan sayur tak memilih .


Nah hah ! Ni namanya blogger tegar... goreng cekodok ikan bilis pun gigih ambik camera tauu..

 Buat kenang-kenangan anak cucu di belakang hari nati..Tak ada niat nak menayang bagai..setakat cekodok penyek jer pun..tak ada maknanya..


Sekian luahan perasaan.Terima kasihlah sudi membacanya sampai habis...:D alahai..

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bakar line btul kak pinat ni.. huhhh..

atuk berkata...

Assalamualaikum Cikgu Pinat

cekodok penyek pun sedap, boleh popular macam ayam penyet di Indon

Wassalam

rezeki berkata...

salam cikgu

hehehehe
betul tu cikgu, nama pun umah sendirikan, jadi kena faham2 lah dan bukan sendiri mau ingat tapi org lain yang kena ingat hehehe,

janji tak mendatangkan kemudaratan pada org awam dan menyakitkan hati orang awam hehehe

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

lar x tahu kisah ni
tersentap rupanya. x per lah kak Bak kata Bollegr blog ni kita yang punya. boh jerlah SELAGI KITA PUNYA. Esok anak cucu leh tengok kat sini apa yang nenek masak. nak tengok gambor mesti tak kuasa nak print letak kalbum kan. lebeh guna zaman IT canggih ni. Remark label tu bior senang nak nengoknya. sekurang2nya BLOG ni ada 5S (sheshito......ARIGARO)

Sally berkata...

Salam,
uikssss..ermmmm..ntahnye, biorkan ape je org nak kate..kan ke ni blog Pinat, suke Pinat lah nak buat n3 ape pun..(wah..batu api gitu..hihi)

terliur nengok mknn tuh..

Zaitun berkata...

Ada juga spesis yang suka buat orang tersentuh ya, suka hatilah kalau orang nak tunjuk apa pun yang penting tak menyusahkan orang lain kannn....

aznaz berkata...

salam cikgu pinatt


wahhh nampak berselera la cikgu msak nii..mesti sedappp niiii.taniahhhh


waslam

kucingorengemok berkata...

sekarang ni rajin nak 'tarik' skit (tak sampai sentap) dengan komenter anonymous, bukan sebab dia komen bukan² tapi macam tak syok je berbalas komen dengan orang takde nama

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam pinat,

KN sgt setuju dgn pinat...blog kita kann...suka hati kita ler, kita tayang semua janji tak kacau orang!

PINATBATE berkata...

Salam kawan-kawanku yang memahami..huh! baru pueh hati den ramai penyokong..ekekeke..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin