Khamis, November 11, 2010

BUKAN CERITA AYAM GORENG


 

Masa kecil-kecil dulu ayam-ayam peliharaan abah adalah sahabat yang baik dan mesra.Setiap petang emak suruh tabur makanan ayam-ayam tu. Masa tu lah time paling best sebab boleh berlatih jadi cikgu sekolah..;D " Kurrrr...beratur semuaaa....jangan berebut,,ikut gilirannn...."   
Abah pulak selalu suruh tolong pegangkan ayam bila dia nak menyembelih ayam. Saat yang paling seronok ialah masa kejar ayam keliling rumah,kutip telur ayam  dan tolong emak cabut bulu ayam.Kena paksa basuh taik ayam yang qadha hajat kat tangga pun selalu jugak..yang tu kira sakitt.lah..Isyy! banyaklah kenangan manis dengan ayam.Tidur dalam reban ayam jer tak pernah.

Sewaktu murid-murid kami membuat amali sembelihan ayam semalam,suasananya berbeza sangat.Anak-anak bandar sekarang tak ramai yang mesra ayam hidup macam anak-anak dulu. Diorang mesra dengan ayam kfc dan mc D jer..:D



 Ada yang sedih,ngeri,takut tengok ayam kena sembelih..tapi tak kurang juga yang teruja mengikuti pengalaman pertama menyembelih,mencabut bulu ,memotong ayam seterusnya membbq ayam sebelum agenda penting...bersantap  ayam bakar..hehehe..

Elok juga beri pendedahan begini,..sekurang-kurangnya membuka mata anak-anak ini,memberi pengalaman berharga  disamping menyebarkan kaifiat sembelihan yang sah dan hikmah sembelihan kepada mereka.



Alhamdulillah sebanyak 20 ekor ayam yang kami sediakan,seekor jer jadi bangkai sebab tak sah..muehehehe...urat marih tak putus dikk..ngeee..tukang sembelih gigil,tukang pegang lepaskan pulak ayam tu.....seekor ayam lagi yg dicelur utk cabut bulunya  pulak sudah masak kena rebus dalam sauna punyalah lamaaa...hahah! sekali angkat bercerai daging dari tulang..alahaii..lawaklah bebudak ni..

8 ulasan:

Aki44 berkata...

Assalamualaikum Cikgu Pinat,

Bagus tuh bagi depa tengok serta mempraktikkan acara penyembelian secara sah. Nih bila nak syoru ayam gi kfc dan seangkatan dgn nyer "eat here or take-away". Sebut ayam depa nampak yg dah tergolek dlm pinggan, di supermart nampak whole chicken, brest, chicken wings dsbnya.

Bila pulak nak buat demo menyembelih kambing ker, lembu ker. Pasti ada yang pengsan atau kena jet li kick...kehkehkeh. Tak caya cubalah

Zaitun berkata...

Elok bagi pendedahan pada orang muda2 cara penyembelihan nanti tak lah asyik nak harap orang tua2 saja yang lakukan.

kucingorengemok berkata...

bagus la program ni... tapi lawak juga tu, sampai 6 orang kerjakan sekor ayam? hihi.

PINATBATE berkata...

Aki44,
waalaikumussalam
sembelih lembu kambing cikgu suruh diorang pergi mesjid /surau hari raya korban nanti..jangan takat tengok jer..ikutlah membantu apa yang patut..belajar sambil mengumpul pengalaman..
tak gitu Aki..?

PINATBATE berkata...

Kakzai,
yg paling penting,mesti tahu cara sembelihan yg sah di sisi Islam..jgn main belasah jer..gelap hati binasa badan..


KOG..
seekor ayam dikerat lapan..hahah!
tu kecoh tak reti nak siang cemana..sudahnya mak cikkk juga kena turun padang,sinsing lengan!

Unknown berkata...

budak bandar camner nak belajar sembelih ayam. Mak ashik beli yang dah siap kat pasar.

Bagus jugak buat camni. Agaknya ada yang terjerit-jerit tak masa tu.

Uncle berkata...

errr...actually uncle pun sama macam budak2 tu jugak! heh3...

PINATBATE berkata...

Kak Ina ,
bukan takat menjerit..menangis ketakutan pun adaa..muehehe..


Uncle,
hah!! uncle pun sama lagu tu kaa...? kihkihkih

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin