Jumaat, November 20, 2009

TERIMA KASIH KERANA MEMBERI BAHAGIA

Hadiah dari Sri Lanka..Terima kasih Saimah...Sekali pun mungkin harganya tidak semahal emas permata tetapi nilainya amat besar..di mata dan hati..menceriakan hari-hari kakpinat yg memang ceria sokmo..lagi-lagi cuti sekolah dah menjelma ..waduhh!!

Menghirup teh wangi yang hangat dalam kedinginan musim hujan sambil bergolek di depan tv atau berinternet menjelajah seluruh dunia..ahhh! nikmatnya...apa lagi mau..?

Kegembiraan dan bahagia bukan semestinya bila kita memiliki kemewahan atau harta yang banyak..kadang-kala
sedikit sahaja kesenangan sudah memadai untuk membuat kita tersenyum puas..asal saja kita redha dan berlapang jiwa..perkara yang sukar akan terasa mudah,nikmat yang yg kecil pun akan terasa besar dan hebat.

Merasa tidak puas dan irihati dengan kelebihan orang lain hanya akan membuat jiwa terasa pedih dan dunia terasa menghimpit..
Ada kalanya tidak semua yang kita inginkan akan menjadi milik kita.Apabila ia berlaku kebiasaannya kita akan menutup pintu kebahagiaan terlalu lama..menyesali nasib..termenung tepi radio mcm cerita Sabariah tengah mabuk rindukan Kassim Selamat...karutlah pulak perumpamaan tu..

Situasi ini menunjukkan kita lupa bahawa Allah adalah
pemilik mutlak kepada sesuatu keputusan. Kadang-kadang apa yg kita fikirkan buruk untuk kita, itulah yang terbaik di sisi Allah. Sebaliknya apa yg kita fikirkan baik tidak semestinya baik juga pada ketentuan Allah. KepadaNYA jua kita kembalikan segala urusan.

Terima kasih kawan kerana menciptakan gembira
Terima kasih Tuhan kerana menghadirkan bahagia

7 ulasan:

aNIe berkata...

Pinatbate...akak sentiasa menghargai apa jua pemberian kawan2 biarpun tidak seberapa nilainya..kerana nilai disebalik pemberian tersebut lebih bermakna

Atikah berkata...

Salam kak....

Hadirnya kawan dalam hidup kita bisa tahniah kak.... dpt hadiah dari sri langka tu...

betul ckp kak anie, hadiah tidak terletak pd nilai brg tu, penghargaan dr seorg kawan yg penting.. mengingati kita as kawanya walau di mana dia pergi n berada.

silversarina berkata...

Rose tea sedap sebab baunya wangi sewangi persahabatan sejati InsyaAllah.

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Rose Tea@Rose Hip ni ada banyak nutritional value. Kaya dengan vitamin C. Sangat bagus untuk kesihatan especially selsema. Amalkan dan Pinat akan bertambah sihat!

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

wah merah menyala pebret kalor hamba itew
mesti dari jauh kan, kenangan itew.....

kak,
bila nak datang bangi nih

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Pinat,

Best Rose tea tu..

Meen Eunos berkata...

Kak Pinat.
Terime kaseh kerana
melawat blog saye. =)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin