Isnin, Ogos 17, 2009

KESIAN DOGOL....

Sekarang ialah masa untuk tunas-tunas harapan di kebun kecil kami menyiapkan diri. Tarikh peperiksaan sudah hampir benar. Guru-guru yang diarahkan bertugas mengawas peperiksaan PMR pun sudah mula menerima surat masing-masing. Teringat peristiwa
tahun lalu ..ketawa sendiri terkenang kisah pengawas injured tu!..terasa cepat betul masa berlalu..

Pagi tadi sewaktu rancak membincangkan soalan latih tubi dalam kelas tiba-tiba saya ternampak Dogol terlentok atas meja..issyy! tak boleh jadi ni..orang lain aktif bersoal jawab , boleh pulak dia tumbang..

" Siapa yang nampak kawan sebelah dia terlentok tu tolong urut tengkok kawan.." saja jer saya cakap begitu ..sambil berfikir-fikir dalam hati..bosan sangat ker perbincangan hari ni..sampai terpatah leher mamat sorang ni..?

" adoi lah! tak dapek nak nolong..! dia kesedapan terus lena..!" Cendol yang duduk kat sebelah Dogol menjawab sambil mengekek-ngekek gelak..tapi tangannya masih memicit-micit tengkok Dogol.

"Dogol..! kesat taik mata, lap air liur kau tu.." tambah si Dodol pulak ..apalagi meriahlah kelas tu mentertawakan si Dogol. si Dodol ni kalau suruh mengusik orang memang nombor satu..ada ajer akal dia.

Terasa panas betul hati melihat gelagat si Dogol ni..walaupun kena gelak satu kelas dia tetap juga tak nak angkat kepala..selamba jer dia pejam mata buat tak peduli.

" Dogol..saya beri masa lima minit, pergi basuh muka sekarang!" suara saya dah mula tinggi....tapi si Dogol buat pekak...kelas dah mula bising ,masing-masing bengang dengan si Dogol . saya tarik nafas dua kali menahan sabar..pantang betul dengan budak degil ni..biarlah tak pandai belajar tak mengapa, jangan degil kepala batu..

Cepat saya hayun langkah menuju ke meja Dogol...piaapp! saya tepuk meja dia kuat. Terasa perit jugak tapak tangan memukul meja.."Bangun! " saya sergah pulak lagi si Dogol sambil buat muka singa sakit gigi. Dogol angkat kepala..matanya merah dan alamak..! mukanya pun merah, dahinya berkerut menahan sakit dan berpeluh.

" Saya demam ..kepala sakit.."
kata Dogol..suaranya lemah dan serak . " Dah tau tak sihat kenapa datang sekolah? Berehat sajalah kat rumah.." saya dah mula slow down...rasa bersalah..tak siasat terus nak marahkan budak ni..Isyy! tak patut betut..

" Saya dah makan panadol kat rumah. Saya takut tertinggal buat ulangkaji dan latih tubi.." jawabnya. Ahh!! kesiannya Dogol.... Saya uruskan supaya dia berehat di bilik rawatan sekolah sementara bapanya datang menjemput pulang. Sewaktu dia melangkah lemah keluar kelas saya bisikkan .." Dogol, jumpa doktor lekas,makan ubat dan berehat..semuga Allah sembuhkan awak cepat..nanti boleh ke sekolah semula."

Dogol mengangguk lemah..tangannya menggigil mengheret beg..nampak sangat dia menahan sakit kepalanya.."Cendol, tolong bawakan beg Dodol ni..hati-hati pimpin dia yer.." pesan saya pada Cendol yang tersengeh-sengeh dapat peluang keluar kelas..

Kesian kau Dogol..saya bersangka buruk tadi..

11 ulasan:

silversarina berkata...

Kesian kat Dogol , harap dia tak melarat demamnya. Musim ni memang kena cek betul2 kalau ada yang terlentok dalam kelas.... nasib baik tak piat telinga si Dogol tu..hehehe.

PINATBATE berkata...

Memang ramai murid demam skrg ni kakRina..ada juga yg tak demam tapi mengaku demam..yg tu memang nak kena piat!

bna berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
[z@ck] berkata...

adess..
kesian si dogol..
huhuhu...
=(

en_me berkata...

siannyerr dogol ittewww..

KAMATO berkata...

Kuat semangat si dogol tu, moga dia berjaya dlm peperiksaan

Precious berkata...

Ramai sangat students sakit skang ni. Risau ...

akudimar berkata...

kesian dogol tu,
tapi aku lebih kesian peristiwa tahun lepas masa kak pinat jaga peksa tu.
tahun ni hati-hati sikit kak...hohohoho haku ingat lagik..

PINATBATE berkata...

KAMATO..
Amin..mudah-mudahan mereka semua berjaya!


Precious..
memang risau..tapi kalau memang betul-betul sakit,kami sarankan mereka berehat di rumah sampai betul-betul sihat..


Dimar..
huhuhu..kakpinat pun gelak sendiri bila ingat cerita tu..

Sally berkata...

fuhh..sib baik dogol tak kojol masa Pinat tepuk meja itu...huhu

pinatbate berkata...

Sally..
Dogol tak kojol tapi terkejut biol tengah tidur kena jerkah..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin