Ahad, Ogos 23, 2009

CERITA 1 RAMADHAN

Cerita puasa pertama
Ramadhan pertama disambut dengan siraman hujan ..dingin dan redup sepanjang hari.
Ini bekal terakhir anak-anak sebelum Ramadhan dan cuti sekolah hari Jumaat lepas.

Tahun ini semua dalam rumah ni berpuasa kecuali baby Hannah. Alhamdulillah anak-anak tak susah dikejutkan bersahur dan semuanya nampak bersedia nak puasa dan terawih. Tapi bila dah lepas asar tu mulalah ada yang gelisah..asyik tanya pukul berapa sekarang selang setengah jam sekali..padahal jam dinding ada depan mata boleh tengok sendiri..sabor jer lah.

Berbuka dengan rutob merah dan kuning... yang kuning lebih manis sementelah harganya dua kali lebih berbanding yang merah.

pasta lebih garing dan lebih cheese utk anak-anak
pasta kurang garing dan kurang cheese utk abah dan mak

Cerita terawih
Kami berterawih di surau berhampiran rumah saja. Seperti tahun lalu, nampaknya masalah masih belum dpt diatasi oleh ahli qariah surau kami.Anak-anak kecil yang merengek di kaki ibu sepanjang solat terawih sangat mengganggu..begitu juga yang bermain kejar-kejar sewaktu sesi tazkirah selepas solat witir. Tambah terkilan di dalam hati bila ada dua orang adik beradik perempuan bermain nyorok-nyorok di sebalik tabir yang memisahkan jemaah lelaki dan perempuan sambil menyanyi lagu hari raya betul-betul di tepi saya! Sewaktu seorang makcik menegur anak-anak itu dengan lemah-lembut dan berhemah, ibunya sekadar menjawab " biasalah!..budak-budak ni memang suka menyanyi...."....Saya berdoa semuga saya diberikan jiwa yang lapang mengharung ujian kecil ini.

Puding pelangi utk moreh..gigih mencorak tapi tak jadi macam pelangi pun corak dia..kita sebut puding marble jer lah..

Ada juga jemaah yang pakai mask pergi surau..bagus tu, solat gunakan mask harus hukumnya ketika keadaan darurat seperti menjauhi bencana jerebu atau wabak..asal saja dahi terbuka mencecah lantai..Isyy!..mana ada orang pakai mask tutup dahi lak kan..

Ustaz Hasrizal ber pesan dalam tazkirahnya , jamaah digalakkan pakai facemask. Kalau tak sihat atau high risk, tak perlu datang berjemaah hatta solat Jumaat juga tidak wajib. Doa dan ikhtiar kita mesti seiringan dengan usaha mengawal wabak H1N1.

16 ulasan:

Meen Eunos berkata...

berselera tgok juadah
berbuke puase akak sekeluarga.

Selamat berpuasa kak..!

Leyla Shuri berkata...

selamat beribadah sekeluarga cikgu pinat.

Gembira berpesta ibadah bulan ramadan.

Sally berkata...

Pinat,
bila kah hari yg bahagia akan dapat Sally merasai juadah ituuuuu..sedapner nampakkk..

PINATBATE berkata...

Meen..
juadah biasa jer..kalau boleh tak nak biasakan anak gi Pasar Ramadhan ..masak sendiri jer kat rumah.

Selamat berpuasa Meen..

PINATBATE berkata...

Kak Lela..
Selamat berpesta juga buat Kak lela...semuga kita dapat merebut peluang yang ditawarkan sebaik mungkin.

PINATBATE berkata...

Tchersally..
Sila..sila ..kita duduk bersila..moh makan sama..tak de lah sedap mana..rendang tok tchersally tu apa kurangnya!

Halijah Hamzah berkata...

Azla.... sedap tu.. banyaknye makanan, habis x, naik sekolah nanti bawa lah kurma tu...

Rajin juga memasak ye...

PINATBATE berkata...

Ayyoyooo !
ini first time ada org tulis my real name dalam blog!
menggigil ni...!

aznaz berkata...

salam akak PInat...

sya teringin snagt lah kueh tuh..agar agar ker..hmmm sdpanyer kalau di amik dari peti sejuk...

akak sya nakkkkkkkkkkk

syukran
waslam

PINATBATE berkata...

Cik Lie..
aduhai kesiannya ..kalau dekat bolehlah kakpinat hulur sepiring ..memang buat banyak pun puding tu ,tujuannya nak bawa moreh ke surau dan bertukar juadah dengan jiran-jiran..sejuk keluar dari peti ais ni...sluurrpp!

adie-ishmael berkata...

meriahnya makanan enti ya Puan Pinat...!!!

silversarina berkata...

Puding marble tu cantik dan sungguh menyelerakan .

Bab kanak2 main nyorok2 dalam surau tu memang tak patut betul mak dia biarkan , mengganggu betul . AJK surau kena ingatkan ibubapa agar awasi anak2 atau tak payah datang kalau setakat nak buat bising dalam surau.

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Ibubapa yang peka tidak akan membiarkan anak2 kecil menganggu jemaah lain...ya lah, kadang2 tegur pun susah, tak tegur lagi susah!
Yang senang kita suruh AJK surau / masjid ke...buat pengumuman - beres!

blackpurple @ jowopinter berkata...

Salam Ramadhan..

Kalau perempuan pakai purdah dah tak payah pakai mask la kan.....

kucingorengemok berkata...

hehe, ada 2 versi, mcm kat rumah mak mentua saya je... byk food ada 2 versi. mak sayang anak², kan, buat keje 2 kali pun takpe :)

Misi Kami Nutrisi / Our Mission Is Nutrition berkata...

Salam. Nak tanya kat mana boleh beli rutob kuning atau merah tu?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin