Rabu, Ogos 12, 2009

AMALAN 5'S

SEIRI ( SISIH )
SEITON ( SUSUN )
SEISO ( SAPU )
SEIKETSU (SERAGAM )
SHITSUKE (SENTIASA AMAL)

Minggu lepas, sehari selepas baik demam dengan gigihnya kami menaiki bas persiaran melawat ke SMKTTDI Jaya..Sebenarnya masa tu demam belum baik betul, batuk pun kung kang kung kang...tapi kerana tak nak terlepas peluang keemasan ni, kugagahkan diri jua meski pun lutut menggigil..yer lah..bukan senang nak dpt peluang naik bas rombongan 40 orang cikgu-cikgi kan..lagi pun,tahun depan makcik dah tak merasa nak melaram dengan geng orang atas kayangan ni..maklumlah makcik ni orang bumi..

Mula-mula masuk jer dah nampak signboard Kami mengamalkan parking undur..alahai..kat kebun kami bukan setakat parking undur jer, parking dua tiga lapis pun kami biasa buat..! Tadek hal punya...
Di bilik taklimat ni melopong mulut sekejap bila nampak semua lampu dan kipas berlabel warna-warni..agaknya seronok juga kalau buat kat rumah macam tu..tak lah tersilap tekan suis..cuma percayalah, jiran tetangga dan saudara mara yang bertandang akan terasa macam masuk tadika jer..

Sebelum apa-apa hal kita minum dulu..lepas tu kami berpecah kepada beberapa kumpulan utk membuat edisi siasat terjah bilik sana, terjah bilik sini..

Memanglah seronok buat kerja kalau suasana bersih dan kemas

Nak cari barang pun senang

Nak suruh orang ambil barang pun senang..

cuma tak sanggup lah nak melabel segala mak nenek benda ..sampai kerusi meja, kotak dan bakul sampah pun nak berparking lot bagai..supaya tak tersalah susun atur kaedahnya....

Isyyhh!..banyaklah gambar makcik tembak sana-sini..dah alang-alang pegang camera kan...sampai ada seorang hamba Allah ni tanya..."Pinat, you nak buat dokumentasi ker.. .."...aarrgghhh dia tak tau orang nak buat modal entry baru kat blog! hahaha!!

Kesimpulannya balik dari rombongan ni bersemangatlah kami semua nak mengemas meja, kemas kelas, bilik-bilik khas, kemas stor, kemas rumah sendiri...Untung-untung lepas operasi SEIRI boleh dapat untung berjuta-juta rupiah hasil jualan kertas..

Sebelum berpisah...Terima Kasih Daun Keladi..
Agaknya boss berdua ni memang berpakat nak pakai baju senada seirama...

10 ulasan:

silversarina berkata...

Bagus tu, yang baik dijadikan amalan,memang best kalau dapat semuanya kemas dan cantik...kena usaha lebih ye cikgu...have a nice day !!

manlaksam berkata...

Sekali-sekala melawat sekolah orang baik juga tu......sekolah tu mestilah yang terbaik agak nya.
Dah baik demam satu keluarga....alhamdulillah.

CATZ berkata...

salam,
kunjungan balas.
:)
nice blog.mcm2 cerita.
saya sukaaa sebab banyak gambar.
:). keep writing.

liza berkata...

slm k.pinat..
5S 2 kn, cam jepun pye pkataan jer.. btho2 kna uat gak ker?..
1 more.. kat jpn kan, bkn parking jer buh undur.. kasut pon depa susun undur.. ish..ish..

en_me berkata...

cekgu tak penat kerrr.. ammvoiii

akudimar berkata...

katner sekolah tu kak. mabless betol kemas dia...

PINATBATE berkata...

KakRina..
usaha sampai jaya kak Rina..hehehe..


Pakman..
sekolah tu terbaik amalan 5S..
tapi setiap daripada kita ada kelebihan masing-masing kan...

PINATBATE berkata...

Catz..
Thanks...selalu singgah yer...


Liza...
mmg ambil konsep dari Japon tu..
lepas melawat ni nampak gayanya kenalah buat ..amalan baik tu..kalau x nanti jadi ilmu yg tak dimanfaatkan pulakkan..
kasut pun mengundur? selipar jepun depan surau cikgu tu selalu bersepahhh jer...hihihi..

PINATBATE berkata...

en_me..
penat..tapi layan jer lah...
issyy..tak kowserr tawww..!


Dimar..
Tmn Tun Dr Ismail kat Shah Alam..

cikgu mas berkata...

salam

Aduhai kak pinat..semua benda dia label,jom kak pinat kita label semua benda kat umah kita,senang sedara mara dtg,cari brg terus jumpa...boleh bayang tak...kt sinki dapur kita label "ini Sinki"he,he

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin