Khamis, Mei 29, 2008

LANGKAWI DAY 4

Anak-anak memang merancang pergi island hopping ni semasa merancang percutian ke mari.Tapi nampak cuaca pagi tu tak berapa elok pula.. Tapi bagus juga sebab tak panas dan angin bertiup sejuk saja..Kami naik bot dari jeti Awana Porto Malai jam 9.00 pagi..




Muka masing-masing suspen jer bila bot tu bawa laju..

Senang jer bawa Hannah ni...naik kapal terbang tidur..naik cable car tidur...naik bot pun tidurr...


Ada kira-kira 60 buah pulau sekeliling Pulau Langkawi tapi yang kami tengok ni tak lah sebanyak tu...Dekat Pulau Singa Besar kami berhenti beri burung helang makan...banyak juga yang sambar makanan sekeliling bot tapi tak dapat nak snap gambar cantik..maklum lah bot bergoyang tangan pun ketter...Yang warna putih atas air tu helang tengah sambar anak ikan yang kami lontar..

Tak berapa jauh dari tempat helang menyambar makanan ni boleh nampak ikan lumba-lumba bermain...seronok menganga sampai terlupa nak snap gambar..

Cuba perhati betul-betul gambar kat atas ni...nampak macam kepala, dada, tangan dan perut tak...Ya...kita dah sampai ke Pulau Dayang Bunting..Nampak tak dayang tengah berbaring menunggu tu...huhuhu...serem gitu..

Dekat jeti ni ramai betul sahabat-sahabat alam yang menunggu...paling pantang kalau dia nampak orang bawa beg plastik..mesti dia rembat..Izzah terpegun sampai tak bergerak..kera pulau ni jinak lah pulak...

Sampai ke Tasik Dayang Bunting dia escot Izzah...



Tasik ini ialah tasik air tawar paling besar di atas sebuah pulau.Menurut dongeng ceritanya terjadi kerana sumpahan dayang yang kena fitnah .Tasik ini dikelilingi bukit batu kapur yang cantik dan tenang...

Kami tak mandi pun kat tasik ni..celup kaki jer dalam tasik .Ikan-ikan berkeliling gigit kaki..orang kata jadi therapi buang toksid gitu kaedahnya...


Lepas sejam dekat Tasik Dayang Bunting kami pergi sambung naik bot ke Pulau Beras Basah pulak...pantai paling cantik di Langkawi katanya...Bebudak ni nampak teritip pun heran...



Memang cantik dan pasirnya putih halus

Macam biasa sementara tunggu orang lain mandi...mak dan Hannah makan makan dan makan...yahoo...



Petang tu kakak dan Izzah keletihan..berehat sambil tengok kartun je dalam bilik sementara kami pergi Beras Terbakar


Kat sini kami shopping kain batik dan pelbagai produk daripada gamat ,gajus, ikan bilis dan hasil laut.Posing depan rumah tuan tanah tempat beras ini terbakar pun tidak dilupa....kehkehkeh..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin