Khamis, September 30, 2010

KALI PERTAMA

Kali pertama pakai kasut raya.Lepas dua minggu raya dah tak muat masuk kaki..



Semalam Irfan demam buat kali pertama ..demam urat kata orang tua..maklumlah sekarang dah pandai meniarap..masuk 5 bulan ni berat pun dah naik 7.3 kg
 



Masa  raya hari tu ceria sangat si Irfan ni..seronok bawa dia berjalan raya,tak banyak kerenah..senyum ajer memanjang..


maklumlah..dapat duit raya penuh poket..

Sabtu, September 18, 2010

AIRMATA KEMAAFAN

Hari raya ialah masa melimpahkan kasih sayang dan mengikat silaturrahim sesama insan.

Rabu, September 08, 2010

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Kepada semua pembaca BLOG INI
Seandainya ada yang saya tersalah catat ,terlanjur bicara dan terkasar bahasa
Saya mohon kemaafan di hari yang mulia ini
MUDAH-MUDAHAN ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA.

Isnin, September 06, 2010

NO-BAKE CHOCOLATE AND PEANUT BUTTER OATMEAL BARS

Cepat betul masa berlalu, tak sedar dah sampai hujung Ramadan rupanya.Mudah-mudahan amalan kita diterima Allah dan beroleh kemantapan iman dan amal selepas sebulan melalui madrasah Ramadan kali ini.

Malam tadi kena giliran bawa moreh ke surau. dah petang baru teringat, mujur ada sebiji sukun dari kampung.Apalagi..zaass..goreng dengan tepung rangup Adabi , asingkan 4 keping utk orang kat rumah  berbuka .Geram tul..yang kat rumah langsung tak ada siapa usik..syukur sebekas yang bawa ke surau, licin... Alhamdulillah.


 Riuh-rendah  kat rumah ni bila cuti berkumpul semua.Pusat lepak depan tv penuh dengan bantal,buku cerita,pensil color..mujurlah puasa..kalau tidak nasi  goreng pun diorang usung depan tv..Paling kecoh tentulah budak yang tak puasa ni..ke hulu-ke hilir gigit biskut...


Alhamdulillah,akhir Ramadan tahun ini bertepatan dengan cuti sekolah..jadi dapatlah cuti lama sikit menjelang Syawal.Tahun ini tak buat biskut raya macam dulu. Buat kuih 'point and pay' saja..Tapi macam tak best lah..tak ada bau! masa tengah taip entry ni ada bau bakaran biskut sepoi-sepoi bertiup dari rumah jiran sebelah..alahai..seronoknya..baru terasa macam dah nak raya..

Tajuk kat atas tu ..? no bake lahh...;DD Maaf zahir batin

FESYEN RAMBUT RAYA

bolehlah yer..jimat minyak rambut.

Khamis, September 02, 2010

HADIAH HARI RAYA


Kertas periksa berlonggok-longgok..dah siap dua kelas masih ada 3 kelas lagi berbaki. Esok dah nak tutup sekolah..murid-murid diberi cuti..guru-guru pun terpaksa ikut cuti jugak..abis..tak kan nak ajar kerusi meja kan..maknanya malam ni kena qiamullail tanda kertas examlah..mesti siap sebelum subuh..kalau tidakkk...huhuhu..sendiri mau ingatlah.

Petang ni ada majlis khatam quran,iftar dan tarawih di sekolah.Jemputan untuk satu keluarga tapi tak kuasalah nak usung baby Irfan dan Hannah.Bawa Izzah sorang je kot..tu pun kalau dia tak penat balik sekolah petang.

Mesti keluar rumah sebelum jam 6.00petang .Sempat ker nak masak ni? Kalau tak sempat jawabnya kena beli jerlah..tapi rasanya daripada pergi pasar Ramadan,parking,jalan,berpusing satu pasar tu,drive balik..uhh..lebih kurang sama jer dengan memasak penatnya.Baik masak jer yg simple-simple utk orang kat rumah ni.buat tomyam pun ok kan..? Dah lama tak masak tomyam.

first

second

hadiah hari raya

Isnin, Ogos 30, 2010

SEMUGA BERSABAR


Macam serabut je sejak akhir-akhir ni..Sadis betul kalau kemas almari susun kain baju kemas-kemas lepas tu bebudak ni sepahkan balik..kemas bilik, macam nak masuk majalah Anjung Seri ..perasan pergh! lepas tu diorang bantai main pondok-pondok ke apa ntah siap angkat cadar selimut susun bantal buat khemah lah..pas tu baca buku bawah katillah..hadoi! rasa nak cubit jer sorang-sorang..
 
Esok cuti hari kemerdekaan ingat nak M.E.R.D.E.K.A..malas nak berkemas dah....tunggu jerlah malam raya nanti baru sapu lantai..tu pun kalau rajin..ekekeke..
   
Sebenarnya banyak kerja lain nak buat.. kertas trial exam ni nak kena siap cepat,kalau sampai cuti raya tak siap-siap jugak alamat sengsara jiwa dibuatnya..

                             
budak bertuah jenis macam ni pun dah bikin makcik sengsara tau...

Khamis, Ogos 26, 2010

CHECK LIST

Ini entry ulang tayang..Ramadhan tahun lepas punya..saja  recycle buat peringatan..

Hanya tinggal beberapa hari saja lagi Ramadhan akan pergi ..
Bila diingat-ingat pejam celik biji mata selepas berbuka puasa tadi ..baru tersedar rupa-rupanya...
  • Tadarus baru masuk juzuk 12....erkk..
  • Terawih bolos beberapa hari bukan sebab uzur tapi kerana tidur dan keletihan err..kekenyangan sebenarnya..
  • Amalan sunat tak konsisten..
  • Sedekah berkira takut budget raya lari..
  • Beli baju raya awal sejak sebelum puasa konon nak tumpu rebut 10 malam terakhir tapi sampai hari ni masih cari peluang tambah koleksi raya...
  • Order kuih raya dan beli kerepek sebab azam tahun ni tak nak sibuk bakar biskut tatkala orang lain merebut kelebihan qiamullail ..tapi tadi dah terbeli bahan nak buat beberapa jenis kek dan conflake utk buat conflake madu pulak..ada hati lagi tuu....
Ahhhhhh..!!! Tak mau gagal !

Mari muhasabah diri...Di mana anda berada ketika ini? jangan jawab di atas kerusi pulak,,

Selasa, Ogos 24, 2010

BULAN TERANG MALAM LIMA BELAS







Dah masuk separuh bulan berpuasa,baru terperasan rumah bersepah macam tongkang pecah..bila nak berkemas pun tak tau lah.Tiap hujung minggu agenda balik kampung berbuka dengan mak abah plus agenda shopping raya.Nampaknya minggu ni kena buat operasi besar-besaranlah.. Mudah-mudahan tak terlepas mengisi malam-malam akhir Ramadhan.

 Edisi panaskan enjin...malam ni kemas buku budak-budak ni sambil update blog
 

Isnin, Ogos 23, 2010

PASAR RAMADAN


Sebenarnya memasak di rumah lebih selesa dan memuaskan hati daripada membeli juadah di pasar Ramadan. Bualan puasa ni boleh balik awal sikit jadi tak ada masalah memasak..cuma sesekali nak juga rasa makanan yang lain sikit daripada biasa.Semalam beli  murtabak daging..tak habis pun makan..teringin nak beli roti john tapi tak ada pula....agaknya diorang jual masa krismas jer kot..yer lah..omputeh katanyerr..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin