Khamis, September 25, 2008

CERITA SAMBUT RAYA

Sebelum masuk bulan puasa hari tu mak kat kampung pesan..buatlah persiapan raya awal-awal, supaya bila sampai bulan Ramadan tak sibuk...tumpukan pada menambah amal dan jangan sampai lupa mengejar kelebihan sepuluh terakhir...

Betul cakap mak,bila dah hampir nak raya ni rasa tak menang tangan..semua benda nak buat..mujurlah dah shopping baju raya anak awal-awal...shopping pun ala kadar jer, nak buat camana.. harga minyak turun 10 sen jer..tapi harga barang melompat..

Paling seronok hari raya ialah dapat kad raya..sebab sekarang tak banyak orang hantar kad raya lagi jadi bila dapat kad raya tu rasa special sangat....senyum sepanjang hari..:)

Yang ni datang dari Fara@Chibi dan En B ..Terima kasih banyak..tak tau bila nak balas..kalau balas sekarang pun mungkin sampai lepas raya..jadi kakpinat hanya mampu kirimkan doa memohon keberkatan Ramadan ini mudah-mudahan Allah mengurniakan rahmat dan kasih sayangNYA kepada Fara dan suami sepanjang waktu, kekal berkasih-sayang dalam iman dan takwa kepada Allah, dikurniakan rezeki melimpah ruah dan ceria gembira selalu..Amin.


Yang ni pulak kad dari Backseat Boys and the Geek ..Diorang ni tak lain nak ambil hati lah tu...maklumlah duduk kat belakang tu tak ada kerja lain asyik buat ulasan selari masa cikgu bercakap kat depan..lepas tu minta halal homework dan lupus kira nota yang tak siap...boleh pulak cam tu...bijak..bijak...


Kuih raya? kuih raya boleh beli kat mana-mana saja..tapi tentu tak sama dengan buatan sendirikkk...ehem..Tak banyak buat kuih raya tahun ni, buat pun bukan untuk di hidang tapi untuk makan sendiri jer..habis tu camano...ramai sangat peminatnya...:)

Cornflakes madu ni dapat dua balang besar tapi dua hari ajer jangka hayatnya...dah tinggal sejarah...licin dikerjakan budak-budak ni..Mujurlah semperit dahlia ni diorang tak gemar sangat...mampu lah bertahan...sebenarnya semperit ni abah jer yang minat..hahaha..

Biskut Snow Almond ni pakai resepi MakLang Cari...memang sedap...budak-budak memang suka sangat kalau biskut salut coklat macam ni....tabik toing toing to my darling yang tolong buat biskut ni sampai empat adunan ..ahaks..

Pic ni nampak macam letak biskut atas paper pulak..sebenarnya atas suratkhabar tu ada plastik putih..supaya tak lekat coklat tu...

Dadih durian ni bukan nak buat raya...ini nak bawa ke surau moreh malam ni..Kat rumah ni seminggu sekali kena giliran bawa moreh kat surau..biasanya bawa buah-buahan saja..ntah kenapa hari ni terajin pulak masak dadih..

Yang ni baru betul-betul raya...melembutkan jari jemari ..dah siap nanti boleh decorate kelas..Jangan tak tau..tangan-tangan anak jantan yang buat ketupat ni...

Tak caya?? tengok tu...

Hasilnya..

Yang pasti inilah hari raya pertama untuk Hannah yang lahir pada hari raya tahun lepas..

Cepat sungguh masa berlalu..dah nak setahun umur Hannah..

5 ulasan:

Hanim berkata...

Pinat, meriah le nanti meja time raya nanti ya. Kuih yang letak kelapa tu apa?

Anak jantan kat kelas you reti anyam ketupat, ermm malu pulak nak mengaku yang kita ni tak reti..:P

Hannah punya pipi tu kalau kena cubit mesti merahkan?? So cute...

aNIe berkata...

Pinatbate...akak pun minat kuih samperit...kuih yang mesti buat bila raya...anak2 pun suka...

Jemput ke blog akak ambil e-kad khas buat teman2 blogger...

SELAMAT HARI RAYA dari akak buat pinatbate sekeluarga...

PINATBATE berkata...

Hanim..

Biskut snow almond tu...lepas golek dlm coklat,golek pulak kat breadcrumb..tu yang nampak putih macam salut kelapa..

Sebenarnya..sebenarnya...sebenarnya...bebudak tu belajar dengan kawan-kawan diorang sebab...sebab...cikgu dia pun tak reti anyam ketupat jugak...malu I..!

PINATBATE berkata...

Kak anie...

Terima kasih e-card..nanti senang saya datang ambik yer...
Semperit saya tak cun lah...kembang setaman macam tuan dia...huhuhu

dilaOHdila berkata...

tengok biskut kak pint terasa macam nak terkam ajr:-)
biskut snow tu pebret tu kak..
Kak pint
selamat hari raya
Mohon maaf zahir baten
'KALEH SAMPIYAN KATAH2 laher batos'

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin