Rabu, Disember 24, 2008

BORING SEHH..

Minggu lepas semua orang bosan tahap dewata ungu sebab cuti sekolah abah tak bawa ke mana-mana..Abis nak buat camana,abah pula tak dapat cuti!

Masa kelas tusyen cuti seminggu kami ikut abah pergi kerja kat hutan..bunyi hutan tu rasa macam nak bercamping pasang khemah pengakap dengan unggun api pula rasanya..


Bila dah sampai laaagi boring tengok mamat ni apa dia buat ntah lah..

Last..kita orang lepak tengok tv, makan, tidorrr..sementara tunggu abah kerja pagi petang..pagi petang lagi.Izzah pulak demam...uwwaa...bosannya!Macam ni baik duduk kat rumah jer..

Baca novel sampai khatam..

Abang mandi sampai lupa diri..orang lain dah naik tinggal dia seorang jer ..kecut karang baru tau!

Minggu ni nak balik kampung lah pulak..Insyaallah tak bosan.. ;)

Isnin, Disember 22, 2008

D'LIMAU NIPIS DAN SELERA HERBA

Tengahari Ahad kami JJCM ke Bangi..kat sini banyak tempat makan tapi ada dua tempat yang jadi pilihan..nak pergi mana satu ni?

Mula-mula pergi de Limau Nipis...cuba menu baru ..
Jus limau nipis paling special ada aiskrim vanilla ..perghh....menu ni tak ada yang serupa kat mana-mana tau..dan sudah dipatenkan ..selain tu ada KOPI KISAR yang best kat sini..bau cukup menggigit..rasa tak usah cakap lah..cendol pun sedap..
Jadilah orang bersyukur..makan saja dengan tabah walaupun rasa ada kureng..

Lepas makan jalan cuci mata kat Manjaku tengok sale barangan baby..manusia punyalah ramai serbu diskaun gila-gila punya..tapi kami beli sabun mandi Hannah sebotol jer..
Lepas tu beli ayam,daging,ikan...kat sini..
Lepastu..makan lagi...jom!Pergi Selera Herba pulak..

Kesian Hannah ngantuk...asyik makannn jer...bila boleh tidur ni?.
Laksa Johor boleh layan..kuah pekat..dah petang agaknya dapatlah serdak ikan banyak..
roti bakar dengan kacang pool pilihan Abah..best!..kakak makan nasi goreng cina sampai tak larat berdiri..tobat kak...tobat..ingatlah orang-orang di Darfur tu...:( ..
Hajat kesampaian...Alhamdulillah....yang dicari dah dapat selepas cubaan kali ketiga..tak jemu datang ke sini hanya kerana nak minum KOPI TELEVISYEN...ternyata kopi ni syiok dan harummm....waduhhh..dah dua cawan kopi hari ni..;P
kat mana nak cari kopi televisyen ni?..kat sini lah...

POT LUCK STEAMBOAT

Pagi-pagi hari budak-budak say good bye kat abah diorang nak pergi tengok site kat Lumut..lepas tu semua tidur balik.Sekali mak tarzan mengaum baru menggelupur mandi..pergi hantar diorang ke kelas jam 9.30 lepas tu huru-hara balik nak buat kek coklat kukus.

Hari ni Kak Honey ajak geng dia makan-makan ala-ala ladies party gitu meraikan perpisahan dengan Hasni yang nak berangkat ke Johor awal tahun ni.Balik mula pukul telur lepas tu tidurkan Hannah gitu-gini tengok jam dah 11.30.Ingat nak ambik budak-budak tu terus ke Semenyih ..

Sekali angkat loyang huwwaa!...kek lembik lagi lah...tunggu lagi kukus setengah jam...siap terus ambil diorang..singgah kedai Nani ambil table runner yang tempah hari tu..lepas tu singgah pula kat Shamensi beli hadiah tanda ingatan untuk Hasni.
Zooomm...singgah econsave lah pula beli segala mak nenek ball nak buat steamboat..

Huh..akhirnya sampai rumah kak Honey yang cantik dan luas tu...alamak...semua geng dah sampai dengan anak memasing tengah bersantap...sambil lepak gossip ..woit!!kome idak tunggu teman yerr..


Tom tom bak .. perompak kalau masuk rumah ni sure patah balik punya...
Budak-budak menyepahkan rumah dengan melambakkan mainan selagi ada..turut kelihatan dalam gambar siHannah yang tak makan pun sebab asyik main saja..
Yang diraikan..Selamat berhijrah dan semuga terus mengikat silaturrahim antara kita.
Kaum ibu yang happy berbual sambil makan nasi,pulut,aneka lauk pauk,steam boat yang wallaa...cheese cake,coklat cake tak sempat snap gambar,berbagai jenis buah..air berbagai jenis...ahh...syukur!
Tuan rumah berdiri mengadap pisang sambil mengira-ngira nak buat air satu jug lagi..sebab tiga jug besar air dah licin...
Zah menunjukkan bukti bergambar bahawa makanan tengahari tu sangat best!!

psstt...Pak Man..
Mujur dia tak minta...Teh Tarik DUA...!!

Ahad, Disember 21, 2008

JALAN-JALAN CARI IKAN

Bila lah dapat beli camera yang ada muncung panjang tu...boleh tangkap gambar cantik macam Dila..
hakhakhak.....konon..

Kali ni jalan-jalan cari ikan pula..bukan nak mengail atau menjala ..nak cari ikan kering dengan sotong jer..




Akhirnya..dapat seekor ikan besar..punya lah malang nasib mu ikan..ditunggang sampai jadi batu kawan tu...
EERRRKK...Mana anakku sorang lagi?..Laa..sorry kakak..terpotong pulakk...kehkehkeh...

CARI KERANG


Aktiviti anak-anak masa cuti sekolah kali ni..cari kerang kat pantai Remis..hahaha..sebenarnya ni lah first time cari kerang ni..saja suka-suka nak cari pengalaman..Kerang ni hidup dalam lumpur..rupa-rupanya tak lah susah sangat nak cari kerang ni,masa air surut korek korek kais sikit lumpur tu dah boleh jumpa..cuma kena rajin tertonggeng-tonggeng dan sabar lah ...

Masa kami sampai tak ramai orang lagi..cuaca pun elok jer..tak panas tak mendung..Mula-mula budak-budak ni menjerit-jerit geli bila kaki pijak selut lumpur tu..tapi lama-lama..eehh.. diorang seronok pulak..lagi-lagi bila berhasil..sampaikan bila dipanggil balik pun tak mau ..
Kakak,Izzah,abah,abang memulakan OPS Kerangnya.Berusahalah dengan tekun yer..semuga berjaya..Ehh..mana pergi mak dengan Hannah ni?

Alah...ada..tak kemana...Kami dua beranak duduk atas batu tepi pantai tu..sambil makan apam balik yang dibeli masa singgah kat pekan Kapar.sambil tu klik klik camera dan hirup angin pantai..nyamannn jer...alahai..tak kuasa lah makcik nak ikut masuk lumpur...kang terbenam kasut tumit tinggi makcik ..sapa nak nolong?..ahaks..

Tengah leka temankan Hannah main kulit kerang atas batu....TIBA-TIBA...

huhh..tu dia ..entah dari mana menjelma pulak makhluk ni...apa lagi...cabut lah kami berdua menyelamatkan diri menyorok dalam kereta..kecut jugak..mana tau kot disambarnya Hannah ker..Nauzubillah..seriau..

Hasil tangkapan Izzah..rebus saja pun dah sedap..kalau bakar lagi best! manis kerang fresh ni...

Wajah seorang penggali lumpur yang berjaya...peace!seronok betul nampak!Jenuh mak menyental baju dengan seluar tu tau...

Sebelum balik,beli lah adik beradik kerang kat nelayan sejati..apalagi...malam tu makan seafood lah!

Sabtu, Disember 20, 2008

JALAN-JALAN HUJUNG MINGGU

Hannah sejak dah dapat kaki ni seronok betul kalau ajak berjalan..

Sibuk betul nak siapkan anak dara sorang ni ..

Dia konon nak sikat rambut sendiri...pakai kasut sendiri...

Hari ni kita jalan-jalan kat Ikea...Apa-apa hal makan dulu...baru ada tenaga nak ronda-ronda...

Aikk..apasal orang lain yang menganga..orang lain pula yang makan ni?

croc..croc...croc..

Tak dapat main salji..ambik gambar kat sini pun jadi lah...;P

READY

Lapang rasa kepala..Alhamdulillah..
Lega rasanya dah beli sebahagian besar keperluan sekolah dan buku anak-anak untuk tahun depan.Semalam beli buku tulis dan buku kerja kat kedai buku sekolah..minggu lepas baju-baju ,beg dan kasut.Ada beberapa benda lagi yang tak dapat cari tapi tak apa masih ada masa.

Pagi tadi dah sort out baju-baju sekolah lama. Mana-mana baju yang masih boleh dipakai tu boleh lah recycle..kakak tahun ni pakai baju dan tudung hijau muda pengawas PSS sekolah kebangsaan dan pakai baju pink kain merah pengawas sekolah agama.Pakai kasut hitam jadi tahun ni kakak tak pakai kasut putih.Abang pakai baju pink dan samping merah pengawas sekolah agama.Jadi kasut hitam pakai putih pun pakai..Izzah yang paling seronok tak sabar nak pergi sekolah..Budak darjah satu sekarang tak macam budak dulu-dulu..takut nak pergi sekolah..

Lepas kemas kain baju sekolah tadi tiba-tiba macam teringin nak berkebun pulak.



ehekk...ada hati konon nak tanam orkid kat laman sekangkang penyu ni..tak tahu lah apa nasib pokok ni...

Selasa, Disember 16, 2008

PROBLEM

Selepas bercuti lebih seminggu..mood nak up date blog ni macam semakin hilang..bukan sebab tak ada idea tapi sebab blog ni macam ada sesuatu yang tak kena jer...huhuhuhu..sereemmm..

apa jenis problem pun tak faham lah...

Khamis, Disember 04, 2008

KAMPUNG


More Graphics Comment click here.


Banyak yang tertinggal di kampung
Kenangan manis semasa kecil dahulu
dan ayah ibu yang semakin uzur..

Rabu, Disember 03, 2008

DIET RASULULLAH


more graphics comments layout.


Beberapa hari lepas terbaca diet Rasullulah di mana dikisahkan Nabi S.A.W tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau kita ikut diet Rasullullah ini, kita takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jom muhasabah...

1.Jangan makan SUSU bersama DAGING
Biasa juga masak kari daging dengan susu cair..kononnya nak gantikan santan..lagi satu,makan lasagna atau pizza topping daging dengan cheese tu..uhuhu..

2.Jangan makan DAGING bersama IKAN
Yang ni selalu buat..terutama bila makan nasi campur
3.Jangan makan IKAN bersama SUSU
Rasanya tak pernah buat lah..

4.Jangan makan AYAM bersama SUSU
Yang ni sama macam kari daging tu..campur susu nak ganti santan..

5.Jangan makan IKAN bersama TELUR
Macam biasa jer..kalau masak nasi goreng sure masuk ikan bilis dengan telur..

6.Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Biasa buat sandwich tuna himpit dengan daun salad..alamak..lepas ni kena tukar lah..

7.Jangan makan BUAH bersama SUSU
alahai..yang ni lemah ni..selalu buat puding cocktail,makan yogurt buah,mango lassi..

Kalau kita makan juga..tak lah sampai berdosa..tapi alangkah baiknya kalau kita dapat mencontohi sunnah Rasul sebagai bukti kecintaan kita kepada Rasulullah.Selain dapat menghindari penyakit, mudah-mudahan mendapat ganjaran pahala daripada Allah.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin