Sabtu, Mei 19, 2012

NASI LEMAK TELUR ARNAB

Janganlah ada yang tanya sejak bila arnab boleh bertelur pulak..ekeke

Ini gara-gara Izzah minta nak makan nasi lemak.Maka dengan gigihnya masaklah juga petang tadi walaupun dalam hati tu rasa macam nak order kat pasar malam jer...kesian pulak kat anak seorang ni.

Nasi lemak ni tak adalah sedap mana pun,biasa-biasa jer..cuma yg special tu telur dia ada 4 jenis..yg ni comform tak ada jual kat pasar malam punya..kat nasi Lemak Antarabangsa pun tak jumpa..

Menggigil tangan kopek telur rebus tu masa tengah panas-panas..cepat-cepat masukkan dalam mould lepas tu tutup,lock dan humban masuk dalam besen yg dah sedia ada air ais..Silap sikit tadi terlupa guna telur gred A. dahlah besar gedabak nak masuk dalam mould saiz telur ged C..terpaksa tekan pelan-pelan supaya dapat masuk tanpa terpecah..

Masing-masing teruja nak makan telur..Hannah dah cop nak telur arnab,Irfan sibuk tunjuk nak car..car..yg dah tua ni makan telur rebus biasa jerlah..tergolek gitu..dah tak cukup acuan nak berebut,cemana ?..ekekek
Tu diaa...! fish tu nampak terlebih sikit keliling dia..fish gemuk katakan...yg kelakar,Irfan sempat buat bunyi vroomm..vroomm sebelum masukkan telur dalam mulut..meriah betul makan nasi lemak..;))

Ni pinggan Hannah,dia tak layan pun ayam goreng berempah sebab seronok sangat dapat makan telur rabbit..Alhamdulillah.

8 ulasan:

yanti isa berkata...

bestnya ... kat mana boleh beli acuan tu ?

PINATBATE berkata...

kakYan,
Acuan ni dah lama beli kat kedai 100Yen,Cheras..tapi baru-baru ni ada nampak dijual di Daiso Puchong dan Parkson Kajang.

dilabangiWORLD berkata...

FUYYO blog sudah baru jugak ke? hehhee Albento....acik dilla tunggu NL tak bukak2 pintu pun erk. Nice umah baru kak pint ni

pinatbate berkata...

TQ Dila..rumah lama cat baru..ekeke

kucingorengemok berkata...

terbayang keseksaannya nak kopek telur panas²

Pinatbate berkata...

KOG,
kupas bawah paip mengalir laju laju..sambil mulut opocot!

GreenJade berkata...

kretifnye..mmg budak2 suka ni :)

PINATBATE berkata...

Green Jade..
hehehe...berebut-rebut anak-anak pilih telur kesukaan masing-masing..ayam goreng berempah pun diorang tak layan...padahal rasa telur rebus tu tetaplah macam tu juga..;))

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin