Ahad, Disember 04, 2011

MUSIM HUJAN MUSIM DEMAM





Seminggu ni melayan anak-anak demam bergilir-gilir,lepas seorang..seorang demam.Emak diorang pun dah separa nak demam ni.Kepala dah berat semacam.badan pun dah seram sejuk dibuatnya. Syukurlah my great helper si Kakak sihat walafiat.Alhamdulillah..Kalau dia pun ikut demam payah jugak nak minta tolong buat kerja..;)

Kakak baru balik dari Kem Remaja Di masjid Putrajaya. 3hari 2 malam tak lama tapi banyak juga kerja rumah terbengkalai sebab tak ada kakak nak tolong.Bab kemas rumah dan urusan kain baju memang tanggung jawab kakak..bila dia tak ada mulalah baju menggunung tak berlipat.Rumah memanglah kelam-kabut je sepanjang musim demam.Walaupun Kakak tak suka memasak berbanding Abang,tapi bab mengemas nombor satu.Bila dia balik rumah jer..terus pegang penyapu..tangan dengan mulut sama rancak jalan..kikiki..budak tengah demam pun boleh bangun kutip buku dan mainan bertabur sebab takut kena bebel dengan kakak.

Anak-anak ramai ni demam pun memacam ragam.ada yang demam muka monyok tak mau makan,tak mau bercakap.Senyapppp jer.Izzah punya perangailah tu. Kalau Hannah demam manja mengada lebih.Makan nak bersuap,tidur nak mintak peluk..berkepit  jer,merengek nak itu ini..sabau jerlah.Irfan boy pulak kalau demam tak macam budak demam.Badan panas berapi tapi sibuk nak main bola.Kalau dah mintak dukung tu tanda demam dah teruk sangatlah tu.

Kadang-kadang terlintas jugak dalam hati ,agaknya bila mak dan abah dah tua dan uzur dan ditakdirkan tiba masa sakit nanti..adakah anak-anak yang ramai ni nak jaga,nak suap makan minum,bangun malam nak bagi makan ubat ikut time ..huhuhu.Teremosi lak...

Teringat tazkirah seorang ustaz,katanya: Sebagai ibubapa sebaiknya kita jangan fikir apa yang anak-anak akan balas pada kita di hari tua kita atau selepas kita mati nanti..Ikhlaskan saja niat kita membesarkan anak-anak kerana menunaikan amanah daripada Allah. Cukup. Selebihnya biarlah Allah yang menentukan.Didiklah anak-anak supaya menjadi anak yang bertakwa kerana dengan cara itu sahaja yang akan menjamin anak-anak kita menjalankan amanahnya pula sebagai seorang anak bila mereka dewasa nanti.

psstt.!  makcik nak pi bancuh slimming tea sekarang.Untung-untung boleh buang lebihan lemak ni. Musim hujan kannn ..laporrr sokmo

5 ulasan:

Rumah Kuning berkata...

salam.semoga anak2 cepat sembuh.

yangyuyu berkata...

berkesan ke kak-teh buang lemak tu hehe

PINATBATE berkata...

salam kenal Rumah Kuning (?)
Terima kasih kerana sudi berziarah..;)





yangyuyu,
Tak berkesan dekkk...minum secawan teh tapi melantak dua tiga pinggan nasik..jangan harap!

kak ina kl berkata...

best gak melayan kerenah anak-anak ni..nasib baik tinggal 2 orang ..tapi memang riuh rendah di buatnya macam anak 5 orang.

suka tenguk rambut si kecik yang lama..comel

PINATBATE berkata...

kak Ina,
Masa riuh rendah berkumpul tu rasa ..grrr..!!
tapi bila sorang tak ada pun dah rasa sunyi..rindu!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin