Sabtu, Disember 18, 2010

LEMBUT GUSI DARI LIDAH

Semalam shopping baju sekolah anak-anak.Siap dah semua..tinggal kasut jer tak sempat beli. Buku-buku tulis pun dah beli minggu lepas.Lega rasanya ..kekonon tak nak lah kelam-kabut bila dah nak buka sekolah nanti baru terhegeh-hegeh beratur kat kedai buku sekolah ... pas tu bersesak-sesak shopping baju sekolah..biasalah..strategi pengurusan masa mesti cekap kann..*riak ;P

Alang-alang bebudak tu dah bersemangat baju baru,bag baru semua,balik rumah terus check buku teks yang diorang dapat sebelum cuti sekolah hari tu.Tengah sibuk balut buku tiba-tiba Izzah tunjuk beberapa helai kertas celah buku BM..
Mak..Izzah lupa cikgu ada bagi home work..
Laa..! buat cepat..tu lah..cuti asyik main jer..blablablabla..(..membebel apa ntah..)

Lepas terkebil-kebil kena bebel Izzah pun mula buat home work..duduk sebelah abang yang tengah tulis nama dekat buku teks dia.tiba-tiba dengar dialog dua beradik tu..


Izzah: Abang apa maksud peribahasa "lembut gusi dari lidah?"
Abang: Oohh..orang tu sakit gusi tu..


Lepas tu dengar diorang gelak mengekek sambil jelir-jelir lidah.Malas nak menyampuk sebab dah penat membebel tadi.biarkan jer lah..Lagi pun Hannah tengah bising nak susu..nak susu..

Setengah jam kemudian masa check home work Izzah, rasa nak kejang urat saraf bila baca dia tulis..

"lembut gusi dari lidah"
 ertinya sejenis penyakit merbahaya yang menyebabkan gusi yang keras menjadi lembut seperti lidah.




8 ulasan:

CM berkata...

salam

wahhh dia percaya pada ajaran abang dia,,,sungguh mendengar kata itu izza yarrr...

Leyla Shuri berkata...

lurus hahaha.

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam pinat,

hahaha...lucu budak2 ni..

Unknown berkata...

dahbuat dah ek potato tu..nak buat ashik tak jadi ajerlah..akak pun dah tgk kat youtube camner nak buat.
semalam pun baru habis beli baju sekolah dan kasut..

Tepi Sungai Batu berkata...

Macam-macam lah budak-budak ni....hahaha.

Sally berkata...

Miahahahahahaa... Adeyhhhhh...

Zaitun berkata...

Nasib baik mama dia check buku tu kalau tidak mesti cikgu telan air liur.

Uncle berkata...

Aik, tak betul ke jawapan tu?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin