Sabtu, Januari 02, 2010

JJCM MALACCA

Yeeehaaa...!! Salam dari Bandar Bersejarah..
orang lain dah habis program cuti, kami baru nak pergi bercuti..sambil meraikan 2010..
Bertolak dari rumah jam 11.00 selepas pasti segala urusan sekolah anak-anak siap semuanya..stokin dengan kasut sekolah pun hadap ke pintu ..:P

Berhenti solat Jumaat di Masjid Si Rusa..Wow! suprise you...nak tau apa yg kami jumpa..? bukan rusa..tapi khatib baca khutbah sambil tayang slide..baru terbeliak mata orang dengar khutbah kan..lebih faham dan menghayati isi khutbah..

Singgah sekejap di Pengkalan Balak ..biasalah..hari cuti kan..sesak dengan pengunjung sampai tak nampak pantai..hanya nampak bekalan orang berpicnic jer sepanjang pantai..Akhirnya sampai juga ke hotel jam 6.00 selepas berpusing ke hulu ke hilir tengah-tengah bandar..cari hotel tak jumpa padahal dah nampak bangunan..biasalah..pelancong selalu sesatkan...^^

Sementara anak-anak terjun badak berendam dalam kolam sampai maghrib,apalagi...mak dia luruskan pinggang..sambil berangan nak gi Jonker street..kononlah.. tapi lepas makan malam pekena asam pedas Melaka ..terus terlelap..tak sedar diri..hahah! lupakan jerlah..anak-anak pun layan tv jer ..cerita Mr Bean pergi holiday..ntah berapa kali dah tengok movie tu pun still boleh gelak mengekek lagi...baguslah!

OK..nak gi sarapan..lepas ni tak tau nak gi mana..banyak sangat tempat nak gi..

16 ulasan:

silversarina berkata...

Tak aci, masih bercuti ye ... Melaka memang berbaloi dilawati, selamat bercuti semua !!

Sally berkata...

Amboiiii..memulakan Cuti2 Mesia 2010 ke Melaka ya..enjoy your holiday ya Pinat..jgn lupa Isnin ni sekolah :P

PINATBATE berkata...

kak Rina..
tak cukup masa nak lawat semua tempat..lagipun sebelah petang hujan..tapi tak per..darling kata lain kali boleh gi lagi..ahaks..ada peluang;P

PINATBATE berkata...

tchersally..
ehh?..Isnin ni dah start sekolah erkk...
*muka buat-buat lupa..

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

wah jauhnya cuti...
kakpint ngan Uncle memang penulis hebat. Tatacara ujicara sungguh sedap ayat tersusun. kalau teman habis tonggang langgang. atter....tak gi ke jonker street tu. Bila miker nak letak gambornya. mesti best kan naik sampan susur sungai melaka. mesti jumpa puteri hangli po kat jambatan tu (he he he)

PINATBATE berkata...

Dila..
Happy birthday..! sorry lah lambat pulak wish..;)
Semuga hidupmu sentiasa diberkati Allah..

Imran Paris berkata...

Kak Pinat....betullah Akak ni, saya mati2 ingat Akak dah nak tutup dah blog ni...sedih pun ada, bukan apa, kkdg saya singgah tp taklah mengomen. Masa tgk 3,4 hari lepas...saya kata dlm hati "napalah nak stop menulis???"

Tetiba baca hari ni tgk propa je semua...kureng asem betullll!!! Wat suspen je. ALhamdulillah.

Akak, my wife suka betul gi Melaka makan asam pedas, sambal belacan dan tak lupa ikan bakar...syiokk tahap gaban sungguh.

Mmm, esok bebudak dah start sekolah, selamatlah segala hendaknya.

Meen Eunos berkata...

Laa Kak.
Nape tak cakap datang melake.
Saye pon balik melaka hari tu.
Bole jadi pemandu pelancong.
=)

kucingorengemok berkata...

nak selit 1 weekend jalan melaka juga lah... :)

adie-ishmael berkata...

saya pun gi melaka gak cuti baru ni...orang ramai gilak...Pengkalan Balak tu best tak? Belum sampai lagi...

KAMATO berkata...

Tak singgah ke ikan bakar umbai

PINATBATE berkata...

Imran Paris..
memang best asam pedas Melaka..makan dengan telur masin dan ulam daun tenggek burung..teringat kat CM..bilalah kita nak merasa asam pedas dia yer..

PINATBATE berkata...

Meen..
sayangnya...kami pergi sekejap jer ..tak dapat nak ke mana pun..hari hujan!

PINATBATE berkata...

KOG..
jom..! kakpinat pun nak gi lagi ni..ada hajat yg tak kesampaian lagi..

PINATBATE berkata...

adie-ismael..
Pengkalan Balak tu biasa jer lah..pantai menghadap selat melaka kan..yg istimewa hanya banyak chalet yg diusahakan oleh org Melayu..dan ada kedai ikan bakar dan asam pedas best kat situ..kami dah beberapa kali sampai Pengkalan Balak tapi yg terbaru ni rasa mcm boring lak sebab ramai sgt orang..nak parking pun payah..nak cari pot lepak pun penuh..cuti tahun baru kot..

PINATBATE berkata...

Kamato..
tak sempat singgah walaupun memang merancang nak ke sana..itu salah satu hajat yg tak sampai tu..ada harapan nak pergi lagi lah..hihi..;P

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin