Sabtu, September 19, 2009

MENJELANG SYAWAL

Ramadhan semakin beransur pergi, singgahnya sekejap saja..tanpa di sedari airmata mengalir saat menamatkan terawikh yang terakhir malam ini..

Ini antara aktiviti di kebun kami sepanjang Ramadhan ..menanam benih iman dalam jiwa..semuga lahir generasi harapan yang mantap rohani dan teguh peribadi.

Majlis khatam berlangsung pada hari Rabu, sederhana tetapi bermakna..berdoalah semuga ruh Al Quran akan terus berada di dalam hati kita...selama-lamanya..

Tazkirah Ramadhan yang terakhir tahun ini di kebun kecil kami..Mudah-mudahan berjumpa lagi penyampai tazkirah itu..oppss! silap...Mudah-mudahan berjumpa lagi dengan Ramadhan tahun hadapan..Insyaallah..

Wajah-wajah ceria menunggu kehadiran Syawal..tambah gumbira bila hari Jumaat diisytiharkan cuti! Ganti pun gantilah..horey! horey! lompat tinggi-tinggi...Yang mana satu makcik Pinatbate? tentulah yg tengah melompat sambil tembak gambar...so tak payah teka..

Sampai penghujung Ramadhan, anak-anak macam dah jemu makan kurma masa berbuka setiap hari ..jadi masukkan sebiji badam bakar dalam perut kurma dan salut dengan coklat..barulah berebut nak makan...tengok! kurma pun sudah naik taraf..mudah-mudahan tahap amalan dan takwa kita pun sudah semakin mantap selepas sebulan melalui madrasah Ramadhan yang penuh latihan dan ujian.

Izzah tunggu coklat sebelum berbuka..sambil kira berapa minit lagi nak berbuka ? berapa minit lagi..?

Dalam banyak-banyak tu, ini saja yang tinggal selepas berbuka....nampak gayanya tak ada harapan nak hidang masa hari raya..harap maklum..

Apple pie ni nampak sedapkan?..yer! memang sedap..tak ada orang puji pun, tapi berdasarkan piring yang licin jadi tukang masak kena masuk bakul ..angkat sendiri..baru puas hati..!
persoalannya, larat ker nak angkat bakul tu ? ekekeke..

Masa ambil gambar ini, lembu itu tersenyum mesra...

Bila dah jadi rendang padahal esok belum raya lagi, tukang masaknya pun senyuummm lega..

Menjelang Syawal, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada sahabat-sahabat blogger, sahabat yang rajin komen, sahabat yang rajin baca blog Pinatbate yg tidak seberapa ini, sahabat yang tegur-tegur di shout box ..juga silent readers..saya memohon ampun maaf zahir dan batin sekiranya tersinggung atau tersentuh hati dengan tulisan yang kadang-kadang merapu merepek ni..Selamat masak ketupat dan lemang..Mudah-mudahan sinar Syawal membawa rahmat kepada kita semua.

12 ulasan:

Ayah Zain berkata...

Salam Pinabate,

wow, cokolat, bestnya, hagpa ngan Asnija ni taukeh cokelat yer, ayahzain nak join boleh? ayahzain nak buat cokelat yang orang diabetis boleh makan.

Minta sikit la, huhuhuhu

AZ mengucapkan Selamat Hariraya Maaf zahir batin. Kalau ada tersalah bahasa az mintak mahap dari hujung rambut hingga hujung kuku kaki yer.

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

salam kak pint
waduh dah siap masak rendang erk
raya kat mana tahun ni kak pint

10 jari disusun ni
Maafkan aku erk kak
salah dan silap ku

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Selamat Hari Raya.

PINATBATE berkata...

Ayah Zain..
tokey apanya AZ..tak sempat nak bisnes dah kena serang hendap anak-anak..lagi pun chocholate made in pinatbate ni tak adalah sesedap dan secantik coklat Datin Asnija ...

PINATBATE berkata...

Dila..
Kakpinat balik Tanjung pagi ni Insyaallah..adik akak dah balik kemas rumah mak semalam..dia buat sambal kacang..so kami paruh dua rendang dan sambal kacang tu..nanti kami nak masak ketupa dan ayam pulak kat rumah mak..lepas tu masing-masing balik beraya rumah mak mentua...mak abah kakpinat balik raya ketiga Insyaallah .

PINATBATE berkata...

Cikgu Zainab..
Selamat hari raya, maaf zahir batin KN..semuga syawal kali ini lebih bermakna ..

Wangi74 berkata...

Perasan kepala lembu hitam tu lidah dia terjelir ke tepi sikit macam buat lawak..;)real woo

Selamat Hari Raya Maaf zahir Batin kak pinat:)

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Selamat Hari Raya!

Ayah Zain berkata...

salam pinatbate,

semoga syawal ke 2, sihat yer,x ada masalah perut kan? alhamdulillah.

Azemi Ali berkata...

Salam Aidil Fitri Kak Pinat

en_me berkata...

salam aidilfitri maaf zahir bathin dr me wat cekgu pinat ittewww..

Halijah Hamzah berkata...

SELAMAT HARI RAYA..... SORI YANG TERLAMBAT.... BARU SEMPAT ARI NI....
MAAF ZAHIR DAN BATIN...JANGAN LUPA POST-MORTEM PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM- PENDIDIKAN ISLAM.....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin