Selasa, Jun 23, 2009

MENJAGA HARTA

Gempar!!Kisah benar!


Kereta putih yang dijaga dengan penuh kasih sayang oleh tuannya ini ditemui di depan kedai runcit depan rumah kami...mula-mula nampak tu rasa nak gelak..tapi kemudian rasa terharu lah pulak..macam-macam cara orang nak jaga harta kan..


Harta dan Maruah adalah dua dari lima perkara keutamaan (Dharuratul Khams) dalam Islam. Perkara-perkara yang lain ialah Nyawa, Agama dan Akal.Sesorang yang ditindas haknya tidak boleh sekadar berdiam diri bahkan wajib mempertahannya.

Hari ini mesyuarat AJK kewangan sekolah bermula jam 2.30 dan berakhir jam 4.00..berdenyut kepala tok sah cakap lah..dah lah cuaca panas..rasa nak berendam jer dlm air..tapi tu lah..bimbang nanti orang confius pulak..tak kenal yang mana satu mak badak..yang mana satu mak pinat..sebab dah sama jer bentuk paras dan saiznya..


Menghayati hening pagi di Pangkor

Banyak perkara yg mesti diambilkira apabila menguruskan harta sekolah ni..ia bukan sekadar bermain dengan angka tetapi yang lebih penting ialah sejauhmana amanah melibatkan wang untuk keperluan murid dan sekolah dapat dilaksanakan dengan telus dan mencapai matlamatnya. Pengalaman adalah universiti kehidupan.


OK..
Esok dah masuk bulan Rejab..bulan yg baik utk melatih diri berpuasa sbg persediaan menyambut Ramadan.Antara peristiwa yg berlaku pada bulan Rejab ialah
  • hijrah yang pertama
  • Isra' dan Mikraj
  • Perang Tabuk
  • lahirnya Imam Syafie
jom bangun sahur mlm ni..

20 ulasan:

maklang berkata...

salam,

insyaAllah nak pose besok...puasa ganti ...kot da[at sunat bulan Rejab sekali...

Sally berkata...

jom...

Echah berkata...

jom kita sahur sama2..

aznaz berkata...

salam frm mekah

alahamdullah..esok dah bulan rejab kan...selamat berpose...

sukran
waslaam

en_me berkata...

macam kete potong jakkks.. ekeke

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

KAK PINT
VIEW PANTAI TU SHUNTEK AA
MACAM LUKISAN
PANDAI CIKGU MENGILHAMKAN SUDUT ANGLE NI
cAYALAH CIKGU

Tepi Sungai Batu berkata...

Empat-empat tayar ke ada rantai?

KAMATO berkata...

rasanya kalau setakat rantai saiz tu, boleh kalau kereta tu buat pederas

silversarina berkata...

Harta , tak kira sikit ke banyak bukan senang nak dapat .

Semoga ibadah kita berganda di bulan Rejab ini InsyaAllah.

aNIe berkata...

Harta yang ada adalah amanah..maka uruskanlah dengan bijak...

Selamat menjalani ibadah di bulan Rejab

PINATBATE berkata...

Mak Lang,
syukran sudi singgah..
selamat berpuasa

PINATBATE berkata...

tchersally..
jom..jom..jom..

PINATBATE berkata...

Miss Zah..
kakpinat sahur makan oat ngan roti jer..

PINATBATE berkata...

Manzlie..
bestnya berbuka kat Haramkan..minum zam-zam dan mkn kurma terasa nikmat sgt..

PINATBATE berkata...

en_me
bukan keter potong lah...kereta kena tambat namanya tu..hahah!

PINATBATE berkata...

Dila..
alahh..dah pantai tu sememangnya cantik ..syahdu jer waktu pagi..tenang..
dari mana-mana angle pun memang cantik..

PINATBATE berkata...

PakMan..
tak lah..tayar belakang jerk..tak cukup rantai kot nak ikat empat-empat atyar..

PINATBATE berkata...

Kamato..
hehe..nak kena ikat pakai rantai besar lagi lah kot..hehehe

PINATBATE berkata...

KakRina..
betul tu..
harta yg sedikit pun kalau kita syukuri Insyaallah akan bertambah berkat..

PINATBATE berkata...

Kak Anie..
Amin..mudah-mudahan kita dapat menambah sedekah dan puasa di bulan Rejab ni..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin