Selasa, Jun 30, 2009

BELASUNGKAWA

Mereka anak-anak yang tabah dan kuat semangat...sebab itu Allah menguji mereka dengan dugaan yang hebat.


Lynn & Farhan


Bad


Afiq & Afiqah

Jadilah anak soleh yang sentiasa bertakwa kpd Allah dan berbakti kepada ayah.Kenanglah didikan ibu dan segala kebaikan yang ditinggalkannya.Sentiasalah berpegang pada redha Allah saat menempuh musibah kehilangan ini. Menangislah..pecahkan batu yang menghimpit rasa..kemudian bangun dan lihatlah dunia luas di hadapanmu dengan yakin dan semangat juang yang tinggi.Carilah hikmah Allah disebalik ujian hebat ini.

Cukuplah Allah sebagai Penolong dan Dia adalah sebaik-baik Pelindung.


Firman Allah bermaksud:

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Berilah khabar gembira kepada orang yang sabar: (Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan, mereka berkata: (Innalillahi wa inna ilahirajiun) Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan berbagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya." (Surah al-Baqarah, ayat 157)


Rasulullah SAW pernah ditanya:

"Ya Rasulullah, siapakah paling keras mendapatkan ujian? Baginda menjawab: Nabi dan pengikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agama, jika kadar beragamanya kuat, maka ujiannya semakin keras. Jika kadar beragamanya lemah, maka dia diuji sesuai dengan kadar agamanya. Seorang hamba akan sentiasa diuji sampai dia akan dibiarkan berjalan di muka bumi tanpa membawa dosa kesalahan." (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)

7 ulasan:

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

salam kak pint
mudah2an dapat dikongsi bersama ....
anugerah dari Nya
penceria seisi keluarga
Moga menjadi ibubapa yang terbilang jua

CM berkata...

salam k.pinat

yup..ujian Allah atas apa yg kita mampu,enceemm2 budak-budak ni..he,he mungkinkah wanita cantik berkebaya nyonya itu k.pinatku..he,he..mungkin tidak jawab yer..

pinatbate berkata...

Dila..dan Cikgu mas..

Entry ni utk mereka bertiga ..murid kakpinat yg ditimpa ujian kehilangan ibu mereka..

Allah yg mengatur perjalanan hidup kita..Allah jua yg menentukan ibu mereka diambil berselang-selang minggu..bergilir-gilir..seorang demi seorang..selama dua bulan ini

Meronta rasa hati kakpinat menangis..tapi anak-anak ini sangat tabah! Mudah-mudahan Allah mengurniakan syurga utk arwah ibu-ibu mereka..Alfatihah

pinatbate berkata...

Cikgu Mas..
yang berkebaya tu Pengetua kami..yg berbaju hitam tu PK Kurikulum..
kakpinat tukang ambil gambar saja..

bro.matt berkata...

salam takziah buat mereka..
Al-Fatihah.
Amin Ya Rabbal Alamin..

pB berkata...

Al Fatihah


moga ada pihak pihak yang akan terus membantu mereka ini

Afiq Asri. berkata...

terima kasih makpinat
saya terharu nih
:)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin