Jumaat, Ogos 29, 2008

BUKAN BISKUT RAYA

Lama tak letak gambar makanan kat sini ..
ni gambar kek batik yang dibuat beberapa hari lepas..peminat tegarnya tak lain tak bukan si Kakak..belum cukup keras dia dah potong...

hahaha!
sure tak lalu orang nak makan kalau nengok gambar ni...chocolate cookies ni hasil gotong-royong bebudak bertiga masa cuti sekolah minggu lepas...tu tangan Abang, sikit punya tekan sampai penyek biskut tu...sebelah dia Izzah..turut aktif melibatkan diri...

dapat sebalang diorang hadap bertiga sambil tengok Tom Tom Bak...sikit pun tak berbaki.. :)

Rabu, Ogos 27, 2008

TALIAN HAYAT

Alhamdulillah...tuannya sihat ..sejahtera menuju Malaysia baru....hikhikhik...

Tapi..kereta ni dah dua kali sakit tahun ni..malam hari pulak tu...hingga perlu mencari talian hayat...

Selasa, Ogos 26, 2008

THE GARDENS

Jalan-jalan cari pasal kat The Gardens Mid Valley Mega Mall..

cuci mata sambil bersihkan pocket..


Bila pocket dah tinggal syiling...., duduk sabar sambil beristighfar...

Khamis, Ogos 21, 2008

MAHA 2008

Tengahari tadi pergi ke MAHA..punyalah luas kawasan tu...

naik transport ni pusing keliling kawasan..kalau jalan kaki takut rugi...nanti habis cair lemak-lemak yang dah dikumpul sejak bertahun-tahun..

menapak ke dewan pameran..

Nampak mesin penyedut ni, ingat CJ ..dia nak sedut budak nakal dengan mesin ni...ok gak..

baja BEN SMART BEN MAREM....err...iklan kat blog ni nak mintak komisyen kat sapa yer...

Ayam serama dah sampai ke pasaran antarabangsa..

Yang ni harga beribu riban...tapi sungguh tak patriotik langsung..jalur gemilang dipijaknya..

segala akar, herba, ubi, daun dalam perubatan Melayu....

pilih jangan tak pilih...

pilihan hati..










AWARD

fuh..fuh...testing...testing..(sambil tiup mikrofon)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Alhamdulillah, saya ingin merakamkamkan ucapan Terima kasih yang tidak terhingga kepada Fara aka Chibi Maruko yang telah menganugerahkan award ini. Ianya amat bererti kepada saya..and I am really apreciate it..( lap air mata terharu..) Majulah sukan untuk negara...erkk...

Award ini akan dipanjangkan pula kepada
1. CGUCT
2. KAK YAN
3. MANIS
4. DILA
5. KAK LADY
6. MAISYA
7. CIKGU JAWE
8. SESIAPA SAJA YANG TERINGIN BAWA BALIK AWARD INI ..SILAKAN...




Brilliant Weblog is a prize given to sites and blogs that are smart and brilliant both in their content and their design. The purpose of the prize is to promote as many blogs as possible in the blogsphere.

Here are the rules to follow:

1) Put the logo on your blog.

2) Add a link to the person who awarded you.

3) Nominate at least 7 other blogs.

4) Add links to those blogs on yours.

5) Leave a message for your nominees on their blogs.



Rabu, Ogos 20, 2008

HIDUP

Hidup umpama pelayaran kapal , sampai masa berlabuh jua..


Pic: kapal TLDM kat Lumut 2006

Tinggallah dulu...sambung karang, nak baca buku kejap...esok PTK!!


Selasa, Ogos 19, 2008

MEMANCAR-MANCAR KILATNYA

Aktiviti hari ni kemas dapur ..mula-mula buang sampah - sarap segala barang yang tak perlu ..periuk bocor, kuali karat, besen pecah segala ...asingkan juga lah mana-mana barang boleh recycle..lepas tu susun kabinet , alih pinggan mangkuk, buang barang-barang yang dah expired ..., sapu sawang, cuci tungku dapur ,lap barang-barang lektrik, pintu-pintu kabinet semua...fuhh...rasa macam nak putus pinggang..

Kakak balik tuisyen terus ambik penyapu tolong sapu lantai pas tu offer diri nak cuci peti ais pulak...mak oii...semangat tul dia....tak sangka pulak..berdua buat kerja tak sedar dah hampir pukul dua..patut lah lapar ! Masak nasi goreng lebihan nasi malam tadi je , lepas sembahyang zohor sambung lagi mop lantai dan cuci tingkap pulak..lepas dah siap semua duduk menyandar sambil minum kopi Cengkudu ..fuyyoo..nikmat!!

wah! memancar-mancar kilatnya dapur hari ni....kilatnya rasa boleh buat cermin lah kat tiles dinding tu...nampak lapang kemassss jer....Lepas ni rasanya tak payah lah masak..nanti kotor balik, rugi...

Isnin, Ogos 18, 2008

SEMALAM

Kakak pagi-pagi lagi dah bersiap nak main kompang kat rumah pengantin di taman kami ni...minta tolong jemur kain pun buat dekk jer...sabau jer lah...tengahari tu kami pegi jugak kat rumah pengantin ni makan kenduri tapi tak tengok pun kakak pukul kompang sebab masa tu pengantin belum sampai dan kami berkejar pergi jemputan kahwin anak Puan Nor Rohani kat Kesuma lake..Puan Nor Rohani ni my ex boss dulu, rasa terharu pulak dia jemput ...tak sangka dia masih ingat...heheehe..mana dia boleh lupa...maklumlah, dulu selalu sangat minta cuti kat dia sebab nak tunggu Izzah kat hospital...yeaarkk..

Alhamdulillah, dengan izin Allah bangun pagi hari ni rasa sihat terutama kaki yang sengal nyilu sejak beberapa hari lepas..Sebenarnya semalam lepas balik dari Kesuma lake tu, kami sempat singgah Metropoint buat urutan reflexiology..best gak urut kaki ni sekali sekala..minah tukang urut tu memang pro lah..sedap betul .. terasa sungguh bila urat-urat kaki yang bersambung ke kepala dan perut kena lenyek...senang cerita 40 hengget tu memang berbaloi lah..puashati....

Malam pula tengok badminton Malaysia kalah tak melawan ....sambil makan rambutan dan manggis berkilo-kilo...ngengenge......errmm...kaki dah sihat tekak pulak sakit...peritt.oii..rasa macam dah nak batuk lah pulak...

Sabtu, Ogos 16, 2008

SENYUM SEINDAH SURIA

Senyum hari ni sampai kening, bangun pagi kepala terasa lapang jer...cuti seminggu ni dapatlah menghela nafas yang hampir tercungap-cungap sejak beberapa minggu kebelakangan ini...
Walaupun namanya cuti, banyak juga kerja yang dibawa balik...berlonggok-longgok skrip jawapan nak ditanda..tapi sekurang-kurangnya hati lapang..boleh buat malam-malam sambil duduk depan pc ni...sebenarnya dalam kepala ni banyak rancangan bersusun-susun....nak kemas almari baju, nak kemas kabinet dapur, nak buat kek, nak baca buku, nak beli baju raya untuk budak-budak...malaslah nak bersesak bulan Ramadan ..sedia dari awal , senang...


Bila budak-budak bercuti ni, macam-macamlah kerenah diorang...Abang bangun subuh tadi bukan main susah, apasal ntah..bila hari cuti jer automatik bangun lambat..jenuh berpujuk suruh solat subuh, tak jalan jugak...akhirnya jerkah sekali sambil kengkonon hayun-hayun hanger baru lah mencicit masuk bilik air...

Izzah pun sama juga, selalunya tiap hari tak payah disuruh makan ubat sebelum pergi sekolah, pandai jer makan sendiri.. tapi pagi ni buat hal tak mau makan ubat lah, nanti dulu, nanti dulu, makan esok lah...eehh...budak bertuah sorang ni ..

dah tu buat jadual sepanjang cuti, tetapkan bila masa diorang boleh main, tengok tv , tuition, mengaji, ulangkaji...nampak gayanya hari pertama ni masing-masing patuh ikut jadual..tak tau lah esok lusa...

yang pasti sekejap-sekejap asyik minta duit jer...mula-mula panggil motor aiskrim ..dah dapat sorang satu...lepas sejam bila motor tu round kali kedua diorang panggil lagi...layan jugak lah bagi duit sambil warning-warning...eehh...lepas sejam bila motor aiskrim round kali ketiga diorang panggil lagi....amboi..tak boleh jadi....macam ni kalu cukup seminggu mak isytihar bankrap lah nak oiii...

Penyelesaiannya ...buatkan tiga jug air..satu jag air milo, satu jug kordial anggur, satu jug sirap merah...nah kau...bungkus buat aiskrim Malaysia...abis cerita...penuh peti ais tu.. korang makanlah aiskrim tu sampai habis...besok mak buatkan aiskrim bandung, aiskrim oren, aiskrim asam boi pulak...mak pun teringin gak nak makan sama....yang penting selamat duit tengah-tengah bulan gini...Alhamdulillah..

Rabu, Ogos 13, 2008

PANAS



Cuaca panas beberapa hari ni ..makan triffle sejuk best kan...mudah saja membuatnya, hancurkan kek span, tuang fruit coktail dan jeli pas tu tuang kastad kat atasnya..nak lemak lagi letak cream..fuh....nangis...

Lepas dah habis semangkuk tu tu pura-pura diet lah..

Selasa, Ogos 12, 2008

TAPAI PAK KOMENG



Sayang Pak Komeng turun ke bendang
Sampai ke bendang menuai padi
Hati runsing jangan dikenang
Kalau dikenang rosaklah hati.

Sayur lodeh di pekan sehari
Beli sedikit lekat di dulang
Biar pedih rasa sendiri
Jangan sakit hati orang.

Jumaat, Ogos 08, 2008

SENYUM HANNAH SENYUM

Alhamdulillah..Hannah dah tumbuh gigi depan..!! patutlah demam merengek jer minggu lepas...




40 TAHUN

Hari ini merupakan ulangtahun perkahwinan ibubapa saya yang ke 40. Mudah-mudahan Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya kepada mereka berdua.Amin.


PERINGATAN BUAT DIRIKU

Menurut kajian para sarjana, romantic seseorang itu bukanlah bergantung pada appearance physical semata-mata, sebaliknya ia datang dalam package.

1. Isteri tidak berhias di hadapan suami
- Bau tidak menyenangkan
- Pakaian tidak seksi
- Wajah tidak dijaga
- Pakaian buruk

2. Isteri tidak menjaga saiz badan
- Tidak rajin exercise
- Makan banyak
- Tidak menjaga teknik pemakanan sihat

3. Isteri pemalas
- Tidak menghias tempat tidur
- Meninggalkan dapur tanpa disusun

4. Isteri tidak cenderung kepada kegiatan-kegiatan ilmu
- Isteri lebih suka berdamping dengan orang yang cintakan dunia berlebihan
- Isteri lebih senang menghabiskan masa di hadapan tv
- Isteri gemar mengambil tahu perkembangan artis melebihi ilmu

5. Isteri tidak menjaga hubungan dengan Allah
- Isteri tak bersolat
- Isteri gemar berhias untuk keluar rumah
- Isteri mempunyai teman lelaki
- Isteri tidak ada masa untuk membaca al-Quran
- Isteri tidak pernah berdoa


http://zahazanmohamed.blogspot.com/

Rabu, Ogos 06, 2008

Lihatlah sekelilingmu dengan pandangan mata hati
Memikir dan mentafsir kejadian Ilahi
Menghela syukur hari demi hari
Redha menempuh ujian sambil mencari rahsia tersembunyi

Ahad, Ogos 03, 2008

TEPUK PELAN-PELAN

Selepas kira-kira sebulan kakak join pasukan kompang di kawasan perumahan kami, pagi tadi buat kali pertama dia dapat jemputan buat persembahan...menyambut pengantin kat Taman Impian..cikgu kompang dia kata, saja nak bagi peluang pada kakak..kawan-kawan yang lain memang dah terror...selalu dapat jemputan majlis kahwin, berkhatan dan perasmian majlis kat sekolah..tapi kakak ahli baru, belum hapal lagu ...pukul kompang pun bukan betul sangat lagi...cikgu kompang pesan kat dia.."nyanyi miming jer...pas tu ikut jer kawan-kawan pukul kompang tu...jangan tepuk kuat-kuat sangat dah lah..." kehkehkeh...boleh gitu..

Dekat pukul 3 petang baru balik ..wah...seronok lah dia balik dari rumah pengantin hari ni...tersengih jer dia...dapat makan nasi minyak, dapat bunga telur, dapat upah duit lima ringgit seorang dari tuan rumah ..dan dapat tepuk kompang pelan-pelan...

Adik-adik dia jelous lah nengok...sekarang abang pulak sibuk cakap nak belajar main angklung...banyak kali dah bercakap..saja buat tak dengar...isyy...tak kuasa mak nak layan..



pic:abang tengah layan angklung ...syiok sendiri la tu...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin