Khamis, Mac 19, 2009
OPEN BOOK TEST
Punya lah syiok cari jawapan dalam buku..tak jumpa-jumpa jawapan masa menjawab pun tamat..
Balik rumah tengok paper ujian berlonggok tak siap tanda rasa macam nak sambung cuti seminggu lagi..
Adehh..
Tetiba rasa nak makan cendol pulut pulak tekak ni
Kat mana ada jual cendol low sugar and cholestrol free ni agaknya..
Rabu, Mac 18, 2009
CERMIN MATA
Isnin, Mac 16, 2009
SAMBAL TAUN KULIT LEMBU

mula-mula kulit lembu yg dah di jemur kering beberapa lama, di bakar dan kikis bulunya kemudian di rendam..
bila dah lembut,bersihkan sekali lagi ..lepas tu potong/gunting kecil..
Rebus pula kulit yg dah berpotong supaya empuk..kalau tak nanti liat macam makan tayar pula..
selepas direbus baru lah dimasak ikut resepi kegemaran masing-masing..selain di tumis pedas biasanya kami buat sambal taun iaitu campuran cili api,lengkuas,bawang,asam,ikan bilis,belacan,santan,guladan garam...
Ok..ni sambal taun yg dah siap masak ..lebih kurang macam masak lemak cili api lah..cuma santannya putih dan cili tu sebijik-sebijik tak ditumbuk..sedap kalau makan dengan daun ubi atau meranti yg dicelur..harap dapat menjawab pertanyaan Abang Adie kita ..: D
Ahad, Mac 15, 2009
YESS!! CUTI LAGI
Cuti seminggu nampak gayanya sesuai betul nak menambah berat badan..lagi..dan lagi.. ;DSarapan pasta tapi makan tengahari nak buat sambal taun kulit lembu makan dengan celur daun ubi..fuh..cakap tak guna lah..
Minggu lepas banyak betul perkara yang menyesakkan otak..Alhmdulillah semuanya berjalan lancar satu persatu..seminggu cuti ni boleh lah bernafas pelan-pelan walaupun berlonggok kertas ujian nak kena tanda..cuti kata kan...
Jumaat, Mac 13, 2009
SEKARANG MAKIN LIGAT
Rabu, Mac 11, 2009
TUMPANG GEMBIRA
Keputusan SPM tengahari tadi kami dapat 91.7 % ..walaupun peratus lulus menurun tapi kualiti naik.Ramai yg dapat A..syukur..
___________________________________________________________________Keputusan STPM 2008 kami dapat 98.1%..wah.. cantik itu nombor..ada banyak ong!
------------------------------------------------------------------------------------------------
Tuesday March 10, 2009 -THE SUN
Haziq glad to be a source of inspiration
KUALA LUMPUR: Mohd Haziq Samrat may be just 14 and a paraplegic who needs a skateboard to move about.
However, he stood tall among the others on stage when he received the Maulidur Rasul Award 2009 yesterday.
It was not sympathy that Mohd Haziq gained but awe from his fellow recipients and the audience as he wheeled himself on the skateboard and moved himself up the steps to receive his award from Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Also present were Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi and his deputy Datuk Seri Najib Tun Razak.
“I have to be strong and accept my condition with an open mind. People and my school mates treat me like anyone else,” said the student from SMK Bandar Tun Hussein Onn 2 in Kuala Lumpur.
Award recipients: Dr Ma’amor (third from left) congratulating Mohd Haziq after the award ceremony yesterday. Prof Sidek (second from right) looks on. Also present are (from left) Muhammad Ahmad, Mohd Yunus and Mortadha Lau. — Bernama “I am happy to be given this recognition. I am glad that I am a source of inspiration for others,” said Mohd Haziq, who was one of five Maulidur Rasul Award recipients.
The other recipients were 14-year-old Muhammad Ahmad Zahid, who could memorise the Quran when he was 10; Muslim Consumers Associa-tion secretary-general Datuk Dr Ma’amor Osman; Chinese-Muslim Association (Sarawak) president Mortadha Lau Abdullah; and Pengasih founder and president Mohd Yunus Pathi.
They received RM22,000, a certificate and a plaque each.
Selasa, Mac 10, 2009
CERITA BALIK KAMPUNG
Jumaat, Mac 06, 2009
MENGUTIP ILMU DAN PENGALAMAN
Pagi tadi kami duduk mendengar tazkirah sempena sambutan Maulidurrasul di perkarangan kebun kecil kami.Rupa-rupanya duduk berlantaikan bumi dan berpayungkan langit adalah ciri-ciri orang tawadhuk menuntut ilmu. Sambil mengharap payungan rahmat para malaikat kita mencabut rasa megah dan takbur ..betapa tidak,selama ini punggung dan kaki kita menghenyak kerusi empuk,tilam tebal dan permaidani lembut..tapi kini..kematu bontot.. ;)
Banyak sebenarnya ilmu yang Ustaz Wan sampaikan tadi..antaranya tentang tawakkal dan pergantungan kepada Allah.Sebenarnya antara punca kegagalan dan juga kesusahan yang selalu menimpa kehidupan kita antaranya ialah kealpaan insan dalam menyerahkan segala urusan kepada kepada Yang Maha Berkuasa.Kita sering terlupa untuk menjadikan tawakkal dan harapan sebahagian dalam bentuk perancangan kita. Sekalipun kita mempunyai perancangan yang teliti dan teratur, namun tanpa dua elemen ini akan menyebabkan lemahnya emosi serta tidak redha dengan kemungkinan yang akan menimpa.
Konsep tawakkal dan meletakkan harapan kepada Allah akan mengangkat martabat insan serta meningkatkan nilai spiritual meskipun perancangan kita menemui kegagalan atau mungkin kita menerima musibah yang berat.
Tawakkal kepada Allah juga dapat mendatangkan rezeki,rahmat dan kasih sayang Allah . Dengan bertawakkal Allah menjanjikan rezeki dan jalan keluar dari mana-mana arah yang DIA kehendaki.
Sesungguhnya mencari ilmu bukan setakat membaca,meneliti dan mendengar..tetapi sebenarnya pengalaman adalah guru yang paling baik.Minggu stress ini banyak sekali mencipta bunga-bunga pengalaman hidup..yang manis dan pedih.
Rabu, Mac 04, 2009
Sabtu, Februari 28, 2009
BILA ESOK ADALAH HARI YANG LAIN
Blog ini pun dah cukup berumur setahun. Tak teringat pula nak kenduri pulut kunyit pada hari bersejarah gilang-gemilang tu..errmm.baru teringat...dah lama dah tak makan pulut kuning..kelakar pula rasanya bila baca semula entry mula-mula dulu.
Masa mula-mula menulis blog dulu ada member menjangka blog ini akan padam bila tuannya dah jemu.Setidak-tidaknya akan bersawang bila tengah sibuk.Tapi rupa-rupanya tidak! Macam rasa tak lengkap pula hidup kalau sehari tak masuk blog dan haruslah meroyan jalan menyengeh ke hulu-ke hilir kalau seminggu tak dapat masuk blog ...ketagihkah itu?
Sebenarnya bukan apa sangat pun tulisan kat dalam ni.Cerita anak-anak dan cerita kebun saja..sekadar catatan kenangan...tapi kalau tulisan ini di baca dan ada manfaatnya kepada orang lain,mudah-mudahan menjadi amal baik.Terima kasih kepada kawan-kawan yang menyokong,membalas komen ,tegur-tegur dalam shout box dan silent reader juga. Tanpa anda siapalah MakCik Pinatbate..;)
Ceh! berangan macam bagi ucapan ambik award pulak...(^:^)
Letih betul kepala minggu ni..dahlah pagi tadi kena pergi kebun awal pagi lagi..siap pakai baju colour purple gitu....warna tema Mesyuarat PIBG katernyerr....habis satu dewan tu penuh dengan gelombang ungu.Naik berpinar biji mata..semua AJK dan guru-guru pakai colour purple..sedondon dengan tudung,kasut,handbag,stokin,tie,reben ikat rambut...ngee..siapa punya idealah agaknya ni...
Kalau hari cuti tetapi kena datang kerja juga..
nak sebut hari apakah itu..
hari kena dera?
ishh..ishh..ishh...




