Sabtu, Disember 10, 2011

MELATIH JUNIOR MASTERCHEF

 Pernah nampak sayur ni..? Dah laammaa tak makan .. kat kampung kakpinat orang kutip kat tepi parit jer..tapi semalam jumpa kat pasar. We call it CENTONGAN. Hahaha..Bila nampak jer terus teringin ..tumis kering dengan belacan dan cili api..ermmm...!!

Sejak melayan rancangan Masterchef ni bagus pulak anak-anak dalam rumah ni.Rajin masuk dapur..menolong dan kadang tu memasak sendiri.Memang letihlah memikir budget asyik nak beli bahan basah jer tapi bila fikir balik,ini akan melatih mereka berdikari.

Ayam mask merah ni favourite anak-anak.Cik Kakak masak dengan dengan bantuan dan tunjuk ajar mak dia..tapi yg best tu dia guna pengetahuan dia yang ditimba entah dari mana..'mak! kakak nak masukkan gula kabung kalau tak ada  brown sugar pun boleh supaya warna merah dan rasa lebih sedap..tak terlalu manis' Wow! Bravo..dah pandai nak lawan tokey nampaknya..ekeke..

Yang ni puding caramel kesukaan kakak.Dah lama dia mintak buatkan tapi oleh sebab mak dia buat derkk..jer akhirnya kakak ambil keputusan buat sendiri. Cuma gula hangus tu kakak tak yakin nak buat jadi emak dia gigih menghanguskan gula..tu diaa..siap bergenang atas pinggan.Kakak letak sikit jer gula dalam puding tu sebab dia kata nak kurangkan manis,lepas tu dia letak peach yg rasa masam-masam ni utk mengimbangi kemanisan puding..bagus..bagus..rasanya dah banyak improve kebolehan dan kepekaan cik Kakak terhadap makanan sejak cuti sekolah ni.Lepas ni boleh bagi terus dapur tu kat dia.

Muka bangga kembang-kembang hidung dengan hasil masakan sendiri..elakkan sifat ujub anakku..
Hari ni urusan dapur selesai dengan mudah sebab ada dua orang junior yang sukarela membantu.TQ
ALHAMDULILLAH..smile! jom berehat sambil goyang-goyang kaki..

8 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum Cikgu Pinat

dah beransur ringan kerja dapor tu..
sebab dah ada yg rajin membantu

Wassalam

PINATBATE berkata...

waalaikumussalam atuk Rozali,
Alhamdulillah..sehari dua ni bolehlah hayun hayun kaki..kalau dah mula sekolah esok tak tau camana pulak..

Hanim Benziane berkata...

Alhamdulillah...dah boleh harap anak dara akak

PINATBATE berkata...

Alhamdulillah Hanim..sesekali tu bolehlahh..;))

ROZILA berkata...

Salam Pinatbate,

Kalau kat Perak org panggil Keladi merawan....

biasa makan celur cicah sambal belacan....

PINATBATE berkata...

salam Rozila,
yer..yer baru teringat pernah dengar orang panggil 'paku rawan'..hampir sama bunyinya tapi rasanya benda yg sama juga..;)

nana berkata...

Berapa usia kakak? Berapa adek beradek? Bagus anak2 dah membantu. Anak perempuan belum mahu belajar membantu.

PINATBATE berkata...

Nana,
Kakak dah nak naik tingkatan 3 tahun depan.Kena latih Kakak memasak sikit sebanyak..untuk kesenangan dia juga.Adik-beradik lima orang semunya..kalau emak sibuk tak sempat masak,masing-masing boleh berdikari selamatkan perut masing-masing.Hahaha..:)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin