Khamis, Disember 15, 2011

MELAWAN MASA


Sebelum cuti hari tu banyak betul kerja dan perancangan yang nak dibuat semasa cuti ni.Bila sampai masanya virus M merebak..habislah ! tak jadi apa punn..

1.Cat bilik kakak.
  Tuan bilik yang sibuk nak cat warna biru..warna biru..tapi bila sampai masa suruh mengecat dia kata tak  ada mood pulak dah..emak dia lagilah tak kuasa.

2.Cat pagar rumah.
  Pagar besi mmg dah pudar warnanya.Daripada merah+ gold dah rupa macam kelabu asap bertompok-tompok.Siapa nak mulakan kerja tu..? Tentu en asben kannn..dah kalau hujung minggu asyik berjalan,balik kampung..bila masa nak cat pagar ni bang..!

3.Kemas almari dan barang anak-anak
   Yang ni 50% dah siap.Sebahagian pakaian/bag/alatan sekolah dah beri pada orang dan ada yang dah dibuang sebab lusuh sangat dan tak patut beri pd orang.Buku-buku belum siap kemas lagi.Ada banyak buku UPSR nak beri pada anak buah dan majalah lama nak letak pusat sumber  sekolah tapi bila nak start kemas jer..terus rasa argghhhh....!

4.Kemaskini fail dan almari buku dalam rumah ni.
Kalau tak dapat buat filing 5S pun dapat susun kemas dan mudah nak cari segala dokumen pun..kira ok lah kan..buku dan majalah punya banyak merata tempat dalam rumah ni..bersepah sana-sini..tak cukup almari nak letak pun yer jugak..rak pun dah penuh duh!

5.Selesaikan kerja dokumentasi aktiviti sekolah 2011.
Sebahagian besar laporan dah siap tapi ada gambar-gambar untuk album yg belum siap lagi padahal dateline dah laamaaa terlajak.Asyik tangguh hari demi hari,minggu demi minggu..kenapalah liat sangat nak buat kerja-kerja berkaitan sekolah masa cuti.

Alasan
1. Diserang penyakit malas
2. Kemalasan melanda
3. Kesan-kesan malas mula kelihatan

Irfan boy satu hal.. Tengok tu..kain baju dah lipat elok pun Irfan punggah balik....pi sepak macam bola buat apa..?Kalau macam tu hari-hari..bila emak nak buat kerja lain..?Cuti dah nak habis ni...sempat ker..??

4 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum Cikgu Pinat

sempat lagi tu...

Wassalam

PINATBATE berkata...

Waalaikumussalam atuk,
sempat ker ..esok selepas subuh nak ke Kuantan..horeyyy!..nak cari kepok dgn satar..

kak ina kl berkata...

Assalamualaikum Pinat..memang betul tu..kalau virus M banyak memang malas nak buat.

bestkan klu anak tgh rajin ni..untung dapat makan mcm-mcm.

ooo gi gak jejalan..oklah tu..akak tak boleh pegi lagi..luka imran tak baik lagi..cadangan nak bercuti esok hari terpaksa di tunda sehingga ke tahun depan

PINATBATE berkata...

kakIna,
anak-anak kakIna untung..emak dia rajin dan pandai masak..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin