Rabu, Ogos 11, 2010

CERITA RAMADHAN

Alhamdulillah, dipanjangkan umur sampai jua ke Ramadhan tahun ini. Redup cuaca di awal Ramadhan ..membawa selautan rahmat.

wajah lembu ni pun nampak redup kan..
 
Tahun ni tentu waktu berbuka dan  bangun sahur terasa sunyi sebab kakak dah duduk kat asrama.Tahun lalu kakak yang bangun awal kejutkan semua orang.Kakak jugak yang akan tolong kemas meja lepas sahur dan sibuk-sibuk kat dapur masa berbuka.Mudah-mudahan kakak seronok dan dapat pengalaman manis berpuasa dan menghayati Ramadhan walaupun jauh dari keluarga.

Stock bersahur dah  siap sedia..serunding ayam,ikan dan daging.Boleh makan dgn roti kalau malas makan nasi.Kirim dekat member balik Kelantan hari tu.
 Alhamdulillah siang tadi dapat rezeki daripada kawan-kawan dan murid yg pemurah. ada yg hadiahkan kurma,coklat dan sambal ikan bilis utk berbuka.Ramadhan memang penuh rahmat dan keberkatan.
Yang paling kecoh kat rumah ni siapa lagi..budak Hannah nilah. Dahlah kecoh ikut bersahur,pas tu masa abang kakak tengah melepek puasa dia ke hulu ke hilir bawa donut inti strawberry yang harumm..mana tak naik darah abang kakak tu..kikiki..:D

kita mulakan dengan Bismillah..
 
Selamat berpuasa utk semua kawan-kawan yang membaca blog ini.maaf zahir batin .Semuga puasa kita diterima Allah.

8 ulasan:

Ayah Zain berkata...

salam Pinat,

satu hari az di jalanraya hari ini. sampai rumah sekejap dah nak berbuka pulak

kucingorengemok berkata...

lembu yang redha disembelih sebab jadi lauk buka :)

KAMATO berkata...

Salam cikgu, selamat berpusa

en_me berkata...

salam ramadhan cikgu ittewww..

Abdul Munir Sanusi berkata...

Ramadhan Kareem. Budak-budak memang semangat ya amat menyambut puasa. Bila dah petang, bukan main duduk kat depan lauk.

Abdul Munir Sanusi berkata...

Ramadhan Kareem. Budak-budak memang semangat ya amat menyambut puasa. Bila dah petang, bukan main duduk kat depan lauk.

Tepi Sungai Batu berkata...

Selamat Berpuasa.........

atuk berkata...

salam Ramadhan Cikgu Pinat

kalau kat rumah saya
macam budak si Hannan tu dah lama menjeretnya, dikerjakan abang2nya
he he

Wassalam

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin